D29

17 0 0
                                    

SELEPAS pertengkaran di dapur pagi tadi. Rael cuma beriak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Wajahnya masih boleh tersenyum manis kepada Dahlia. Apabila Dahlia dipanggil oleh Rael di ruang tamu. Dahlia sendiri tidak tahu apa yang bermin di kepala Rael itu Kenapa lelaki itu tidak langsung menunjukkan benci atas perbuatannya pagi tadi. Buat Dahlia berasa meluat melihat Rael yang pandai berpura-pura itu

"Kau nak bincang apa ni?" Soal Dahlia apabila dia sudah duduk di sofa berhadapan Real. Rael merenung Dahlia lama sambil tersenyum sebelum dia mendekatkan sikit badannya ke hadapan. Tanganya disatukan.

"Abang nak bincang tentang perjanjian kita sikit lepastu tentang pembelajaran Dahlia. Abang dah daftarkan Dahlia dekat kolej swasta dekat sini. Jadi Dahlia boleh teruskan belajar lagipun tak kan Dahlia nak berhenti belajar kan. Rugi je"

"Kenapa aku kena belajar dekat sini?" Dahlia mengerut dahi mendengar itu. Tanganya disilang sambil mendengus kecil.

Rael mengeluh kecil namun masih tersenyum kepada Dahlia. "Abang tak nak lah Dahlia belajar separuh jalan. Lagipun Dahlia dah degree lepas ni dah kerja dan baik teruskan daripada sambung dekat New Zealand balik. Dahlia tinggal lagi 3 semester kan. Baik sambung je dekat sini"

"Baik, aku terima sebab itu tentang masa depan aku. Jadi bila aku kena masuk situ?"

"Lagi seminggu lagipun sekarang diorang tengah cuti semester. Lagi beberapa minggu semesta baru akan start jadi Dahlia akan sambung situ jelah"

"Jauh ke?" Soal Dahlia sebab dia terpaksa meninggalkan keretanya di New Zealand sebab mahu membawa balik kesini agak leceh. Baik di beli baru tapi nantilah dia fikirkan.

"Hmm kalau dari rumah kita boleh dikatakan jauh sikit tapi nanti abang belikan kereta untuk Dahlia senang Dahlia balik nanti" Dahlia mengangguk kecil. Orang dah bagi malas nak tolak.

"Okey, lagi apa?"soal lagi Dahlia ingin cepat menghabiskan perbualan mereka ini.

"Dalam perjanjian kita. Dahlia kena ikut arahan abang kan?" Kata Rael ingin kepastian.

"Yes, so?' Kedua-dua bahu Dahlia diangkat.

"Abang , nak Dahlia tukar panggilan dengan abang. Abang tak suka, Dahlia panggil kau aku. Kasar sangat"

Dahlia sudah merengus geram mendengar itu. "So, kau nak aku gunakan panggilan apa?"

"Untuk permulaan, saya awak pun abang tak kisah. Ye, my Dahlia" ujar Rael sambil tersenyum kecil.

Dahlia membuat muka geli mendengar panggilan itu " Shut up... sakit telinga aku dengar kau cakap macam tu"

Rael mengangkat kening. "What is it? Dahlia cakap apa?" Usik Rael mendengar kesalahan Dahlia itu.

'tak guna betul ' Dahlia mengeluh kecil dan berdehem kecil. "Saya tak suka awak panggil saya macam tu " ucapnya dengan perlahan membuatkan Rael tersengih kecil dan menarik perlahan tangan Dahlia membuatkan Dahlia ke kerahnya dan terus mencium pipi Dahlia yang gebu.

"Hey! Kan aku cakap jangan kiss aku macam tu!" Jerit Dahlia dengan wajah yang merah. Pipinya digosok kasar.

"Apa dia?" Usik Rael mendengar itu.

Dahlia melihat Rael dengan makian di dalam hatinya. "Jangan kiss saya macam tu" betulnya sambil mengaru lehernya.

"Kan sedap dengar tu. Don't worry apa pun Dahlia buat. Abang tak akan marah jadi jangan risau ye dan satu perkara lagi"

Dahlia mengeluh dan mengangkat kepalanya. "Apa lagi..?"

" Can we share bedroom together.. Abang tak nak Dahlia duduk dalam bilik sorang-sorang. I'm worried about you..bila Dahlia dapat nightmare hari tu..." ujar Rael dengan bersungguh-sungguh membuatkan Dahlia terdiam. Bibirnya digigit untuk menerima ataupun tidak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 4 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DAHLIAWhere stories live. Discover now