D9

14 1 0
                                    

KAKI melangkah laju menuju ke private ward datuk Dirham. Sampai sahaja dihadapan pintu yang bertulis 032 terus diketuk pintu lalu dibuka dari dalam oleh seseorang.

Rael tersenyum apabila melihat Mak Wati yang tersenyum ke arahnya manakala Dahlia yang berada dibelakang cuma tertunduk wajahnya.

"Mak Wati.. Dahlia.. masuklah datuk tengah berehat " Rael bercakap dengan perlahan sambil tersenyum manis. Sejuk hati Mak Wati melihat senyuman Rael walaupun wajah Rael kelihatan sangat penat menjaga datuknya semalaman. Mak Wati dan Dahlia terus masuk ke dalam. Mak Wati terus meletakkan makanan diatas meja pesakit dan mendekati Dato' yang sedang lena. Gugur hatinya melihat Dato yang dipakai topeng gas penafasan.

Rael tersenyum pahit melihat Nak Wati yang sayu melihat datuk namun matanya laju melihat Dahlia yang cuma berdiri di hadapan dan pintu tidak bergerak. Lantas, Rael mendekati Dahlia dengan wajah yang risau apabila melihat gadis itu cuma tertunduk dan tidak bercakap apa-apa.

"Dahlia...Dahlia okey ke?" Rael mendekati Dahlia dan dia  terkedu dia apabila dia mendengar esakan Dahlia.

"Datuk... datuk.." ucap Dahlia yang teresak-esak. Kaki Dahlia lemah untuk mendekati datuknya. Dia rasa bersalah atas perbuatan dia tak patut kata macam tu dekat datuknya.. dia jahat.. dia tak guna..

Rael cuma terdiam melihat Dahlia. Dia tidak boleh lebih-lebih menyentuh Dahlia. Mereka berdua cuma adik beradik angkat. Hal semalam juga adalah kerana dia terdesak. Dia takut kalau dia menyentuh Dahlia lagi.

"D-dahlia.." tiba-tiba suara datuk Dirham bersuara membuatkan ketiga-tiga mereka tersedar yang bahawa yang bersuara itu adalah datuk Dirham.

"Dahlia..."panggil datuk Dirham lagi membuatkan Dahlia mengangkat mukanya dan terus berjalan laju kearah katil datuknya. Dipeluk erat tubuh datuknya yang sakit itu sambil dia menangis teresak-esak.

"Datuk.. maafkan Lia..Lia tak sengaja cakap kasar dengan datuk... I don't hate you.. I love you so much... Please don't leave me.. Lia mintak maaf... Lia jahat. Lia cucu tak guna." Diluahkan semuanya kepada datuknya yang tersenyum kelat melihat Dahlia menyesal itu.

Rambut gadis itu diusap perlahan menenangkan Dahlia yang penuh kekesalan di dalam hatinya terhadap datuknya begitu bertubi-tubi datangnya.

"Dahlia..datuk tak terasa pun apa kamu cakap.. Datuk faham waktu tu kamu marah sebab datuk sebelah kan Rael tapi Dahlia kamu kena tahu.. datuk ambik Rael jadi abang angkat kamu bukan sebab nak hiraukan kamu.. bukan nak curahkan kasih sayang cuma pada Rael.. datuk nak Rael jaga kamu macam mana datuk jaga kamu.. datuk pilih Rael sebab dia pilihan terbaik... Dia dapat bawa kita ke jalan yang  benar.. Dahlia..kamu jangan benci Rael.. datuk tak nak kamu berdua bergaduh lagi.. kamu berdua saling melengkapi.. dan juga mungkin lepas ni kamu ada Rael sahaja.." ujar datuknya membuatkan Dahlia berhenti menangis dan terdiam mendengar kata-kata datuknya. Rael juga terdiam mendengar kata-kata datuknya itu.

"A-apa yang datuk cakap ni..?" Soal Dahlia yang keliru terus Dahlia mendapatkan tangan berkedut datuknya sambil dia merenung lama datuknya.

"Datuk, Datuk tak boleh tinggalkan Lia. You can't leave me here! Datuk kenapa cakap Lia macam tu!" Dahlia sudah tidak dapat menahan kesakitan hatinya. Kenapa datuknya sanggup bercakap begitu. Benarkah datuknya mahu meninggalkan dirinya sendiri disini.

"Dahlia, jangan buat macam tu nak.." Mak Wati terus mendapatkan Dahlia yang sudah berkecamuk dengan perasaan kehibaan dan ketakutan mula bergayut di sudut hatinya apabila datuknya sendiri berkata begitu. Mak Wati mendekati Dahlia dan menarik jauh Dahlia yang mula beremosi itu. Dia tak jika apa-apa terjadi kepada datuk Dirham.

Dahlia terjatuh ke lantai apabila dia menepis kuat tangan Mak Wati yang memegang bahunya. Menghalang dia untuk mendekati datuknya.

"Apa yang datuk cakap ni. Rael dengar doktor kata. Datuk boleh sembuh takkan nak cakap benda yang tak baik macam tu!"Rael juga tersinggung apabila mendengar kata-kata datuknya. Takkan semudah itu datuk mahu menyerah diri. Dia kena berusaha menyelamatkan nyawanya.

