D13

20 1 0
                                    

Beberapa tahun kemudian
2023.

SEBUAH jari runcing tidak lepas memusingkan batang pen hitamnya ditangan sambil iris hazel miliknya memandang lama kertas kerja di atas mejanya.  Cermin mata yang berada di matanya ditarik rapat apabila cermin mata itu hampir terlurut. Bibirnya tidak berhenti bergerak membaca maklumat yang terkandung di dalam kertas itu.

Seketika, pintu bilik pejabatnya diketuk dari luar terus bacaannya terhenti dan membalas untuk seseorang itu masuk. Pintu bilik pejabatnya dibuka dan terlihat seorang lelaki berpakaian kot lengkap masuk ke dalam biliknya itu dengan sebuah file ditangannya.

"Encik Azrael , saya perlukan tanda tangan Encik Azrael untuk sign kontrak untuk new project baru kita yang akan diadakan bersama Sentosa Enterprise."terang seorang lelaki merangkap personal assistant kepada Pengarah syarikat Dirhamri, Muhammad Al-Hadi Azrael Darshiell. Sebuah file dihulurkan dihadapan lelaki itu beserta senyuman kecil. Rael yang menerima file itu menarik perlahan sambil tersenyum kepada lelaki yang sangat dipercayai itu, Naim Imran. Sahabat lamanya disekolah menengah. Rael tidak sangka pengakhiran mereka menyambung pelajaran di universiti berakhir dengan pertemuan apabila Naim meminta jawatan di syarikat miliknya sekarang. Sudah beberapa tahun, Rael menghabiskan dirinya sebagai student bachelor business management yang juga mendapat dekan bagi setiap sem dan dianugerahkan naib canselor di universitinya.

Rael tersenyum bangga apabila dirinya sudah berhak untuk memegang tanggungjawab yang sangat besar buatnya lebih-lebih lagi ini merupakan pesanan terakhir daripada arwah datuknya, Dirham Safiq. Jika kalau datuknya masih ada , dialah orang pertama yang dia akan memeluk dan menunjukkan kepada datuknya bahawa dia sudah menepati janji mereka berdua. Pasti datuknya bangga dengan dirinya.

Rael mengambil pen dan mula mendatang tangan. Selepas siap , file itu diberi semula kepada Naim. Naim menyambut dengan senyuman dibibirnya.

"Baik, terima kasih Encik Azrael" ucap Naim dan ingin berlalu keluar namun Rael memanggilnya semula untuk ke mejanya.

"Ye, Encik Azreal. Ada apa-apa yang Encik Azreal perlukan ke?" Soal Naim yang jelas sangat perfesional ketika bekerja walaupun terpaksa bekerja dengan kawan lamanya sendiri namun dia sudah dilatih untuk tidak mencampur adukkan kerja dan juga hal diluar.

"Arahan aku , mood Naim Imran" arah Rael membuatkan Naim mengeluh dan terus bercekak pinggang.

"Ha, kau nak apa ni. Aku penat nak kena settle kau punya meeting lagi lepastu nak kena tengok stok bahan untuk membina lagi. Pastu new project ni nak kena jumpa staff diorang lagi...haih serabut hidup aku tahu tak.." panjang lebar Naim berkata. Tidak sangat menjadi seorang personal assistant lelaki yang merupakan kawan baiknya ini sangat memenatkan even gajinya sangat berpatutan.

"Kau ni chill lah. Biasalah hidup ni dah meningkat usia kerja jelah yang kau hadap. Jom lunch tempat biasa hari ni. Aku teringin makan nasi kandar pula" ujar Rael sambil tersengih kepada Naim yang memandang pelik. Buat tabiat ke lunch makan nasi kandar. Baik kau gi Pulau Pinang pergi try yang viral nasi kandar tu. Fuh , lagi padu!

"Kau ni dah kenapa? Selalu skip lunch kot. Setiap kali aku ajak makan luar kau tolak. Acah makan roti dengan kopi je. Mana sihat macam tu. Tapi badan tak nampak pula.." Mata Naim meleret melihat tubuh tegap kawannya itu , yang terpaling menjaga kesihatan lah sangat.

"Kau mata jangan pandang lebih-lebih. Kang aku kena cop gay pula dengan kau. Dah aku dengan kau still bujang terlajak" Rael tergelak membuatkan Naim melihat dengan penuh jijik.

DAHLIAWhere stories live. Discover now