D15

15 1 0
                                    

"DAHLIA"

"Dahlia"

"Dahlia"

Nama Dahlia yang disebut beberapa kali oleh satu suara yang lembut dan sangat dia kenali membuatkan matanya perlahan-lahan dibuka , mencelikkan matanya merenangi cahaya apabila dia hadapanya berdiri dua orang insan yang sangat dirinduinya. Dahlia yang sedang terduduk di lantai yang gelap itu terkaku melihat kedua-dua ibu bapanya. Matanya terus bertakung menahan sebak rindu kepada mereka.

"Ayah? Ibu?" Wajah ayahnya yang sedang tersenyum ke arahnya bersama ibunya disamping. Dahlia terkaku apabila melihat arwah ayah dan ibunya berada di hadapannya sekarang. Ini bukan mimpi kan? Mereka betul-betul berada di hadapannya sekarang?

Tangan Dahlia cuba mencapai mereka berdua namun tanganya dikunci oleh sebuah gari besi yang panjang membuatkan dia terperangkap disitu. Dahlia mula panik dan cuba memanggil ibu dan ayahnya untuk datang ke arahnya namun suaranya langsing tidak menghasilkan berbunyi. Seolah-olah dia sudah bisu. Lama kelamaan jelmaan ibu dan ayahnya mula hilang membuatkan Dahlia menggelengkan kepalanya dan menjerit tanpa suara. Air matanya jatuh ke lantai apabila dia ditinggalkan seorang diri disitu.

Namun, muncul pula datuknya bersama juga neneknya sudah meninggalkan dia ketika dia berumur tujuh tahun. Datuk dan neneknya kelihatan tersenyum gembira sambil berpegangan tangan bersama.

"Datuk... Nenek!!?"dengan kuat Dahlia menjerit lagi cuba memanggil namun jeritannya langsung tidak didengari mereka berdua. Semuanya seperti melihat dirinya halimunan . Air matanya mengalir deras apabila datuk dan neneknya juga mula berjalan pergi dari pandangan meninggalkan dirinya seorang. Keadaan sekeliling mula menjadi gelap gelita membuatkan Dahlia takut dan mengigil. Dia tidak suka ditinggalkan berseorangan.

Dahlia cuba mengejar namun gari tangan yang merantai tanganya menahan dia daripada pergi lebih jauh . Dahlia cuba berlari namun dia terjatuh ke lantai. Dahlia meraung kuat sambil menumbuk tangannya ke lantai apabila dia rasa lemah sebegini. Dia perlu kejar ahli keluarganya. Dia rindu sangat kepada mereka. Dapat peluk sekali cukup baginya. Dia tak suka ditinggalkan berseorangan. Dia dah tiada sesiapa lagi.

Dahlia menunduk wajahnya sambil menangis teresak-esak menahan kedukaan di dalam dirinya. Dahlia memeluk tubuh bersama bunyi gari besi yang berada di kedua-dua tangannya. Hidupnya sudah hancur dan kosong.

Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki seseorang mendekati dirinya lantas Dahlia mengangkat wajahnya bersama wajah yang basah. Dahlia terkejut apabila melihat seseorang yang sangat dia kenali berdiri dihadapannya, Iaitu Rael. Dahlia cuba menjerit untuk lelaki itu pergi daripada sini. Dia langsung tidak mahu Rael yang datang kepada dia. Dia mahukan keluarganya bukan Rael. Dia benci lelaki itu!

Rael merenung lama kearah mata Dahlia berkaca itu sambil berlutut dihadapan Dahlia sambil menghulurkan tanganya untuk membantu  gadis itu untuk bangun. Pantas , Dahlia menepis kuat tangan Rael yang dihulur itu. Matanya naik mencelur tajam kearah wajah Rael yang cuma melihatnya sayu. Dahlia menekan giginya geram apabila terasa seperti dihina melihat lelaki itu meriakkan wajah kesiannya kepadanya. Seperti mengejek dirinya yang sangat lemah.

"Abang, sayangkan Dahlia sepenuh hati... Abang akan tunggu Dahlia sampai Dahlia terima abang sebagai suami.." kata Rael membuatkan Dahlia terkedu. Dahinya berkerut memandang Rael. Suami? Apa yang jantan ni mengarut! Dahlia terus menggelengkan kepalanya dan bertindak agresif menolak Rael jauh daripadanya. Kedengaran kuat bunyi besi yang berada ditangannya apabila dia menggerakkan lengannya. Namun tiba-tiba, Rael terus meraut erat pinggangnya dan mengendong badannya yang ramping. Tanganya Dahlia terus memukul kuat bahu Rael untuk menurunkan dirinya kerana mulutnya terkunci tidak dapat berkata-kata. Dahlia terkejut apabila berada di dalam rangkulan Rael. Dia cuba melepaskan diri namun Rael pantas memegangnya erat.

Rael cuma tersenyum manis kepada Dahlia dan membawa Dahlia rapat ke arahnya sebelum membisik di telinga gadis itu.

"Dahlia milik abang selamanya cuz you're my Dahlia.." membuatkan Dahlia terkaku apabila merasakan deruan nafas hangat Rael di telinganya. Tangannya yang dikunci dengan besi itu tiba-tiba sahaja terhapus dengan sendirinya.

