D14

9 1 0
                                    

    RAMBUT panjang Dahlia diulus perlahan olehnya sambil merenung lama glass yang terisi wiski yang berada ditangannya. Nadine dan Amelia pula sudah kemana-mana menikmati keindahan malam mereka dengan menari terkinja-kinja selepas sudah meneguk beberapa kali air yang berisi alkohol yang menghilangkan kewarasan mereka.

Dahlia sudah beberapa kali meneguk air haram ini selepas dia terikut dengan budaya disini. Hidupnya sudah beribu kali berlainan dengan hidup di Malaysian. Dia jadi seperti gadis lupa agama. Melakukan perbuatan yang dilarang oleh tuhannya kerana Mak cik Maya sendiri mengikut  cara hidup yang tidak sama langsung seperti orang yang beragama Islam. Balik dalam keadaan mabuk dan keluar masuk membawa teman lelaki baru setiap malam. Dahlia juga sudah lama meninggal solat dan hidup seperti orang yang tiada agama walaupun kad pengenalan masih menunjukkan dia merupakan agama Islam.

Malas memikirkan perkara remeh seperti itu. Dahlia terus meneguk laju air itu. Laju air haram itu masuk ke dalam tekaknya memberikan bahang dan kepanasan di dalam tekaknya. Dahlia meneguk beberapa kali air itu. Dress hitam yang mengingkut bentuk badannya ditarik kebawah apabila dress itu mula tertarik ke atas menunjukkan pahanya yang putih melepak.

"Alone, miss?" Soal seseorang membuatkan Dahlia menoleh kearah tempat duduk di sebelahnya. Seorang lelaki berambut brunette mendekati dirinya beserta senyuman nakal dibibirnya. Dahlia cuma memandang lelaki itu dan menuangkan lagi air di dalam glassnya. Tidak menghiraukan kehadirannya lelaki itu. Kepalanya pening sekarang. Lelaki itu tergelak sinis mengetahui dirinya tidak dihiraukan lantas lelaki itu mendekati Dahlia sehingga tiada jarak ditubuh mereka.

"How dare you ignore me, miss. Whatever you're stunning tonight" lelaki itu tersenyum kepada Dahlia lalu menghulus lembut rambut Dahlia yang panjang  dan mencium bauan yang dipakai oleh gadis itu.

"Damn, girl. Your hair smells so good!. " Lelaki itu tersenyum dan mula menarik dagu Dahlia yang cuma terdiam melihatnya. Wajahnya Dahlia tampak merah yang menunjukkan dia sudah mabuk akibat alkohol di dalam badannya yang memberikan kesan di sistem sarafnya.

"Don't touch me!" Dahlia terus menepis lelaki itu daripada memegang dirinya. Kepalanya benar-benar berdenyut. Dia terlebih minum selalunya dia berjaga-jaga untuk dia tidak mengambil alkohol berlebihan namun emosinya menguasainya sehinggakan dia tidak berhenti minum.

"You're so rough. I like someone like you. Stubborn girl! "Lelaki itu tersengih suka dan terus menarik dagu Dahlia untuk mendekati wajahnya. Dahlia dapat merasakan nafas lelaki itu sangat dekat dengan wajahnya.

"Let me taste your lips, darling" bisik lelaki itu ditelinganya dan terus menarik perlahan kepala Dahlia kearahnya. Bibir mungil Dahlia yang merah delima itu hanya beberapa satu sentimeter dengan bibir lelaki itu. Rambut Dahlia yang lembut ditarik kearahnya.


              MATA dicelik laju dan automatik  badannya ditarik bangun dari posisi dia tertidur diatas meja kerjanya. Dadanya turun naik dengan laju selepas mendapat mimpi ngeri itu. Nafasnya termengah-mengah akibat bangun dengan mengejut. Rael menyentuh rambutnya dengan kasar. Peluhnya mengalir dari dahi turun ke lehernya. Matanya pantas menutup mata menenangkan dirinya serta mulutnya membaca istighfar.

Dia tertidur tadi sebab semalam dia tidak tidur menentu, menyiapkan kerjanya. Dirinya tidak ubah seperti workaholic. Pagi pergi kerja , malam sambung kerja. Naim juga selalu membebel kepadanya apabila melihat mukanya yang sentiasa lesu dan letih.

Rael termenung seketika mengingati mimpi yang dialami itu. Mimpi dimana dia bermimpi Dahlia sedang bersama lelaki lain.Kenapa dia dapat mimpi seperti itu? Apa jadi dengan Dahlia sekarang? Dia tidak pernah bermimpi teruk tentang Dahlia. Kenapa tiba-tiba sahaja dia dapat mimpi teruk seperti itu?

