D2

24 2 0
                                    

KERETA yang berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan sebuah rumah besar yang diletakkan papan yang bertulis 'Teratak Melur'. Datuk Dirham turun daripada perut kereta dibantu oleh pemandunya, Zafuan.

"Tuan nak saya teman atau saya tunggu sahaja disini?" Soal Zafuan yang ditugaskan menjadi pemandu kepada Datuk Dirham.

"Tak apa. Biar saya pergi sendiri. Kamu boleh tunggu di sini. Bila sudah selesai saya akan telefon kamu" Datuk Dirham mengulum senyuman tipis kepada lelaki muda yang merupakan pemandunya yang sudah lama berkhidmat dengannya. Lelaki itu mengangguk mengikuti arahan yang diberikan tuannya dan terus masuk ke dalam kereta semula.

Datuk Dirham membetulkan cermin matanya dan melangkah ke dalam perkarangan rumah tersebut. Kedengaran sunyi sepi, tiada langsung bunyi budak menjerit ataupun bermain. Datuk Dirham berdiri dihadapan pintu dan menekan loceng sebanyak tiga kali dan barulah pintu rumah itu dibuka dan muncul seorang wanita muda awal 30-an tersenyum lebar kepadanya.

"Puan Maisarah bukan?" Soal Datuk Dirham kepada wanita yang berpakaian bertutup aurat serta purdah diwajahnya. Wanita itu mengangguk kecil.

"Dato Dirham yang call saya tadi untuk cari anak angkat? Silakan masuk Dato" Puan Maisarah terus membuka pintu membenarkan lelaki yang merupakan pangkat dato itu masuk ke dalam.

"Tak perlu panggil saya dato. Saya manusia biasa sahaja. Pangkat tu cuma sementara. Panggil Encik Dirham sahaja" tegur Datuk Dirham kepada Puan Maisarah kerana tidak mahu mengagungkan pangkat dunia sahaja.

Puan Maisarah tersenyum. "Baik, Encik Dirham. Sila masuk ke dalam pejabat saya dan kita boleh bincangkan proses pengambil anak angkat.

"Baiklah" Datuk Dirham mengikut langkah Puan Maisarah. Datuk Dirham melihat suasana rumah yang dipenuhi dengan kelengkapan kanak-kanak. Dia memerhatikan segenap ruang di dalam rumah itu. Sungguh besar dan selesa. Pasti anak-anak yatim disini gembira duduk disini.

Hampir sampai di bilik pejabat Puan Maisarah. Mereka berdua melalui satu bilik dimana semua kanak-kanak berada di dalam satu bulatan dengan berpakaian menutup aurat yang lengkap sambil dihadapan mereka rehan yang diletakkan Al-quran. Di tengah mereka terdapat seorang lelaki yang cukup segak yang sedang mengajar seorang budak lelaki yang sedang membaca Al-Quran di hadapannya. Terhenti dirinya apabila mendengar suara budak lelaki itu mengalunkan bacaan Al-quran itu penuh khusyuk dan tarannun.

Puan Maisarah juga terhenti apabila melihat Datuk Dirham yang berdiri di hadapan bilik mengaji. Puan Maisarah tersenyum dan mengetuk pintu. Bacaan budak lelaki itu terhenti apabila mendengar pintu diketuk begitu juga lelaki di hadapannya.

"Abang, kita ada tetamu hari ni" Puan Maisarah melihat kepada suaminya yang sedang mengajar mengaji kepada anak-anak itu. Suami Puan Maisarah terus bangun dari lantai dan tersenyum kepada Datuk Dirham. Terus ditepuk bahu budak lelaki itu untuk menyambung bacaannya dan menjaga mereka yang lain. Budak lelaki itu mengangguk dan menyambung semula bacaan. Budak-budak lain mendengar dengan teliti bacaan daripada budak lelaki itu.

"Assalamualaikum , encik . Saya Riduan. Suami kepada Maisarah dan saya juga pengasas Teratak Melur. Tangan Datuk Dirham dicapai dan di salam oleh lelaki muda itu. Sejuk benar mata Datuk Dirham melihat suami Puan Maisarah yang penuh dengan adab dan tutur kata yang lembut dan sopan.

"Waalaikumussalam. Saya , Dirham Safiq. Ayah kepada Dani Safuan yang pernah memberi sumbangan kepada Teratak Melur" kata Datuk Dirham membuatkan kedua-dua pasangan itu melihat sesama sendiri kerana mengetahui apa yang terjadi kepada dua insan yang memberi sumbangan kepada mereka.

"Saya ucapkan takziah kepada Dato' Dirham . Saya tak sangka sekejap sahaja perjumpaan saya dengan arwah tuan Dani. Mereka berdua sangat baik sehingga kami terhutang budi dengan mereka berdua" jawab Riduan dengan nada yang duka atas pemergian mereka.

"Tak perlu dato , panggil saya Encik Dirham. Terima kasih kerana mengingatkan akan anak dan mentua saya. Saya tak sangka banyak yang mereka lakukan sehingga walaupun mereka sudah tiada namun nama masih disebut-sebut" Datuk Dirham tersenyum kecil untuk menguatkan dirinya.

