D7

15 1 0
                                    

"APA yang kamu dah buat ni Dahlia! Kamu tahu tak Abang Zaf tunggu kamu dekat sekolah 3 jam! Kamu boleh buat apa? habiskan duit yang datuk bagi belanja kawan-kawan kamu yang tak betul tu. Lepastu dah berani keluar dengan jantan pergi shopping mall itu ini. Kamu baru form 1 , Dahlia bukan dah besar!" Tegas Datuk Dirham berkata sambil merenung lama Dahlia yang duduk dihadapan. Dahlia langsung tidak mahu melihat wajah datuknya yang tergesa-gesa balik daripada pejabat akibat dirinya yang hilang.

"Cakap Dahlia Serafia! Kenapa kamu  tak angkat call dengan mesej Rael. Kamu buat dia risau tahu tak. Kamu ada dia seorang je lepas ni. Dia satu-satunya abang kamu yang boleh jaga kamu. Tolong lepas ni jangan buat benda macan ni lagi . Nasib baik, Rael dapat detect location kamu.." kata datuknya membuatkan Dahlia terkedu mendengar apa yang dikatakan datuknya. Detact location dia? Dari phone dia? Patutlah tadi phone dia boleh terbuka sendiri rupanya kerja lelaki tak guna ni.

"What do you said? Rael detect location Dahlia from my phone. Siapa benarkan kau buat macam tu ha !" Dahlia menjerit dengan kuat kepada Rael yang cuma berdiri kaki di belakang datuk Dirham. Rael memandang redup matanya namun mulutnya terkunci, tidak berkata apa-apa.

"Kenapa biadap sangat kamu ni , Dahlia! Jangan gunakan kau aku dengan abang kamu ni. Dia lagi tua dengan kamu. Kamu kena hormat dia! Lagipun memang datuk yang suruh dia masukkan access untuk detect location kamu. Anak dara asyik buat masalah, menyusahkan semua!" Jerit datuk Dirham dengan amaran yang tidak boleh tahan. Dia sudah tidak kenal Dahlia yang menjadi kesayangan dulu sekarang dahlia sudah berubah. Makin buat perangai dan biadap kepada semua orang.

"Dahlia menyusahkan?! Dahlia tak kisah lah dia lagi tua ke apa. Dahlia tak akan anggap dia, abang Dahlia sampai mati . Datuk sayang je dia , simpan dia. Cakap dengan dia tak perlu nak acah jadi abang yang baik sebab Dahlia tak ingin pun! Dahlia lebih rela jadi anak tunggal selamanya!Dahlia terus menyerang Rael yang berdiri di belakang datuknya. Kolar baju lelaki itu ditarik dengan geram. Dia tumbuk dengan geram dada lelaki tu. Dia benci lelaki tu. Dia benci tengok muka lelaki tu.

"Rael kau memang tak guna kan! Semua benda kau rampas dalam hidup aku. Kenapa kau tak balik ke rumah anak yatim kau tu. Pergi mampus dengan hidup kau sebagai anak buang kau memang layak-

Datuk Dirham yang melihat Dahlia yang menyerang Rael terus menampar pipi cucunya. Terjatuh Dahlia menerima tamparan kuat itu sehingga dia tersembam ke lantai. Rael yang melihat terkejut dan terus mendekati Dahlia. Namun pantas Dahlia menolak jauh Rael dari mendekatinya.

"KAU JANGAN DEKAT DENGAN AKU LAH. LELAKI TAK GUNA. AKU BENCI KAU!!" Dahlia terus menjerit kuat kepada Rael menolak kuat lelaki itu. Rael tertolak ke belakang apabila Dahlia menolak. Dahlia bangun daripada lantai dengan pipi yang merah ditampar. Dia memandang geram datuknya yang juga melihatnya tajam.

"LIA BENCI DATUK!!! LIA BENCI DENGAN SEMUA ORANG DALAM RUMAH NI. PATUTNYA LIA MATI JE IKUT AYAH DENGAN IBU!! LIA TAKKAN MAAFKAN SEMUA ORANG YANG BUAT LIA MACAM NI!!" terus Dahlia bertindak agresif menghancur semua barang perhiasan diatas meja sehingga bunyi kaca berderai. Datuk Dirham cuma terdiam melihat kelakuan agresif Dahlia itu. Membiarkan sahaja gadis itu melepaskan kemarahan. Dahlia terus menaiki biliknya dengan wajahnya sedih. Habis air matanya mengalir laju. Pintu bilik ditutup kuat menunjukkan dia sangat marah. Dahlia masuk di dalam selimutnya sambil menangis kuat.

"Ya Allah , Dahlia.." Mak Wati yang baru sahaja keluar daripada dapur terkejut melihat ruang tamu yang luas dan bersih itu sudah dihancur dengan banyak kaca yang dipecahkan dan alas meja yang sudah terbalik. Dia mendengar perbalahan antara Dahlia dan Dato' namun dia tidak mahu memasuk campur urusan mereka.

Rael terkaku melihat Dahlia yang bertindak agresif tadi. Dia tak tahu adakah kehadirannya punca kebencian Dahlia kepadanya. Dia cuma mahu melindungi Dahlia dan menjadi abang yang terbaik tapi Dahlia membencinya malah menghinanya tadi membuatkan hatinya terhiris seperti pisau.

Air matanya mengalir perlahan dari kolam matanya. Hatinya cuma patah mendengar kata-kata kejam daripada seseorang yang dia sayang.

"UGHHH!!" Tiba-tiba Datuk Dirham merasakan jantung berdegup laju. Dia terus jatuh terduduk sambil memegang jantungnya terasa sakit. Rael yang melihat itu terus mendekati datuknya. Dia panik melihat datuknya yang sakit.

"Datuk!! Datuk!! Ya Allah !!" Jerit Rael yang   membawa rapat tubuh datuknya yang tidak bermaya itu. Mak Wati yang melihat sudah berlari kearah Datuk Dirham.

"Mak Wati, cepat call ambulans sekarang! Kita kena hantar datuk ke hospital!!"jerit Rael dengan cemas membuatkan Mak Wati mengambil telefon di atas kabinet dapur lalu tergesa-gesa menelefon unit kecemasan.

DAHLIAWhere stories live. Discover now