Rael menyentuh dadanya yang terasa sakit. Mimpi itu benar-benar terkesan kepada dirinya melihat Dahlia yang sedang melakukan sesuatu yang membuatkan hatinya terluka. Dahinya diraup kasar sambil bibir bawahnya digigit kuat. Tak guna! Dia tak boleh lupakan Dahlia. Sedaya upaya dia cuba untuk melupakan perasaan kepada adik angkatnya sendiri tapi hatinya berkata tidak. Dia tidak mampu.

Rael melihat kearah cawan kosong yang berada diatas mejanya pantas jari panjangnya mengambil cawan itu dan mengisikan air kosong di dalamnya. Tekaknya sungguh kering dan perlu dibasahi dengan air.  Tangannya yang mencapai , bergetar-getar membawa cawan itu ke mulutnya. Rael terkaku melihat tangannya menggigil. Terus tangannya yang lembik itu tidak dapat menahan jisim cawan itu terus terjatuh ke lantai, meninggalkan bunyi kaca yang kuat dan serpihan kaca yang bertaburan di seluruh tempat. Rael terkaku melihat apa yang terjadi.

Biliknya diketuk dan terus masuk Naim yang tergesa-gesa masuk ke dalam biliknya dengan raut wajah yang risau. Naim merenung lama kawannya yang duduk terkaku di atas kerusinya.

"Rael, kau kenapa ni!" Terkejut Naim apabila kaca yang bertaburan di lantai. Naim mendekati Rael dan terus menggoyang bahu lelaki itu untuk menyedarkan lelaki itu yang terdiam terkaku. Rael sedang menundukkan kepalanya memandang lantai sambil memaut erat kedua-dua tanganya.

Rael tidak membalas pertanyaan Naim. Dirinya rasa lemah sekarang. Lemah rindukan seseorang yang sudah jauh darinya.

"Rael, kalau kau tak sihat. Aku boleh schedule kau punya meeting hari ni. Aku tengok lately, fikiran kau terganggu. Apa kata kau balik dulu. Tenangkan fikiran kau tu pastu baru masuk kerja" cadang Naim sambil menepuk-nepuk bahu Rael yang cuma terdiam.

"Naim.." Rael mengangkat wajahnya memandang kawan baiknya. Terkaku Naim melihat mata hazel Rael yang sedang bertakung dengan air mata.

"Aku rindu Dahlia sangat..."

         "UGHHH!! Don't touch me!! You're asshole!!" Dahlia terus menampar kuat lelaki yang cuba mencabul bibirnya. Lelaki itu mendengus marah apabila pipinya naik merah ditampar oleh Dahlia. Pantas lelaki itu mendekati Dahlia dengan perasaan sangat marah dan cuba menangkap tubuh Dahlia yang cuba melarikan diri.

"You messing up with me bitch girl! "Jerit lelaki itu dan terus menarik kuat rambut Dahlia. Dahlia terus menjerit kuat apabila merasakan kesakitan di rambutnya. Dahlia cuma menarik rambutnya semula daripada lelaki itu namun pipinya diberikan penampar kuat sehingga Dahlia berpusing dan kepalanya terkena meja kaca di kelab malam itu. Pergaduhan mereka menarik perhatian semua orang di dalam kelab malam itu. Pantas , bartender di situ menghubungi pengawal untuk menghentikan perbuatan lelaki itu yang cuba mencederakan Dahlia.

Dahlia jatuh tersungkur dengan dahinya mengeluarkan darah yang mengalir akibat luka terkena kaca meja disitu .Lelaki itu tersenyum sinis apabila melihat Dahlia yang sudah jatuh pengsan namun kedua-dua lengannya ditarik oleh dua orang pengawal yang berbadan besar.

"Sir, you come with us!" Ujar dua orang pengawal itu dan terus menarik lelaki itu keluar daripada kelab malam itu. Orang ramai mula menjerit apabila melihat Dahlia yang pengsan itu.

Nadine dan Amelia yang melihat kejadian itu terus mendekati Dahlia. Kedua-dua menjerit meminta tolong. Pipi Dahlia yang tidak sedar itu ditepuk perlahan ingin menyedarkan Dahlia namun Dahlia langsung tidak bangun. Pekerja bartender disitu mengangguk dan mula mencapai telefon untuk memanggil ambulans.

Kelab malam mewah itu mula riuh apabila semua orang berlari meninggalkan tempat itu apabila seseorang telah tercedera. Manakala Nadine dan Amelia melindungi Dahlia daripada orang ramai yang bertolak sesama sendiri ingin melarikan diri. Mereka cuma mengharapkan ambulans datang cepat sekarang. Mereka sangat menyesal membawa Dahlia ke sini. Semuanya malam ini untuk meraikan mereka bersama sebelum gadis itu pulang ke tanah air namun benda buruk terjadi. Mereka berdua menyesal dengan apa yang terjadi.

DAHLIAWhere stories live. Discover now