D27

12 0 0
                                    

BUNYI esakan kuat kedengaran seperti seseorang memanggil ibu dan ayah beberapa kali diwaktu malam pekat pada waktu pagi. Terus terjaga Rael mendengar tangisan itu, matanya digosok dengan wajah yang mamai. Dengar sahaja suara itu memanggil terus mata Rael terjaga dan berlari ke bilik Dahlia dengan wajah yang risau. Dadanya berdegup kencang mendengar tangisan Dahlia yang semakin kuat apabila dia semakin dekat dengan bilik Dahlia. Ianya sama seperti dia mendengar ketika Dahlia masa kecil.

Pintu diselak kuat dan terus Rael masuk ke dalam bilik Dahlia yang gelap lalu mendekati Dahlia yang mengigau memanggil ibu dan ayahnya beberapa kali beserta air mata yang deras mengalir.

"Ibu...ayah..ibu.." panggil gadis itu dengan sayu di dalam mimpinya. Pantas, Rael mendekati katil Dahlia dan naik ke atas mendekati isterinya yang bermimpi buruk itu.

"Shuuuuu my Dahlia" pujuk Rael membawa Dahlia yang masih tidak terjaga itu dibawa ke pelukannya. Tanganya menepuk dan menggosok belakang Dahlia supaya gadis itu bertenang. Memujuknya untuk menghilangkan rasa takut mimpi buruk yang dimimpikan gadis itu.

Lama kelamaan, tangisan Dahlia berhenti dan dia mula bertenang dengan sendiri. Rael tersenyum melihat Dahlia yang sudah senyap. Rael menyelak rambut Dahlia yang menghalang dia melihat wajah Dahlia. Dibelai lembut rambut Dahlia dengan penuh kasih sayang serta menghadiahkan ciuman di ubun-ubun Dahlia.

"Abang cintakan Dahlia sangat-sangat"bisik lelaki itu sambil tersenyum pahit melihat Dahlia yang mula tidur dengan lena itu. Perlahan-lahan, Rael mahu kembali ke biliknya semula namun tiba-tiba sahaja Dahlia bergerak sedikit memeluknya kuat di pinggang Rael membawanya tarik ke dalam pelukan. Manakala, kaki Dahlia diselitkan di belahan kaki Rael membuatkan mata Rael berkelip-kelip melihat Dahlia. Wajahnya naik padam apabila kedudukan mereka yang sangat dekat ini.

Rael dapat merasakan nafas panas Dahlia di dadanya. Dia terkaku tidak mahu membuat apa, dia terperangkap disini. Rael menongkat kepalanya sambil merenung Dahlia. Rael tersenyum manis melihat isterinya yang sangat cantik ketika lena. Pantas Rael membawa Dahlia lebih rapat ke dalam pelukannya. Dia tersengih suka apabila dia dapat memeluk Dahlia dengan erat. Rasa hangat dan selesa pelukan mereka itu membuatkan Rael kelamaan matanya menjadi layu dan terus terlena dalam pelukan itu.

'Biar jelah esok pagi dia kena tahan sikit dengan kata-kata Dahlia. Janji dia rasa bahagia'

Keesokan harinya, Dahlia terjaga apabila alarm telefonnya berbunyi nyaring mengejutkan dirinya daripada tidur. Tanganya di angkat untuk dihalakan di meja kecil di tepi katilnya namun dia terhenti apabila tangannya menyentuh sesuatu yang lembut seperti wajah seseorang. Dahlia terdiam seketika sambil dirinya yang mamai cuba menggunakan otak untuk berfikir apa yang disentuhnya namun apabila tiba-tiba tanganya itu menyentuh bibir lembut seseorang membuatkan Dahlia mencelik mata. Terbeliak matanya melihat Rael yang berada di sampingnya sedang memeluk erat dirinya .

Dahlia terus menjerit dan menolak kuat Rael di atas katilnya sehingga Rael terjatuh tergolek ke bawah. Terkaku Dahlia melihat tindakannya itu. Mulutnya ditutup.

"Aduh..Dahlia kenapa tolak abang? Sakit tak tahu" Rael mengereng kecil sambil memegang pinggang yang sakit ditolak daripada katil. Lantas, Rael mendaki semula katil dan duduk di hujung katil dengan rambut yang kusut. Wajahnya masih menahan kesakitan di pinggangnya.

"Kenapa kau ada dekat sini eh! Siapa izinkan kau tidur sebelah aku? dan siapa benarkan kau untuk ceroboh bilik aku. Kau ni memang miangkan, Rael!!?" Pantas bantalnya di sisi dibaling ke wajah Rael.

Rael tersengih kecil menahan kesakitan diwajahnya. Bantal itu dialihkan dan diletakkan di tepinya.

"Mana ada abang miang. Abang.. dengar Dahlia menangis malam tadi. Itu yang abang datang tu.."

DAHLIAWhere stories live. Discover now