D16

17 2 0
                                    

   TANGAN yang lincah memotong bawang diatas papan pemotong dipotong cantik oleh Rael. Tersenyum manis Rael melihat hasil potongannya. Tidak sia-sia dia selalu menolong Mak Wati memasak ketika dia disekolah menengah. Sekarang , Rael berada di rumah Mak Wati di kampungnya , Ipoh Perak. Lepas sahaja , Rael menghabiskan masa belajar di universiti. Mak Wati terus pulang ke kampung halamannya apabila rumah banglo itu sudah kian menyepi. Namun, Selepas tamat sahaja pembelajaran dia, Rael menetap semula rumah yang penuh kenangan itu. Dia juga selalu sunyi duduk berseorangan.

Mak Wati tersenyum mesra melihat Rael selalu melawatnya ketika hari minggu. Rael sentiasa menemaninya walaupun dia tahu lelaki ini selalu sibuk di tempat kerja namun langsung tidak pernah Rael berhenti melawatnya.

Mak Wati menyambung mengacau gulai ikan di dalam periuk. Umurnya juga kian seperti mak cik tua. Biarlah dia hidup single penat kena dikecewakan dengan suaminya dahulu. Hidupnya kini , bahagia hidup berseorangan.Tidak perlu berfikir tentang apa-apa masalah.

"Rael, kamu ada cuba telefon Dahlia?" Soal Mak Wati membuatkan Rael berhenti memotong bahan kering itu. Dia cuma terdiam dan menggelengkan kepala menunjukkan tiada. Mak Wati mengeluh kecil melihat wajah Rael yang kelihatan tidak suka mendengar nama Dahlia itu. Mak Wati boleh nampak wajah lelaki itu mula berubah apabila dia menyebut nama Dahlia itu.

"Mak Wati, risau. Minggu depan hari jumaat akan adakan bacaan wasiat arwah Dato' Dirham. Jadi kot-kot lah dia telefon bagitahu dia balik sini bila" ujar Mak Wati membuatkan Rael mengeluh tidak tahu mahu menjawab apa. Bukanya , Dahlia itu kisah tentang mereka. Lagi-lagi dia. Rael malas memberitahu bahawa dia tidak dapat menghubungi Dahlia kerana nombor Dahlia sudah tiada perkhidmatan. Mungkin gadis itu sudah menukar nombor telefon di negara New Zealand itu. Tidak mahu dia menelefon dia.

"Ni, kamu ni Rael. Bila nak kahwin? Umur dah 27 ni bukan makin tua. Nasib makin handsome kamu ni" puji Mak Wati membuatkan Rael tergelak kecil mendengar pujian itu. Dari kecil sampai dia besar dia mendengar pujian daripada Mak Wati itu.

"Mak Wati nak kahwin dengan Rael tak?" Soal Rael sambil tersengih suka melihat muka Mak Wati yang kemerahan terus dibaling sayur sawi di muka Rael yang tergelak kuat. Adoi! Mak Wati pun pandai blushing lagi.

"Kamu jangan macam-macam eh. Mak Wati dah tua. Jangan nak mengarut pula!" Tegur Mak Wati membuatkan Rael tidak henti gelak. Sakit perutnya melihat muka Mak Wati yang marah itu. Sayur yang dibaling ke mukanya diambil dan diletakkan semula di atas meja. Rael masih tersengih apabila mengusik Mak Wati itu.

"Dah kamu jangan nak tersengih macam kerang busuk. Potong cepat. Kang yang bawah tu Mak Wati potong!"ugut Mak Wati membuatkan Rael menelan liur dan memotong laju sayur sawi itu.  Mak Wati menggeleng kepala melihat perangai Rael yang tidak matang itu.

Habis sahaja , mereka berdua siap memasak dengan makanan sudah dihidangkan di atas meja terus Rael membacakan doa makan untuk kesyukuran rezeki yang mereka miliki hari ni. Tersenyum Mak Wati mendengar bacaan doa dari Rael itu. Memang ciri-ciri suami yang terbaik.

"Aamin" terus tangan yang ditadah itu disapu dimuka. Mak Wati juga menyapu tangannya dimuka. Lalu, mereka berdua mula makan dengan berselera banyak benda mereka bualkan seperti ibu dan anak.

"Ni, Rael. Apa khabar. Umi dengan Abi kamu dekat teratak Melur tu. Lama Mak Wati tak jumpa mereka berdua. Yelah kamu pun sibuk. Kalau nak pergi sendiri, Mak Wati tak adalah reti sangat naik grab ke. Maklumlah , kita ni generasi X lainlah dia generasi Z" terang Mak Wati membuatkan Rael mengerut dahi apabila Mak Wati mengetahui nama-nama itu.

"Tahu pula Mak Wati ni generasi apa?"

"Eh mestilah. Sekarang ni internet ada. TikTok , Instagram and Facebook. Kan semua dah canggih" kata Mak Wati membuatkan Rael tergelak kecil sambil menggeleng kepala perlahan.

DAHLIAWhere stories live. Discover now