D21

13 0 0
                                    

TERKAKU Dahlia mendengar cerita apa yang terjadi kepada dirinya semalam oleh Rael. Terus , wajah Dahlia naik merah padam seperti tomato pasti Rael melihat dia yang berkelakuakn tak betul semalam angkara dia mabuk teruk. Damn, that's so embarrassed!

Tergelak kecil Rael melihat wajah Dahlia yang bertukar merah  namun terus Rael berpura-pura batuk apabila Dahlia memandang tajam dirinya yang mengelakkannya. Rael , geli hati melihat wajah Dahlia yang kelihatan comel bertukar merah. Jantungnya berdegup kencang melihat pipi comel dahlia yang naik merah menyala itu. Rael berdehem kecil sambil melihat kearah Dahlia yang masih terduduk di atas katil.

"You're so cute when you're blushing" puji Rael membuatkan Dahlia tergamam, terus Dahlia mencapai bantal di tepinya dan membaling kearah Rael dengan penuh geram. Wajahnya naik marah mendengar Rael yang tiba-tiba memujinya.

"Aduh! Garang betul" kata Rael apabila mendapat serangan itu. Dia tersengih suka melihat wajah Dahlia yang merah bengang kepada dia. Seronok dapat mengusik Dahlia.

"Kau keluar sekarang! " Jerit Dahlia dengan geram membuatkan Rael tersengih kecil sambil mengangguk kecil.

"Kalau tak ada apa-apa. Abang keluar dulu. Jangan lupa makan sarapan."pesan Rael sambil tersenyum manis kepada Dahlia yang masih bengang melihatnya. Dahlia terus menumbuk cadar katilnya dengan kuat apabila pintu bilik sudah ditutup oleh Rael yang sudah pergi ke pejabat itu. Dia geram dengan apa yang berlaku. Pasti sangat memalukan dirinya semalam di hadapan lelaki itu. Ughhh tak guna betul lah!

Dahlia terus memasukkan scramble egg yang berada di atas dulang itu dengan perasaan yang sangat malu. Dia menguyah kecil sambil merungut kecil dengan apa yang berlaku. Dahlia mengeluh sambil meraup kasar rambutnya. Menyesal kerana terminum banyak semalam.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar terus Dahlia menyangka itu adalah Rael namun salah sangkaannya apabila muncul seorang seorang wanita yang berlumuran pulahan sedang tersenyum ke arahnya terus Dahlia tersenyum kekok kepada wanita itu.

"Oh, kamu dah bangun , Cik Dahlia?" Ujar wanita itu sambil menghampiri dirinya yang keliru kerana wanita dihadapannya mengenali dirinya.

"Hmm , mak cik siapa?" Matanya dikelip beberapa kali tidak tahu kenapa wanita itu mengetahui namanya.

"Oh lupa pula nak kenalkan diri" wanita tua itu menepuk dahi sambil tergelak kecil melihat wajah Dahlia yang keliru itu.

"Nama mak cik , Wan Siti. Kamu panggil Mak cik Siti je. Mak cik Siti pekerja dekat sini sebagai pembantu rumah. Selepas , tuan Azrael ambik Mak cik Siti dua tahun lepas" terang Mak cik Siti membuatkan Dahlia mengangguk kecil.

"Oh macam tu , saya Dahlia" ujar Dahlia yang cuba tersenyum kekok. Mak cik Siti tergelak besar melihat wajah Dahlia yang agak malu itu. Ditepuk kuat bahu anak dara itu membuatkan Dahlia terkejut menahan kesakitan dibahunya.

Eh orang tua ni. Dia ingat bahu dia ni kuat macam batu ke. Sumpah sakit.

"Kamu ni memang pemalu ke? cik Dahlia" soal Mak cik Siti yang tergelak suka melihat wajah Dahlia yang sudah tidak selesa dengan situasinya sekarang. Dia sebenarnya agak kekok berjumpa dengan orang yang baru dia kenali.

"Ha ye saya memang macam ni" Dahlia mengangguk sambil cuba tersenyum di hadapan Mak cik Siti.

"Ni, Mak cik Siti nak tanya. Kamu dengan tuan Azrael semalam pergi mana ye? Mak cik Siti bukan menyebuk tapi semalam terkejut Mak cik Siti nampak tuan Azrael angkat cik Dahlia yang pengsan masuk dalam bilik. Mak cik Siti ingat tuan Azrael tu kena sampuk syaitan ke apa sebab mana pernah bawak perempuan balik rumah. Encik Azrael, baik budaknya sebab tu Mak cik Siti terkejut bila nampak Dahlia semalam "  terang Mak cik Siti membuatkan Dahlia ternganga besar.

DAHLIAWhere stories live. Discover now