D20

16 0 0
                                    


RAEL ralit fokus memandu kereta dengan tenang sambil tangan kanannya di dipangku diatas tepi pemegang kereta yang menekan-nekan dahinya. Iris hazelnya menjeling Dahlia yang sedang lena disebelahnya. Rael mengeluh kecil dengan apa yang berlaku hari ini. Nasib dia terdetik untuk melihat lokasi Dahlia berada. Dia risau kerana dia tidak tahu dimana Dahlia tinggal sejak pulang ke sini. Rael langsung tidak sangka perangai Dahlia boleh berubah teruk sampai ke sini. Dahlia boleh pergi ke KL semata-mata untuk pergi ke kelab. Astaghfirullah, Rael sangat risaukan akan Dahlia.

Dia tak boleh biarkan Dahlia seperti ini. Lalai dengan dosa yang berkumpul. Dia harus bantu Dahlia untuk kembali ke jalan yang benar. Dia tidak sanggup melihat, satu-satunya orang yang paling dia sayang melakukan berada di dalam keadaan sebegini. Dia perlu halalkan Dahlia dengan secepat mungkin. Dirinya tidak tahan untuk menahan godaan mahukan kepada Dahlia. Dia perlu ubah Dahlia.

"Ibu..ayah.." Rael menoleh kearah Dahlia apabila gadis itu tergerak dari lena sambil memanggil ayah dan ibunya membuatkan hati Rael sayu kepada gadis itu. Nasib dia dan Dahlia tidak ubah sama. Kedua-duanya merupakan anak yatim piatu. Walaupun Rael tidak tahu dimana ibu bapanya sekarang. Adakah masih hidup atau sudah meninggalkan dunia. Dia tidak tahu. Dia tidak terdetik pun untuk mencari ibu bapanya sebenarnya. Dia dah cukup sedih dilabelkan anak buangan.

Selepas sahaja kereta yang dipandu oleh Rael sampai diperkarangan rumah banglo lama yang pernah diduduki oleh mereka berdua. Rael terus meletakkan keretanya di hadapan rumah banglo itu dan mula mematikan enjin kereta. Dia melihat langit yang gelap. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Rael keluar daripada perut kereta dan menuju ke pintu sebelah. Rael membukakan pintu yang duduki Dahlia. Rael mengeluh kecil melihat Dahlia yang tidak menyedarkan diri. Dia berfikir sebentar. Adakah dia perlu mengangkat Dahlia? Tapi tadi dia terpaksa kerana ramai orang disana. Dia rasa bersalah kerana terpaksa menyentuh seseorang yang bukan mahram dengannya.

Rael cuba membangunkan Dahlia. Rael menepuk-nepuk perlahan bahu Dahlia untuk membangunkan gadis itu.

"Dahlia.. bangun dah sampai ni"

Dahlia membuka matanya sedikit dan mengeliat kecil. Kepalanya yang pening dipegang. Dia melihat sekeliling tidak tahu dia dimana.

"Dekat.. mana.. ni?" Soal Dahlia dengan suara yang tersedu-sedu. Rambutnya digaru gatal.

"Kat rumah lama kita. Jom abang bawak Dahlia masuk.." kata Rael cuba untuk membantu Dahlia untuk keluar daripada kereta. Dahlia mengerut dahi sambil menggelengkan kepalanya laju.

"Lia...tak nak balik...Lia...nak party...sampai bila-bila..hahahaha " ujar Dahlia yang kelihatan sangat mabuk itu. Dia tersengih suka sambil menari seperti dia berada di kelab malam. Rael sudah menepuk dahi sambil mengeluh kecil melihat Dahlia yang tidak betul itu.

"Dahlia.. jom abang bawak masuk... dah malam ni.. Dahlia kena rehat" pujuk Rael dengan suara yang lembut membuatkan Dahlia tergelak kecil mendengar suara Rael itu. Pantas , Rael memegang lengan Dahlia yang berlapik itu menarik gadis itu keluar dari perut kereta. Manakala Dahlia pula tidak henti bercakap benda-benda yang pelik.

"Tahu tak hari. Hidup Lia malang sangat! Semua sebab Rael tak guna tu!" Jerit Dahlia yang masih ditarik oleh Rael untuk dibawa masuk. Rael perlu cuma terdiam mendengar omelan Dahlia itu.

"Ada ke patut dia paksa Lia kahwin dengan dia. Hahaha lawak betul. Dia betul-betul otak mereng eh. Hahahaha"

Rael masih mencuba menahan sabar mendengar kata-kata Dahlia itu. Tanganya masih memaut lengang Dahlia yang berjalan seperti siput sekarang. Dengan kasut tumit tingginya yang membuatkan Dahlia berjalan terhuyung-hayang. Stress kepalanya.

DAHLIAWhere stories live. Discover now