D22

7 0 0
                                    

DAHLIA menyuap perlahan makanan di dalam mulutnya apabila dia dapat rasakan dirinya diperhatikan. Dia menjeling ke hadapan apabila Rael yang tidak henti merenungnya sambil tersenyum manis membuatkan dia geram. Cucukkan mata hazel dia baru tahu! Malas dia mahu melayan terus dia buat tidak tahu.

"Sedap ke , mak cik Siti masak sampai terdiam semua" ujar Mak cik Siti membuatkan Dahlia dan Rael memandang sesama sendiri. Pantas Dahlia melarikan pandangan manakala Rael pula tersenyum lebar sambil mengangguk kepada Mak cik Siti.

"Sedap , mak cik Siti. Sampai terdiam Rael menikmati lauk Mak cik Siti ni" puji Rael membuatkan wajah Mak cik Siti membahang menerima pujian daripada Rael.

Dahlia cuma terdiam sahaja memasukkan nasi ke dalam mulutnya. Mak cik Siti tersenyum sambil melihat kearah Dahlia.

"Ini pun Dahlia banyak tolong. Rajin betul Dahlia tolong Mak cik Siti dekat dapur. Seronok bila ada orang untuk berbual" kata Mak cik Siti membuatkan Rael mengangkat kening memandang Dahlia yang sedang menyisip jus oren di dalam gelasnya.

"Patutlah sedap. Untung siapa jadi suami Dahlia nanti" ujar Rael membuatkan Dahlia menyemburkan jus oren yang diminumnya di muka Rael. Terkaku Rael menerima semburan daripada Dahlia itu. Mak cik Siti juga menutup mulut dan mula bangun dari kerusi mencari tisu untuk diberikan kepada Rael.

Rael menutup mata sambil tersengih kecil dengan apabila disebut percuma itu manakala Dahlia pula sudah mengetap bibir dengan perbuatannya. Pipi Dahlia naik merah melihat Rael yang tersenyum sinis kepadanya.

Mak cik Siti terus duduk semula di kerusi dan memberikan tisu kepada Rael. Real terus mengambil tisu di tangan Mak cik Siti dan mengelap wajahnya yang basah. Mak cik Siti terus duduk semula di kerusinya.

"Tak sangka , bila abang cakap macam tu Dahlia boleh tersembur sampai macam tu" ujar Rael sambil tergelak kecil,  mengusik Dahlia. Dahlia terdiam sambil menggengam erat garpu ditangannya. Well, dia tak sengaja tapi padan muka kau!

Dahlia tersenyum sinis sambil merenung tajam Rael. Rael pula tersenyum lebar melihat panahan tajam Dahlia itu.

Mak cik Siti tersengih melihat mereka berdua yang kelihatan seperti anjing dengan kucing. Biasalah  mana-mana adik beradik pasti akan bergaduh macam ni.

"Ha sudahlah tu tenung merenung sesama sendiri. Habiskan lauk ye. Mak cik Siti nak pergi buat kerja semula. Nanti biar je, mak cik Siti yang kemaskan" ujar Mak cik Siti yang mula bangun dari kerusi meninggalkan mereka berdua,  membuatkan mereka berdua terdiam sesama sendiri menjamu makan. Suasana hening seketika.

Dahlia mencucuk ayam di garfu dengan geram. Bibirnya digigit apabila Rael tak lepas memandang dari tadi. "Boleh tak kau jangan pandang aku macam tu. Nak aku cucuk mata kau ke?" Tanya Dahlia sambil mengangkat garfu ditangannya di hadapan Rael. Mengacah untuk mencucuk mata lelaki itu.

"Bahaya Dahlia buat macam tu" tegur Rael membuatkan Dahlia mendengus menyampah dan menurunkan semula garfunya semula. Baik , dia cepat-cepat habiskan makan dan berambus dari sini.

"Lepas makan , abang hantarkan Dahlia balik" beritahu lelaki itu membuatkan Dahlia mengerut dahi melihat Rael. Dahlia menggeleng laju tidak mahu.

"Tak perlu , aku tak perlukan pertolongan kau. Aku boleh balik sendiri" Terus Dahlia bangun dari kerusi dan membawa pinggan yang tidak di habis makan. Seleranya terus mati. Dia mahu segera pergi dari sini.

Terhenti Rael apabila melihat Dahlia yang sudah bangun menuju ke singki. Dia juga pantas bangun membawa pinggannya.

"Dahlia, boleh tak dengar cakap abang sekali je. Abang ikhlas nak hantar lagi pun.  Dahlia sorang je dekat sini memanglah abang risau" kata Rael dibelakang Dahlia yang sedang membasuh pinggannya.

DAHLIAWhere stories live. Discover now