D3

19 2 0
                                    

DATUK Dirham melihat sayu suasana yang cukup menyedihkan dihadapannya. Budak lelaki yang dipilih menjadi anak angkat itu sedang berpelukan bersama anak-anak yatim yang lain. Kedengaran tangisan mereka semua tidak mahu budak lelaki itu pergi meninggalkan Teratak Melur ini.

"Abang Rael. Kenapa nak tinggalkan kami. Kami sayang abang Rael. Kami janji tak nakal lagi" seorang budak perempuan kecil memegang erat tangan remaja lelaki yang bernama Azrael itu.

Rael tersenyum kecil melihat mereka semua yang tidak mahu melepaskan dia pergi untuk mendapat keluarga baru. Rael melutut menyamakan tingginya dengan adik-adik yang dia sangat sayangi.

"Ana. Jangan nakal tau. Jangan gaduh dengan Aiman je. Lepas ni abang dah tak ada. Korang jangan gaduh-gaduh atau susahkan Abi dengan umi tau. Jadi anak yang soleh dan solehah" ucap Rael dengan penuh lembut dan bermanfaat. Dia memeluk erat adik-adik yang sudah dianggap seperti keluarga. Walaupun dia paling tua di Teratak Melur ini namun banyak kenangan mereka bersama sepanjang dia duduk disini.

"Abang, kenapa abang nak pergi. Siapa nak main bola dengan kitaorang lepas ni " seorang budak lelaki merenung tidak puas hati kepada Azrael yang tiba-tiba sahaja mahu pergi mengikuti keluarga barunya.

"Abi boleh main dengan korang. Abang kena ikut keluarga yang ambik abang. Tak apa lepas ni abang janji walaupun abang ada keluarga baru. Abang akan sentiasa melawat korang semua" Jari kelingking ditunjukkan dan terus adik-adiknya berebut mahu membalas jari kelingkingnya. Rael tergelak kecil melihat gelagat mereka semua.

"Rael, Encik Dirham nak bertolak dah" panggil uminya, Puan Maisarah. Rael terus menoleh kearah uminya dan mengangguk. Mengetahui masa sudah suntuk dia terus melihat adik-adiknya semula.

"Abang pergi dulu ye. Jangan lupa jangan nakal. Jangan malas solat. Mengaji jangan main-main. Jangan tak dengar cakap umi dengan Abi. Jangan nakal-nakal bila abang tak ada. Abang janji akan jumpa korang balik" ucap Rael buat kali terakhir dan terus adik-adiknya berlari ke arahnya dan memeluknya sehingga dia terjatuh ke lantai. Dia tergelak kecil melihat semua adik-beradik yang kelihatan sangat sedih dengan pemergiannya.

Rael terus bangun dan mengalas begnya dan terus membawa beg pakaian, menuju kearah Abi dan uminya yang sedang menunggu di luar. Rael menyarungkan kasutnya dan terus berjalan keluar dari rumah Teratak Melur itu.

Dato Dirham menyambut Rael dengan senyuman manis. Rael juga tersenyum kecil melihat lelaki yang sanggup mengambilnya menjadi anak angkat.

"Ni dato Dirham. Datuk angkat kepada kamu. Anaknya baru je meninggal dunia beberapa minggu lepas. Jadi dia mahu mengambil kamu sebagai anak angkat untuk menjaga cucunya" terang Puan Maisarah kepada Rael yang mengangguk faham.

Dia tersenyum pahit kerana memahami perasaan cucunya yang kehilangan ibu bapanya pasti sangat perit rasanya. Dia pula tidak tahu dimana ibu bapanya adakah hidup ataupun tidak , yang dia tahu dia ditinggalkan di rumah ini semasa dia masih kecil. Seperti anak terbuang, Rael rasakan pada dirinya.

"Kamu boleh panggil saya Datuk Dirham, Azrael. Sekarang datuk akan jaga kamu dan beri kasih sayang pada kamu. Maaf jika orang tua yang mengambil kamu dan bukan sepasang suami isteri" ucap Datuk Dirham kerana tahu setiap impian anak yatim adalah diambil oleh satu keluarga yang lengkap.

