D26

14 0 0
                                    

      BEBERAPA minggu telah berlalu dan tibalah hari penting dimana hari jumaat Dahlia akan menjadi isteri Rael. Tepat tujuh pagi Dahlia bersiap didandankan oleh Mua yang ditempah untuk memakeupkan wajahnya. Dahlia mengeluh panjang apabila terpaksa merelakan wajahnya diconteng. Hotel yang ditempah buat dirinya didatangi oleh Mak cik Siti yang membawa beberapa kawannya dan anak perempuan, Naira yang sering dia cerita. Mak Wati juga turut bersama. Tak sangka Dahlia apabila dia dapat berjumpa semula dengan Mak Wati selepas Rael menghantar Mak Wati yang duduk di Perak datang ke Selangor untuk melihatnya berkahwin. Kelihatan mereka semua sedang melihat dia yang sedang disolekkan membuatkan dia berasa sedikit kekok.

"Cantiknya kakak , Dahlia!" Ujar gembira Naira yang berumur 10 tahun itu tersenyum ke arahnya. Dahlia tersenyum lebar kepada gadis kecil itu.

"Cantik ke? Naira lagi cantik" pujinya membuatkan Naira menggelengkan kepala sambil tersenyum menunjukkan giginya yang sedikit jarang. "Kakak lagi cantik macam princess" tergelak kecil Naira memuji Dahlia yang kelihatan cantik itu.

Mak cik Siti dan Mak Wati pula sedang bersembang lebat bercerita tentang dia dan Rael. Ha , boleh join tu mereka berdua bergabung mesti meriah. Mak cik Siti dan Mak Wati mendekatinya dengan senyuman yang penuh gembira melihat Dahlia yang sangat cantik itu.

"Ya Allah, cantiknya kamu Dahlia. Macam bidadari jatuh dari langit. "Puji melambung Mak cik Siti yang hampir menangis melihat Dahlia yang cantik itu. Mereka semua berpakaian berwarna baby blue sedondon kerana pilihan Dahlia yang ingin sama seperti pernikahan ibu dan ayahnya dahulu. Dia mahu merasakan suasana itu walaupun kedua-dua ibubapa sudah tiada.

"Betul tu , patutlah Rael jatuh cinta" terkekeh-kekeh mereka berdua ketawa membawa pipi Dahlia bertukar merah. Tergelak besar Mak cik Siti dan Mak Wati melihat wajah Dahlia yang marah tu.

"Tengok pengantin kita malu bila sebab nama bakal suami dia" usik Mak Wati dengan senyuman gembira diwajahnya.

"Baiklah, makeup sudah selesai. Saya pakaikan tudung untuk cik ye " ujar Mua itu membuatkan Dahlia mengangguk kecil. Dia perlu mengikuti adab ketika bernikah untuk pengantin perempuan menutup aurat dengan sempurna. Jadi relakan sahaja untuk memakai tudung. Walaupun dia pernah memakai tudung ketika kecil namun sudah lama dia tinggalkan.

Tudung putih bawal chiffon itu diletakkan diatas kepalanya selepas dia sudah memakai anak tudung putih yang menutup rambutnya. Mua itu mula melilit tudungnya dan membawa style yang kemas untuk membuatkan dia tidak rimas dan tidak selesa ketika ijab kabul itu. Selepas siap, Mua itu kebelakang membenarkan dia melihat dirinya di dalam cermin. Dahlia terkaku melihat dirinya yang cantik serba putih. Lebih-lebih lagi dia yang memakai tudung dan juga berpakaian baju kurung pengantin itu. Dia sangat berlainan dengan dirinya yang selalu dia lihat. Dia nampak seperti suci dan bersih. Tiara kecil di sisirkan diatas kepalanya sangat bersinar seperti mutiara membuatkan Dahlia seperti puteri.

Mereka yang berada di dalam bilik hotel itu mula mengeluarkan telefon dan menangkap gambar Dahlia yang sudah siap menjadi pengantin itu. Sungguh cantik tak terkata. Dahlia yang memakai baju kurung pengantin itu. Raut wajah Dahlia yang cantik itu bertambah seri apabila memakai hijab di kepala membuatkan mereka semua terpukau dengan Dahlia yang di depan mata seperti bidadari yang sungguh indah rupawan.

Mak Wati mendekati Dahlia sambil memaut perlahan bahu Dahlia dengan wajah yang terharu melihat bertapa cantik gadis itu. Tidak sangat Dahlia mahu berkahwin sebelum ini masih melihat gadis itu kecil lagi. Tidak sangka Dahlia akan menuju ke alam perkahwinan.

"Cantik sangat Dahlia. Mak Wati doakan Dahlia jadi isterinya baik, ye. Dengar cakap Rael lepas ni. Hormat dia , sebagai suami.. apa yang dah jadi dulu. Dahlia lupakan dan sayang dia sebagai suami, ye" pesan Mak Wati membuatkan Dahlia tersenyum kelat namun cepat-cepat dia tersenyum lebar tidak mahu Mak Wati tahu bahawa dia tak akan lupa tentang apa yang berlaku dia dengan Rael. Dahlia memegang tangan Mak Wati dengan erat membuatkan Mak Wati tersenyum kepada Dahlia dan memegang juga tangan gadis itu yang mula sejuk. Pasti gementar di hari bahagia ini.

DAHLIAWhere stories live. Discover now