"Rael!" Mak Wati terus menegur Rael yang juga berkata-kata emosi seperti Dahlia. Mak Wati menyentuh kepalanya yang pening dengan apa yang berlaku kepada mereka berdua ini.

"Datuk..please jangan cakap macam tu.. Dahlia mintak maaf semuanya. Dahlia salah.. Dahlia jahat.. Dahlia tak patut kata macam tu. Dahlia janji akan dengar cakap abang Rael lepas ni" ujar Dahlia selepas dia mendekati semula katil wad datuknya. Kalau dengan menurunkan egonya dapat mengembirakan datuknya. Dia sanggup asalkan datuknya kembali sihat.

"Betul ke. kamu akan buat macam tu. Lia.."
Datuk Dirham melihat sayu kearah Dahlia yang kelihatan menahan tangisannya. Tanganya diraup erat oleh Dahlia. Mencari kepastian kepada gadis itu. Dia tak nak Dahlia cuma berkata-kata palsu.

"I'm promise. Lia tak akan gaduh dengan abang lagi. Lia akan jadi adik yang baik.. Lia tak akan cakap kasar denganya. Datuk please tolong sembuh. I need you.. I don't want lose you.." kata Dahlia dengan sayu. Tangisan tidak dapat dikawal. Terus butiran air matanya jatuh ke pipi mulusnya terus wajahnya dipegang lembut oleh datuknya dan dihapuskan air matanya.

"Kalau..kamu cakap macam tu baguslah. Datuk nak kamu berdua berbaik-baik lepas ni jangan bergaduh lagi dengan dia, ye Dahlia. Lepas ni kamu kena jadi lebih kuat daripada kamu yang sekarang dan yang paling penting jangan salahkan diri kamu jika itu bukan kesalahan kamu..."ucap Datuk Dirham sambil tersenyum manis kepada Dahlia yang merenungnya.

"Datuk nak cucu kesayangan datuk ni jadi perempuan yang kuat dan berani. Apa yang berlaku kamu jangan salahkan takdir.Segala ujian yang kita lalui didunia ini bukan tanda tuhan membenci kita, Dahlia tapi cara untuk Allah mengesahkan iman.. jadi Dahlia... Datuk nak selepas ni kamu jadi lebih baik... Jadi yang terbaik untuk datuk.." Tangan datuk Dirham jatuh membelai lembu Dahlia yang terdiam sambil mengalirkan air.

"Rael.." panggil datuk Dirham membuatkan Rael mendekati katil itu. Dia duduk melutut diatas lantai sambil merenung lama datuk Dirham yang tersenyum ke arahnya. Dia tak mampu melihat wajah datuk Dirham itu. Hatinya tak kuat merasakan ada yang tidak kena. Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku.

"Ye, datuk.." jawabnya dengan wajahnya sedih. Datuk Dirham tersenyum lebar sambil menepuk bahu Rael.

"Tolong jagakan cucu kesayangan datuk yang nakal ni ye. Pegang janji kamu untuk jaga dia sampai bila-bila. Kamu sahaja yang datuk harapkan lepas ni. Boleh kamu lakukan tu,Azrael Darshiell.

Dengar sahaja kata-kata datuk Dirham terus Rael mengangguk laju. Dia pegang dengan janjinya untuk menjaga Dahlia. Dia tak akan lupa janjinya sewaktu awal datuk Dirham mengambilnya yang memberikan tanggungjawab kepadanya untuk menjaga Dahlia.

"R-Rael.. akan jaga Dahlia. Rael tak akan biarkan Dahlia terluka atau sesiapa yang sakitkan hati dia. Rael pegang janji sampai bila-bila..." Rael tersenyum kelat kepada datuknya agar percaya dengan dirinya. Datuk Dirham tersenyum dan menarik Dahlia dan Rael ke dalam rangkulannya. Memeluk erat dua insan yang paling dia sayang.

"Hmm baguslah. Kamu berdua memang cucu yang baik.. datuk a-akan rindukan kamu berdua.." habis sahaja datuk Dirham berkata bergitu tangan yang memegang mereka berdua jatuh ke katil dan kedengaran mesin pernafasan berbunyi data. Menunjukkan penafasan datuknya telah tiada.

Diam terdetik mereka apabila datuk Dirham sudah tidak bernafas lagi. Dapat lihat wajah Rael yang mengalirkan air mata jantannya sambil membunyikan butang kecemasan manakala Dahlia pula sudah terjatuh ke lantai sambil menangis teresak-esak meratapi pemergian datuk Dirham. Mak Wati terduduk di kerusi apabila melihat apa yang telah berlaku. Ketiga-tiga mereka dihempap dengan batu besar di dada memberikan kesakitan dan kesedihan yang paling sakit buat mereka. Muncul doktor dan beberapa jururawat masuk ke dalam ward tersebut dan menghalau mereka bertiga untuk duduk diluar. Semuanya dalam raut wajah yang berduka cita. Rael tidak berhenti berdoa agar datuk Dirham dapat diselamatkan semula dia tidak sanggup kehilangan lelaki yang memberikan dia kehidupan. Dia tak sanggup , Ya Allah..

DAHLIAWhere stories live. Discover now