D17

12 0 0
                                    

ROTI bakar yang terhidang disumbat ke dalam mulut Dahlia dengan geram sambil matanya sedang bermain merenung bersama Mak cik Maya yang juga tidak henti merenungnya sambil menguyah sarapan pagi mereka. Mereka berdua masih tidak berbaik daripada pertengkaran di hospital lepas. Ada ke patut Mak cik Maya nak halau dia balik. Sampai hati!

Dahlia menguyah perlahan-lahan roti bakar di mulutnya dengan terselit dia mengumpat tentang Mak cik Maya.

Dah lah masak roti bakar je. Mana kenyang kot. Patut semua boyfriend dia lari. Tak boleh buat bini betul! Mak cik Maya terbatuk kecil sambil senyum melihat Dahlia dengan geram.

"Do you think I'm not heard what do you said, Dahlia? "Ucap Mak cik Maya membuatkan Dahlia tersenyum sinis sambil mengangkat kening. Tidak kisah langsung jika Mak cik Maya mendengar dia mengutuknya. Dia geram dengan Mak cik Maya yang tidak membenarkan dia keluar rumah akibat kejadian yang berlaku hari itu.

"Oh memang Dahlia nak Auntie dengar pun " perli Dahlia dengan sinis membuatkan Mak cik Maya menghentak kedua-dua tanganya di meja makan. Mata Mak cik Maya terbuat besar merenung gadis muda di depannya. Eh Dahlia ni kecik besar dia tengok!

"Kamu cakap apa , Dahlia!"jerit Mak cik Maya membuatkan Dahlia terdiam sambil menyisip perlahan jus oren di dalam gelasnya. Dahinya yang berpuluh dilap. Dahlia berdehem apabila takut melihat Mak cik Maya yang sudah ingin bertukar raksasa itu.

"Fine. I'm so sorry.. I should not say like that to you. I would not doing again.." maaf Dahlia tanpa memandang Mak cik Maya yang tersenyum puas mendengar kata-kata maafnya. Ha! Tahu takut. Nasib dia tak jadi incredible hulk tau.

"Alright, apologize accepted" Mak cik Maya duduk semula di kerusi sambil memeluk tubuh kemenangan. Dia melihat wajah Dahlia yang merah meminta maaf. Dahlia memutarkan bernilai matanya dan mula mengambil telefonnya di atas meja lalu bermain dengan media sosialnya.

"Esok kan kamu nak pergi airport. Nak Auntie hantar ke?" Soal Mak cik Maya membuatkan jari Dahlia berhenti scroll Tiktoknya. Dahlia melihat kearah wajah Mak cik Maya terus dia mencebik tidak suka mendengar yang hal yang dia terpaksa balik ke Malaysia esok. Dia sudah packing bajunya semalam. Walaupun dengan terpaksa.

Dahlia cuma mengangguk kecil dan terus bermain senula telefonnya. Pantas , Mak cik Maya mengeluh kecil dan terus merampas telefon Dahlia. Terkejut Dahlia melihat telefonnya yang dirampas. Dia cuba untuk mencapainya namun Mak cik Maya menyimpan di dalam poket seluarnya membuatkan Dahlia mendengus geram.

"Auntie, tak lawak lah ambik phone orang!"kata Dahlia dengan geram. Dia mendengus geram. Suka-suka hati je Mak cik Maya ambik phone dia.

"Bila orang cakap dengar bukan main phone! Dah besar pun perangai macam budak-budak. Nak Auntie hantar ke tidak esoknya?" Soal Mak cik Maya yang  masih cuba bersabar dengan sikap Dahlia yang degil itu. Dahlia merengus geram dan berpeluk tubuhnya. Dia terdiam seketika sambil berpeluk tubuh

"Dahlia pergi sendiri je. Auntie kan macam chipsmore kejap ada kejap takde.." ujar Dahlia membuatkan Mak cik Maya mengetap bibir geram. Dahlia melihat Mak cik Maya yang hampir meletup itu lalu berdehem kecil.

"Hmm ma-maksudnya. You're always busy so Dahlia rasa baik Dahlia pergi sendiri kan?" Dahlia cuba memperbetulkan ayatnya. Takut dia melihat muka Mak cik Maya yang sudah merah itu.

Mak cik Maya menyapu dadanya untuk dia bersabar dengan perangai Dahlia ini. Bibirnya cuba terukir tersenyum paksa. "You're right. I'm busy woman so kamu dah besar pandai lah hidup sendiri kan. So , good luck balik nanti. Kalau sedar diri call lah auntie okey"ucap Mak cik Maya yang mula bangun dari kerusi dan mengangkat cawan dan pinggan kotor meninggalkan Dahlia yang terkulai mendengar itu.