"Tak..Tak..Tak!!" Jerit Dahlia dengan kuat terus dia mencelikkan mata dan bangun dari lena yang lama. Terkejut Mak cik Maya yang sedang memotong buah apple di tempat duduk pesakit apabila mendengar jeritan Dahlia itu. Dada Mak cik Maya disentuh perlahan. Boleh sakit jantung dia. Ish budak ni!

"Dahlia, what's wrong?" Terkejut Auntie tahu tak. Kamu bangun-bangun dah jerit macam kena kerja hantu kenapa " marah Mak cik Maya sambil  menggeleng kepala kepada Dahlia. Sudahlah dia masih terkejut selepas mendapat panggilan gadis itu diserang oleh lelaki di kelab malam. Bergegas dia datang ke hospital. Haih, susah betul juga anak dara sorang ni.

Dahlia masih terkaku mengingati mimpinya. Sumpah itu mimpi ngeri dia pernah dapat. Rael jadi suami dia? Memang gila? Tak,tak Dahlia tu mimpi je bukan betul.

"Dah lama ke Dahlia pengsan?" Soal Dahlia apabila dia terdiam seketika. Dia baru teringat semula apa yang terjadi semalam. Trauma dia apabila ingat balik. Kepalanya yang ditampal itu disentuh perlahan apabila kepalanya terasa menyengat pening.

"Haih..dari semalam jugalah Auntie tunggu kamu bangun. Kamu ni dah umur 23 tahun pun tak pandai jaga diri. Nasib tak jadi apa-apa tau. Terkejut Auntie bila Nadine dengan Amelia telefon semalam kata kamu kena serang" kata Mak cik Maya dengan nada yang risau. Tanganya masih mengupas kulit apple itu.

Dahlia mula bersalah mendengar kata-kata Mak cik Maya. Bukan salah dia pun, nasib dia malang jumpa lelaki gatal tu. Sebelum ni dia pergi mana-mana kelab malam tak ada pula kena kacau sampai macam tu. Lagipun salah dia terlebih minum. Dia terlupa dia perlu berjaga-jaga untuk tidak terlebih minum.

"I'm sorry , Auntie. Dahlia tak patut buat Auntie risau. Dahlia akan cuba jaga diri lepas ni. Don't worry okey. Dahlia okey je " jawab Dahlia sambil tersenyum. Mak cik Maya yang mendengar perkataan 'Dahlia okey je ' mula memandang Dahlia dengan riak wajah yang tidak percaya. Macam tu je gadis itu tenang selepas dirinya hampir dicederakan oleh lelaki yang tak dikenali. Ini kalau Dahlia terbunuh ni memang tiada langsung riak wajah risau di wajah gadis itu.

"Kamu okey je.." Mak cik Maya mula bangun dari kerusi dan mendekati Dahlia dengan pisau yang masih ditangannya. Dahlia terus cuak apabila melihat muka Mak cik Maya yang kelihatan bengang dengannya. Lantas Dahlia berundur ke belakang apabila pisau ditangan Mak cik Maya semakin dekat kepadanya.

"Auntie, Auntie! Stop it. Pisau tu tajam. Kata sayang Dahlia? Janganlah cederakan Dahlia pula?!" Dahlia sudah menjerit melihat Mak cik Maya yang kelihatan bengang dengannya.

"Meh sini tengok kamu okey ke tak! Kamu cedera macam ni kamu boleh tenang je! Kamu tak fikirkan keselamatan kamu ke! Suka tengok orang lain risau?! Mana pergi hati kamu Dahlia!" Jerit Mak cik Maya membuatkan Dahlia menutup mulut.

Mata Mak cik Maya merenung tajam dirinya yang cuma terdiam apabila dimarahi sebegitu. Mulutnya terkunci tidak tahu mahu membalas apa.

"Haih...Dahlia...Dahlia" terus Mak cik Maya duduk semula ke kerusi dan terus meraup wajahnya dengan kesal. Tidak sangka perangai Dahlia sebegini. Degil betul!

"Lepasni, kamu jangan ikut lagi Nadine dengan Amelia pergi kelab malam. Duduk rumah study dan jangan keluar!" Mak cik Maya berkata memberi amaran kepada Dahlia.  Dahlia yang mendengar itu mula menggenggam erat selimut hospital itu. Dia tidak suka dikongkong.

"No, you can't do that! Dahlia ada kehidupan Dahlia. Bukan Dahlia tak belajar pun. Marks Dahlia semua okey! Auntie tak boleh buat Dahlia macam tu!" Kata Dahlia dengan nada yang marah.

Mak cik Maya tersenyum sinis mendengar Dahlia yang tidak mahu mendengar kata-katanya itu. Mak cik Maya memeluk tubuhnya sambil merenung tajam Dahlia yang terduduk di katil dengan wajahnya marah.

"Kalau kamu tak nak dengar kata-kata Auntie. Kamu boleh balik Malaysia. Tinggal sana selama-lamanya" kata Mak cik Maya membuatkan Dahlia terbuntang mata terkaku.

DAHLIAWhere stories live. Discover now