D1

56 3 0
                                    

SEORANG budak perempuan berwajah tidak bermaya beserta kepalanya yang dibalut kemas merenung lama dua kubur yang baru sahaja di tanam selepas dikebumikan oleh kejiranan dan kenalan kedua-dua arwah. Sebentar tadi baru sahaja , tamat bacaan yasin dan penyiraman kedua-dua kubur itu. Selepas habis dikebumikan, orang ramai langsung meninggalkan tempat perkuburan Islam tersebut.

Seorang lelaki tua berumur 70-an menatap lama cucunya yang mulut terkunci, hati terkatup dan tenggelam dalam kepiluan apabila dikhabarkan tentang ibu bapanya yang telah pergi buat selamanya. Cucunya itu cuma terdiam sambil memeluk patung beruang kesayangannya.

Datuk itu menepuk perlahan bahu cucunya dengan riak wajahnya yang diselaputi perasaan pilu akan duka anak gadis kecil itu. Dia baru sahaja kehilangan satu-satunya anak lelaki tunggal dan juga menantu kesayangannya. Bahu cucunya dipalingkan kearahnya lalu dibawa ke dalam pelukannya .

"Lia.. datuk faham apa yang kamu rasa tapi datuk nak kamu tahu ini bukan salah kamu. Mereka pergi sebab Allah lebih sayangkan mereka. Jadi tiada istilah mereka pergi kerana kamu. Ingat qada' dan qadar itu kita kena pegang dan percaya sampai kita mati. Datuk nak kamu hadam benda tu sampai bila-bila"pesan Datuknya dengan cetusan kata-kata yang bermakna buat cucu kesayangannya.

Lelaki itu merupakan datuk kepada Dahlia Serafia. Muhammad Dirham Safiq yang merupakan ayah kepada ayah Dahlia yang baru sahaja menghembuskan nafas tiga hari lepas bersama isterinya tercinta yang merupakan ibu kepada Dahlia dan juga adiknya yang mati di dalam kandungan ibunya. Mereka berdua terlibat di dalam kemalangan beberapa minggu lepas dan hanya Dahlia sahaja yang terselamat dengan kecederaan dibahagian kepala.

Dahlia cuma terdiam mendengar kata-kata datuknya itu. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Adakah dia faham ataupun tidak dengan menerima apa yang dikatakan oleh datuknya. Dirinya sekarang seperti jasad yang tiada roh. Sekarang dia hilang kebahagiaan dia. Dia ditinggalkan seorang diri disini. Ibu bapanya pergi buat selamanya. Malahan adiknya yang ditunggu untuk dilahirkan langsung hilang dari dunia. Apa yang dirasa pilu mencucuk-cucuk tangkai hatinya.

Datuk Dirham menyentuh perlahan bahunya sambil mengeluh kecil apabila mulut cucunya seakan terkunci. Hati orang tua ini luluh melihat cucu kesayangannya itu yang perlu berhadapan dengan pemergian yang sangat duka ini.

"Lia. Kita kena balik lagipun cuaca nampak mendung. Ramai orang dah balik ni. Dahlia kena tinggal dengan datuk sekarang" pujuk datuknya kepada Dahlia yang masih merenung lama kubur yang masih merah itu. Namun gadis kecil itu cuma terdiam kaku tidak membalas apa-apapun.

Datuk Dirham mengeluh kecil kerana pujukannya tiada hasil. Secara tiba-tiba air hujan turun membasahi bumi. Datuk Dirham terus melindungi Dahlia daripada hujan lebat. Dia mengangkat tubuh kecil gadis itu di pangkuannya dan terus berlari menuju ke keretanya namun Dahlia menangis meronta-ronta untuk dilepaskan. Terlepas gadis kecil itu dari tanganya lalu jatuh ke tanah. Datuk Dirham terkejut dengan tindakan Dahlia dan terus mengejarnya untuk membawa masuk ke dalam kereta semula.

Dahlia berlari kearah kubur ibu bapanya dan terus merebahkan dirinya diatas tanah itu. Air matanya mengalir deras sambil mengucapkan sesuatu.

"Ibu ayah.. jangan tinggalkan Lia.. Maafkan Lia.. sebab ibu ayah mati.. Lia janji jadi anak baik.. ibu ayah!!" Dahlia menjerit dengan kuat diatas kubur itu membuatkan Datuk Dirham terkaku melihat kesedihan Dahlia yang ditahan dari tadi. Gadis sekecil itu langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan ketika orang ramai disini. Dia menahan sehingga dia dapat bersendirian dengan ibu bapanya.

Datuk Dirham terus membuka payung yang diambil dari keretanya lalu memayungkan Dahlia yang masih menangis di kubur yang masih merah itu. Hatiya hancur bagaikan kaca yang dihempas kuat melihat kesedihan Dahlia.

DAHLIAWhere stories live. Discover now