"Baiklah kalau macam tu. Saya dengan Encik Dirham mahu mengambil anak angkat? Kita boleh berbincang di dalam bilik pejabat di sini. Silakan encik" Riduan terus membawa Datuk Dirham ke dalam bilik pejabatnya untuk mengetahui lebih lanjut untuk proses pengambilan anak angkat.

Sampai sahaja di bilik yang ditulis pejabat dipelawa masuk Datuk Dirham ke dalam bilik itu. Riduan duduk di mejanya dan menyuruh Datuk Dirham untuk duduk dihadapannya. Diarahkan isterinya untuk membuatkan air kepada tetamu.

"Tak perlu susah-susah." Kata Datuk Dirham yang tidak mahu menyusahkan Puan Maisarah itu.

"Tak ada apa susah, Encik. Sekejap sahaja isteri saya bawakan minuman lagipun jika tetamu datang lebih elok mempelawa minuman. Baiklah ini adalah borang untuk mengambil anak angkat dan juga senarai nama anak-anak disini. Encik boleh baca terlebih dahulu dan selepas ini saya bawak Encik berjumpa mereka untuk mengenali mereka dan memastikan siapa Encik mahu memilih-

"Saya dah ada pilihan" jawab Datuk Dirham membuatkan Riduan terhenti percakapannya. Keningnya diangkat keatas ingin mengetahui siapa.

"Boleh saya tahu siapa?" Riduan melihat dengan penuh tanda tanya Datuk Dirham. Cepat sahaja lelaki itu membuat keputusan.

"Saya nak ambik budak yang mengaji tadi" jawab Datuk Dirham dengan yakin membuatkan Riduan terdiam sebentar dan mengangguk faham bersama senyuman lebar.

"Saya faham kenapa Encik memilih dia. Sekejap saya bawakan file peribadi dia" Riduan bangun dari kerusi dan mencari file di dalam almari yang tempatkan di belakangnya.

Jarinya menyentuh setiap file mencari nama budak yang disebutkan itu dan terhenti apabila file yang dicarinya berada di tengah-tengah. File itu ditarik keluar dan dia kembali ke mejanya dengan senyum tipis.

File itu diletakkan dihadapan Dato Dirham. Dato Dirham melihat file yang diletakkan dihadapan lalu dia membaca nama yang ditulis di atas file itu.

Muhammad Al- Hadi Azrael Darshiell.

      TUBUH kecil Dahlia diangkat perlahan oleh Mak Wati. Sedih hatinya melihat wajah Dahlia yang pucat tidak berdaya itu. Tangan wanita itu menyentuh lembut kulit putih Dahlia.

"Lia. Makan ubat, nak. Kalau nak sembuh Lia kena makan ubat" pujuk Nak Wati kepada Dahlia yang tidak mahu berbicara. Mak Wati sedar selepas kematian tuan dan puannya. Dia perasaan Dahlia sudah tidak periang seperti dahulu malah gadis kecil itu lebih suka berdiam diri dan duduk di dalam bilik.

Dahlia menggelengkan kepala. Tanda tidak mahu makan. Air matanya mula berair lebat. Dia penat dengan semua ini. Dia mahukan ibu ayahnya semula. Dia mahu meminta maafkan kepada mereka berdua.

"Lia.. kenapa menangis ni Mak Wati ada jangan nangis" terus wanita tua itu membawa gadis kecil itu ke dalam pelukannya sambil mengusap belakang gadis kecil itu. Anak gadis itu menangis teresak-esak di dalam pelukannya.

"Lia nak ikut ibu dengan ayah. Lia tak nak duduk sini sorang-sorang. Semua salah Lia! Kalau Lia tak ajak mereka keluar pasti mereka tak akan mati. Semua salah Lia" Gadis kecil itu menumbuk kuat dadanya yang sakit. Dia menyesal kerana memaksa ibu bapanya untuk keluar mendapatkan mainannya yang dilihat di tv. Dia tidak patut meminta kalau tidak pasti ibu dan ayahnya masih hidup.

"Lia, Ya Allah! Jangan macam ni. Ini bukan salah Lia. Ini sudah takdir Allah. Bukan Lia yang tentukan hidup ibu dan ayah Lia. Ini bukan salah Lia. Lia Jangan buat macam ni. Lia tak kesian ke dekat mereka di sana. Lepaskan mereka Lia. Ini bukan salah Lia" Air mata Mak Wati juga mengalir laju melihat bertapa derita yang perlu dihadapan gadis kecil itu. Dia baru sahaja berumur 10 tahun sudah merasakan kehilangan ibu bapanya. Adiknya yang bakal lahir juga tidak kesampaian untuk bernafas di dunia. Mak Wati cuba menenangkan Dahlia yang bertindak agresif dan mula mendodoi Dahlia apabila gadis kecil itu sudah penat menangis.

Mak Wati mengeluh dan melihat kearah jam. Dato Dirham belum pulang selepas keluar sebentar tadi. Dahlia yang tertidur semula dipandang dengan sayu. Terus diselimutkan gadis kecil itu dan menghadiahkan ciuman di ubun-ubun rambut Dahlia. Dia sudah lama berkhidmat dengan ibu bapanya Dahlia jadi dia sudah anggap Dahlia seperti anaknya sendiri. Mak Wati bangun dan mula berlalu pergi. Menutup bilik tidur Dahlia. Membiarkan gadis kecil itu berehat.

DAHLIAWhere stories live. Discover now