"Ya Allah, tak encik. Tak masuk saya, Datuk. Saya tak kisah pun semua itu apa yang sudah ditetapkan oleh Allah saya terima dengan hati yang terbuka. Saya ikhlas menerima datuk sebagai keluarga saya. Datuk boleh panggil saya Rael je" ucap Rael dengan penuh adab dan merendah diri.

Datuk Dirham tersenyum sambil mengangguk. "Baiklah mari kita ke rumah Datuk. Datuk mahu kenalkan kamu dengan adik kamu" ucap Datuk Dirham dan terus membukakan pintu membenarkan Rael masuk ke dalam keretanya. Rael terus menunduk hormat kepada Umi dan abinya. Umi dan abinya di salam dan dipeluk. Uminya sudah menjadi ibu susuan nya kerana menyusukan dia dari kecil lagi. Uminya patutnya mempunyai cahaya mata namun gugur apabila telah terjatuh di dalam usia kandungan 3bulan dan didapati dia tidak dapat mengandungi lagi.

Rezeki mereka berdua apabila dia telah ditinggalkan dihadapan rumah mereka dan dari situ mereka mendapat ilham untuk membina Teratak Melur. Tempat dimana anak-anak yatim seperti kami diberi perlindungan.

"Jaga diri, Rael. Jangan susahkan Datuk Dirham. Anak dia banyak menyumbang kepada Teratak Melur kita. Jika kamu dapat membalas jasa kedua-dua arwah dengan menjadi anak baik itu sudah mengembirakan buat kami" ucap Puan Maisarah dengan wajahnya sembab.

"Umi jangan nangis. Rael janji akan jadi anak yang baik" Rael tersenyum kepada umi dan abinya. Abinya tersenyum dan mengangguk mempercayai janji Rael kepada mereka.

"Pergilah, Dato Dirham dah tunggu kamu" Riduan menepuk bahu Rael dan tersenyum lebar buat kaki terakhir terus dipeluk erat , anak lelaki yang dijaga dari kecil sehingga Rael berumur 14 tahun.

Riduan melepaskan pelukan dan terus Rael tersenyum lebar kepada mereka dan mula melangkah kearah kereta yang sudah tersedia. Datuk Dirham tersenyum kepadanya dan mempelawanya masuk.

Datuk Dirham meminta diri kepada Riduan dan Puan Maisarah. Selepas itu terus dia masuk ke dalam perut kereta dan duduk disebelah kanan Rael. Pintu tingkap dibuka agar Rael dapat melihat mereka semua buat kali terakhir.

"BYEEE ABANG RAEL!! JANGAN LUPA KITAORANG" jerit mereka semua yang sudah berlari keluar di hadapan pagar bersama umi dan abinya yang melambai kepadanya.

Rael membalas senyuman mereka dan melambai kembali dengan wajah yang agak sedih kerana perlu berpisah dengan mereka.

Bergerak sahaja kereta itu meninggal perkarangan Teratak Melur dan terus Rael menyandarkan badannya di kerusi. Dia cuba bertenang dan menerima segalanya.
Datuk Dirham menyentuh bahunya sambil tersenyum kecil.

"Datuk akan jaga kamu baik-baik, Rael. Seperti umi dan Abi kamu" ucap Datuk Dirham membuatkan Rael mengangguk kecil dan membalas senyuman Datuk Dirham.

Rael terpukau dengan suasana kereta yang dinaikinya sangat besar dan luas. Dia tidak pernah naik kereta sebesar ini. Dia sangat teruja kerana dia perlu menghilangkan rasa sedih perpisahannya tadi.

"Datuk kata saya ada adik. Apa nama dia?"
Terus Rael menoleh kearah Datuk Dirham yang mengelap cermin matanya itu. Datuk Dirham menoleh kearah Rael.

"Dahlia Serafia"

DAHLIAWhere stories live. Discover now