"Wow..orang tua ni boleh tahan dia" Dahlia terus bangun dari kerusi dan terus laju menuju ke ruang tamu terus mencapai sebuah kusyen di sofa dan terus membuka langkah mengejar Mak cik Maya.

"Auntie!"panggil Dahlia membuatkan Mak cik Maya berhenti melangkah dan menolak belakang.

"Kamu nak apa-

PAP!

Jatuh kusyen yang di baling oleh Dahlia ke wajah Mak cik Maya, jatuh ke lantai. Dahlia tersenyum puas melihat sasarannya tepat manakala Mak cik Maya juga tergelak kecil sambil tersenyum kearah Dahlia. Pinggan dan cawan yang dibawa di letakkan di atas meja semula sambil menyingkap lengan bajunya keatas. Badannya diberikan regangan sambil matanya menikam tajam kearah Dahlia yang menelan liur itu.

"You messing with me Dahlia. You cannot run today" Amaran Mak cik Maya apabila ditangannya mencapai kusyen yang terjatuh di lantai itu membuatkan Dahlia mengundur ke belakang. Damn , I'm im trouble right now?save me please.

"Auntie.. Auntie... It was a joke...okey. I'm sorry... We're chill right.. okey... don't worry... I love you so much... You will not hurt me right.. hahaha "ujar Dahlia yang mula risau apabila melihat Mak cik Maya yang semakin menghampiri dia. Kakinya sudah dibuka luas untuk melarikan diri.

"Ohhhh, I loveeeee you so much. Don't worry I'm not angry.. I'm just want give you advice to being a good girl. Can I, Dahlia?" Mak cik Maya semakin menghampiri Dahlia dengan tanganya mengangkat kusyen itu ke udara.

Dahlia sudah menggelengkan kepalanya sambil tersengih takut. Tanganya sudah diangkat melindungi dia.

"No, Auntie. Fikir balik masa depan Auntie. This is not you" ujar Dahlia.

"Auntie rasa kamu betul" mak cik Maya yang semakin hampir dengannya terus membuatkan Dahlia membuka seribu langkah dan terus melarikan diri.

"MARI SINI KAMU , DAHLIA!!"

             "GOOD morning, miss. Are you going to Malaysia today. I hope your trip there goes well and thank you for choosing our airplane to be your destination carrier. Oh I'm sorry can I asking you what happened to your  forehead?" Soal seorang pramugari yang menugaskan untuk melihat tiket penumpang sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam ruang pesawat kapal terbang.

"Jangan tanya" ujar Dahlia dengan beku membuatkan pramugari itu mengerut dahi tidak faham apa yang dikatakan Dahlia , membuatkan Dahlia mengeluh kecil dan mengusap dahinya yang ditampal plaster. Semua salah mak cik Maya lah. Dia pukul kepala aku sampai tersenget kena meja makan semalam. Nasib berdarah sikit je. Hari tu pun kena hentak dekat meja juga , kat rumah pun sama. Memang meja ni santau aku kot.

"I'm okey, don't worry " ujar Dahlia membuatkan pramugari itu mengangguk kecil dan menyerahkan semula passport milik Dahlia.

"Alright. Enjoy your flight " pesan pramugari itu membuatkan Dahlia mengangguk kecil dan mula menolak beg bagasi miliknya. Dahlia masuk ke dalam perut kapal terbang dan menikmati masanya mereput di dalam selama 10 jam 20 minit daripada New Zealand ke Malaysia.

Selepas sahaja sampai di tanah airnya, Dahlia keluar dari pesawat kapal terbang dan berjalan keluar di dalam lapangan kapal terbang Kuala Lumpur yang sudah 10 tahun dia meninggalkan jejak kakinya disini. Dahlia menyarungkan cermin mata hitamnya apabila cahaya matahari menusuk tajam ke dalam matanya. Sumpah Malaysia panas! Kakinya berjalan menuju ke pintu keluar lapangan terbang Kuala Lumpur sambil melihat ramai orang yang baru sampai sepertinya disambut oleh keluarga beserta senyuman gembira di wajah mereka. Dahlia mengeluh kecil, cemburu melihat itu.

Orang lain seronok je kena sambut dengan family, yang aku ni sendu je. Haih..aku kena cari hotel untuk bermalam. Takkan aku nak balik rumah lama pula. Tak pasal-pasal aku jumpa dia nanti. Kata Dahlia di dalam hati sambil merenung lama telefon bimbitnya. Terus di menahan sebuah teksi yang berhampiran dan terus membawanya pergi ke sebuah hotel untuk bermalam sebelum dia bertolak ke rumahnya esok pagi untuk acara membaca wasiat.

DAHLIAWhere stories live. Discover now