D4

12 2 0
                                    

SEKARANG ini, Rael betul-betul berada di hadapan rumah banglo milik datuk angkat nya. Terpukau Rael melihat rumah yang besar itu. Dia tidak pernah melihat atau masuk ke dalam rumah sebesar itu.

Dia merasakan Teratak Melur sudah cukup besar untuk dirinya namun ada yang lebih daripada ini. Datuk Dirham tersenyum lebar melihat Rael yang teruja melihat rumah peninggalan anak lelakinya.

"Rael, jangan besar sangat bukak mulut tu nanti masuk lalat kan " Datuk Dirham tergelak kecil melihat wajah Rael yang kemerahan apabila melihat dirinya seperti katak di bawah tempurung yang tidak pernah melihat rumah sebesar ini.

"Maaf, datuk. Real terpukau pula dengan rumah ni. " Real tersenyum kecil sambil menggaru kepalanya. Nampak sangat ke dia keterujaan dia?

"Marilah masuk , bagi beg kamu dekat abang Zaf. Nanti dia bawakkan ke dalam"

Terus Real merasakan seseorang mendekati dia mula mengambil beg pakaian langsung Rael menolak lembut.

"Eh, tak apa bang. Saya boleh angkat. Lagipun tak berat pun beg saya" ujar Real tidak mahu menyusahkan lelaki yang sudah memandu jauh dari Teratak Melur sehingga ke sini.

"Baiklah kamu cakap macam tu. Apa pun Abang, Zafuan. Panggil abang Zaf je. Abang dah lama jadi pemandu Dato  Dirham jadi kalau kamu nak kemana-mana abanglah yang akan bawa kamu" kata abang Zaf memperkenalkan diri. Rael tersenyum sambil mengangguk terus dia menghulurkan salam kepada lelaki itu. Lelaki itu menyambut dan menepuk bahunya.

"Pergilah masuk. Dato' tengah tunggu tu " selepas Abang Zaf terus masuk ke dalam kereta semula untuk meletakkan kenderaan itu di dalam garaj di belakang.

Rael terus masuk ke dalam rumah banglo itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam ruang tamu yang sangat luas itu. Datuk Dirham sudah duduk di sofa sambil meletakkan beg bimbit di atas meja. Wajah tuanya kelihatan kepenatan.

"Rael, duduk sini. Datuk nak cakap sikit" panggil Datuk Dirham kepadanya. Terus Rael melangkah kearah Datuk Dirham dan duduk di sofa di depannya.

Langsung dia duduk, segelas air di letak di hadapan meja. Rael terkejut melihat seorang wanita bertudung , tersenyum manis kepadanya langsung dia membalas senyuman itu.

"Ha Rael ni. Mak Wati, pembantu rumah disini. Mak Wati dah lama kerja dekat sini sejak adik kamu lahir lagi jadi dialah orang yang paling datuk percaya" Datuk Dirham terus menyisip air yang dibuat oleh Mak Wati. Lega tekaknya yang kering. Panas seharian keluar, lama juga dia berada di luar.

"Mak Wati.." Mak Wati memperkenalkan dirinya sambil tangannya menunjukkan kepada dirinya. Terpaku mak Wati melihat anak angkat yang baru diambil oleh Dato' Dirham yang cukup handsome. Lagi-lagi matanya berwarna Hazel kedua-duanya.

"Saya, Al- Hadi Azrael Darshiell. Panggil je saya Rael." senyuman mesra terukir di mulutnya.

Mak Wati terpukau mendengar nama remaja lelaki dihadapannya. Cantik betul namanya. " Amboi, sedapnya nama kamu Rael. Dato' Dirham pandai betul pilih anak angkat. Handsome betul kamu ni. Sampai Mak Wati pun boleh terpukau" puji Mak Wati membuat Rael tergelak malu. Habis wajahnya kemerahan mendapat pujian melambung itu.

"Kalau , Rael nak tahu. Mak Wati lah jaga makan minum arwah mak ayah Dahlia dulu sampaikan tup tup lahir si Dahlia tu. Kalau Real teringin nak makan apa-apa cakap je dengan Mak Wati. Mak Wati boleh masakan dari segala jenis masakan negara Mak Wati boleh buat" tersengih-sengih mak Wati berkata ingin menunjukkan kemahiran memasaknya. Rael cuma tergelak kecil melihat perlakuan Mak Wati yang sungguh ceria dan ramah. Mungkin dia akan suka duduk di sini.

Datuk Dirham berdehem kecil dan melepaskan cermin matanya " Mak Wati baik Mak Wati tengok dekat dapur tu. Karang masakan segala negara tu hangus pula terbakar. Kang tak pasal-pasal saya yang kena bayar " tegur Datuk Dirham membuatkan Mak Wati gelabah apabila teringat bahawa dia sedang memasak.

DAHLIAWhere stories live. Discover now