D28

7 1 0
                                    

             SATU tangan menutup kepala paip shower. Selepas dirinya siap membersihkan dirinya. Dahlia keluar daripada bathtub biliknya dengan jubah hitam mandi di badannya. Kakinya melangkah kearah singki. Dia merenung lama dirinya di dalam cermin. Tanganya pula memegang simen singki yang berjubin sejuk. Lampu kuning yang menghiasi singki biliknya yang besar itu membuatkan dia merenung lama dirinya.

Sekarang apa? Apa yang patut dia lakukan untuk perkahwinan ini. Tangan Dahlia menyentuh perlahan dadanya yang dilapik jubah mandi itu. Kenapa jantung ni tidak berhenti berdegup apabila dengan dengan Rael? Kenapa terjadi seperti ini. Dia hampir kalah dengan suara lembut dan pujukan Rael membuatkan dia hampir mengikuti segala kehendak lelaki itu. Minda Dahlia mula berputar kembali detik-detik pahit di dalam hidupnya.

Kemalangan ibu bapanya, Datuknya yang menampar dirinya, kematian datuknya dan juga perjanjian perkahwinannya. Adakah ini semua salahnya? Dia cuma menyebabkan ibu bapanya kemalangan yang lain semua salah Rael bukan?

Mulut Dahlia mula tersengih sinis. Dia merenung kembali dirinya yang tersenyum sinis itu. Tak ini salah Rael bukan? Kalau tidak sebab dia muncul dalam keluarganya. Takperlu dia hidup berseorangan macam ni. Dia mesti masih ada datuk yang menemaninya dan tentu rumah ini dan juga syarikat Dirhamri jadi miliknya. Kenapa..kenapa Rael kena rampas semuanya daripadanya? Kenapa datuk nak gantikan tempat dia dengan Rael? Kerana dia penyebab dia kehilangan ibu bapanya ke? Macam tu ke datuk? Ini balasan kepada Dahlia ke?

Tiba-tiba, telinga Dahlia mula berdesing kuat membuatkan dia terduduk sambil menutup telinganya. Jantungnya berdegup laju membuatkan nafasnya termengah-mengah. Tak, kenapa sekarang? Damn it!

Dahlia terus berlari dengan lemah untuk keluar daripada bilik air itu untuk menuju ke katilnya. Diperlu baring untuk melegakan dirinya. Dahlia terus berlari dengan laju dan merebahkan dirinya ke atas katilnya dengan dadanya yang bernafas kuat. Jantungnya berdegup sangat kencang. Dahlia menutup mata untuk bertenang apabila dia hampir mahu pengsan tadi.

Kenapa setiap kali dia teringatkan peristiwa buruk itu dia akan mengalami panic attack. Dia tidak suka perkara ini berlaku. Dia lemah. Kesan buruk yang jadi kepada dia semua berlaku selepas dia kehilangan ibu bapanya dan juga datuknya.

Dahlia tidak mahu sesiapa tahu tentang ini. Dia merahsiakan ini daripada semua orang walaupun Mak cik Maya juga tidak tahu panic attack kecuali mimpi buruk yang sering dia dapat. Itu sahaja dia tidak dapat sembunyikan. Dahlia nekad , dia tidak boleh meneruskan lagi perkahwinan ini dia akan laksanakan rancangannya untuk membuat Rael benci dengan dia sampai Rael sendiri ceraikan dia. Lagipun dia tak layak untuk lelaki baik seperti Rael. Apa yang jadi dia dan Rael buat dia rasa jijik dengan apa yang berlaku kerana perlu berkahwin dengan Rael semata-mata untuk dapatkan harta miliknya.

Dahlia mula bangun dari katil dengan wajah yang dingin. Dia akan pastikan lelaki itu benci dengannya. Walaupun apa pun terjadi. Terus Dahlia bersiap memakai baju dan mula keluar daripada bilik. Dia mula melangkah turun daripada atas ke bawah. Hidungnya dapat membau masakan seseorang di dapur terus Dahlia menuju ke dapur dan melihat Rael yang sedang menyiapkan sarapan untuk mereka berdua.

Rael tersenyum manis kepada Dahlia apabila sedar dengan kehadiran. "Dahlia.. duduklah kita makan dulu lepas tu baru kita bincang dekat ruang tamu" ujar lelaki itu mempelawa Dahlia untuk duduk di meja makan selepas makanan sudah terhidang. Dahlia cuma terdiam dan patut duduk di kerusi. Dia melihat sekilas makanan yang terhidang oleh Rael.

Dua pinggan nasi goreng kampung beserta telur dan beberapa kuih. Mungkin , Rael beli diluar. Rael datang dan duduk di hadapan Dahlia selepas dia siap membersihkan dapur. Rael mengambil sebuah jag yang berisi susu dan mula menuangkan ke dalam cawan mereka berdua.

DAHLIAWhere stories live. Discover now