D24

13 0 0
                                    

TERBUNTANG mata Rael melihat Dahlia. Dia tercengang-cengang mendengar keputusan pilihan Dahlia itu. Jantungnya bagaikan mahu meletup. Bibirnya mula mengukir senyuman manis , bersyukur wanita yang ingin dia memilikinya bersetuju untuk bersamanya.

"D-Dahlia tak main-main ke?" Rael masih terkejut dengan apa yang Dahlia katakan.
Rael melihat wajah Dahlia yang tenang melihatnya. Dia mahu menampar pipinya sekarang. Dia bagai berada dalam mimpi.

"Tapi..ada syarat" jawab Dahlia membuatkan Rael mengerut dahi. Dia terkaku dengan keliru melihat Dahlia yang mula mengambil beg tanganya dan mengeluarkan sesuatu. Sepucuk surat yang dilipat. Dahlia membuka lipatan itu lalu merenung lama beserta senyuman seperti ada agenda.

Dahlia melihat Rael dan dihulurkan surat yang ditulisnya. Rael mengambil huluran itu dan mulutnya mula terpaku membaca tulisan yang tertera diatas surat itu.

Marriage contract for one year.

Mata Rael terkaku membaca tajuk di atas surat itu. Dadanya mula menirap naik membaca isi kandung di dalam surat itu. Surat ini mengatakan bahawa sekiranya dia mengambil Dahlia sebagai isterinya dia perlu mengikuti beberapa syarat iaitu yang pertama dia perlu memberikan semua harta yang didapati kepada Dahlia tanpa meninggalkan satu sen pun buatnya. Kedua, tempoh masa perkahwinan mereka cumalah setahun dan mereka perlu bercerai selepas tamat sahaja tempoh itu dan yang terakhir dia tidak membenarkan mengubah apa-apa yang tertulis di dalam perjanjian ini. Sekiranya lelaki ini melanggar syarat-syarat diatas atau tidak melakukannya. Dahlia sendiri akan saman Rael. Dibawah surat itu disediakan khas tempat untuk mereka tanda tangan.

Rael terus menikam tajam mata Dahlia. Tanganya terketar-ketar membaca syarat itu. "Apa ni Dahlia.." Rael merenung lama Dahlia yang cuma tersenyum sinis kerahnya.

"Kenapa? Kau ingat senang nak dapat aku?" Dahlia mula bangun dan mendekati Rael yang matanya masih ralit melihatnya. Dahlia mengelilingi Real dan berdiri dibelakang lelaki itu yang cuma terdiam.

"Kenapa, diam. Tak boleh buat?" Kata Dahlia dengan sinis ditepi Dahlia membuatkan Rael mengepal erat tangannya. Wajahnya mula naik urat menahan marah apabila Dahlia sengaja cari pasal dengannya.

"Apa Dahlia buat ni.." ujar Rael perlahan. Rael dapat dengan gelak tawa mengejek gadis itu dibelakangnya. "Kalau kau tak nak tak apa" jawab Dahlia yang mula berjalan di hadapan Rael sambil memeluk tubuh. Dahlia tersengih sinis melihat Rael yang terdiam. Lelaki itu pasti tidak akan menolak syaratnya kerana terlalu mencintainya. Dia akan gunakan semua peluang tu untuk mendapat harta keluarganya baik.

"Dahlia , this is not fair! Abang tak boleh terima syarat ni"Ujar Rael dengan matanya penuh api kemarahan menikam tajam kearah Dahlia. Dahlia cuma meriakkan wajah tenang beserta bibir merahnya mengereng ke tepi. Dahlia mengeluh berat sambil memusingkan berbola matanya dengan menyampah.

"Adilkan, kau dapat aku. Aku dapat harta" ujar Dahlia membuatkan Rael mendecit geram mendengar kata-kata Dahlia yang difikir semudah disangka. Rael merenung lama Dahlia yang masih tersenyum sinis kepadanya membuatkan dia mengetap bibir dengan geram. Dia mahukan Dahlia sangat. Dia akan berbuat apa-apa sahaja sehingga dia dapat memiliki gadis itu selamanya. Tangan Rael dikepal sambil menelan liur keras.

"Baik kalau itu Dahlia mahukan. Abang ikut.. tapi abang tambah syarat dalam perjanjian ni. Boleh?" Soal Rael meminta persetujuan. Dahlia mengangkat kening sambil mengangguk kecil.

"Apa dia?"

Iris hitam tu melihat Rael dengan penuh tertanya-tanya apa yang lelaki ini mahukan.

"Untuk tempoh perkahwinan ini. Abang nak Dahlia beri peluang untuk abang selamatkan perlawanan ini bila Dahlia ucapkan kata cinta dekat abang..." Jawab Rael membuatkan Dahlia tergelak kecil mendengar itu. Dia ucapkan cinta dekat Rael? Benda kelakar paling dia pernah dengar.Rael melihat Dahlia yang mengetawakannya.  Dirinya mula merasakan sakit di hatinya. Mukanya naik merah menahan marah apabila gadis itu menganggap bahawa dia sedang bermain-main.

DAHLIAWhere stories live. Discover now