D5

19 2 0
                                    

JERITAN Dahlia kuat kedengaran di dalam rumah banglo itu. Terus Datuk Dirham dan Mak Wati tergesa-gesa memasuki bilik Dahlia untuk memastikan dahlia tidak apa-apa. Rael juga terkejut mendengar jeritan budak perempuan yang kuat di dalam rumah ini sebentar tadi. Dia langsung pantas mengikuti bersama.

Pintu bilik dibuka dan terus Datuk Dirham menuju ke arah Dahlia yang kelihatan masih tidur tetapi menangis dengan teresak-esak. Pantas dibangunkan Dahlia dan dibawa ke pelukannya. Belakang Dahlia ditepuk memujuk gadis kecil itu untuk berhenti menangis.

Dahlia yang terbangun dari mimpi ngeri itu menghemburkan tangisan sedihnya apabila dia bermimpi lagi tentang kemalangan ibu bapanya. Dia sungguh takut dengan mimpi itu yang asyik berulang-ulang dikepala. Ini mesti punca kerana dia. Semua salah dia. Dia yang buat ibu bapanya dilanggar ketika itu.

"L-Lia n-nak.. ib-ibuuu n..nak ay-yah Lia.. nak mintak... Maaf... Lia t-tak patut s-suruh mer-reka beli patung n-ni. Kalau tak... Mesti diorang hidup lagi.." patung yang berada di atas katilnya itu dicampak jauh habis terkenal Rael yang berdiri di pintu. Dia mengerut kesakitan di wajahnya apabila patung beruang itu dicampak diwajahnya , terus patung beruang yang berada di lantai diambil.

"Lia jangan macam ni itu cuma mainan tidur. Datuk dah kata mimpi tu cuma rekaan tak ada yang betul. Ini bukan salah Lia..." Pujuk datuk yang kelihatan duka melihat Dahlia yang asyik menyalahkan dirinya, sehingga gadis kecil itu mendapat trauma yang cukup perit baginya.

Rael mendekati katil adik perempuan sambil membawa patung beruang yang dibaling tadi. Datuk Dirham melihat kearah Rael yang juga sedih melihat Dahlia yang kelihatan lemah itu.

"Dahlia.. Datuk bawakan kamu seseorang untuk jaga kamu. Lepas ni kamu tak keseorangan lagi. Dia akan jaga kamu.. abang baru kamu Azrael" Datuk Dirham terus menarik perlahan Rael yang berdiri di hadapan katil untuk mendekati Dahlia yang menekup wajahnya , terus datuk Dirham bangun memberikan ruang untuk Rael perkenalkan dirinya kepada Dahlia.

Rael menelan liur melihat adik perempuan angkatnya dihadapan. Debaran di dadanya dapat dirasakan. Rael melutut di atas karpet sambil memegang patung beruang gadis kecil itu.

"Dahlia.. tak baik buang hadiah yang ibu dan ayah Dahlia bagi. Ini jelah kenangan yang Dahlia kena simpan untuk Dahlia ingat mereka sampai bila-bila. Dahlia.. apa yang berlaku bukan salah Dahlia.. ujian yang Allah bagi kepada kita sebagai hambanya adalah cara untuk tuhan menguji kita kerana pencipta kita sayang dengan hambanya. Allah tidak akan sesekali memberikan ujian jika hambanya tidak mampu menanggungnya jadi percayalah Allah bagi ujian dekat Dahlia sebab Dahlia cukup kuat untuk menghadapinya. Dahlia jangan risau kita semua akan mati. Kita semua akan mengikuti susulan orang yang sudah pergi jadi tiada istilah pemergian seseorang itu akan menghilangkan rasa kebahagiaan kita..." Panjang dan lembut Rael berkata sambil merenung lama Dahlia yang terdiam mendengar kata-katanya. Kepalanya diangkat bersama wajahnya yang merah akibat menangis.

Patung beruang yang berada ditangannya di berikan semula kepada adik perempuan bersama senyuman yang manis. Dahlia terus teragak-agak untuk mengambil dari lelaki yang tidak dia kenali.

Perlahan-lahan tanganya mengambil semula patung yang diberikan oleh ibu ayahnya. Rael tersenyum apabila melihat Dahlia yang mendengar kata-katanya. Belum sempat Rael ingin bangun semula badannya ditarik oleh Dahlia dan dipeluk erat oleh adik perempuan angkatnya.

Debaran hatinya dapat dirasakan. Jantungnya berdegup sangat laju. Lebih-lebih lagi apabila kulitnya bersentuhan dengan kulit dahlia yang panas itu. Terasa hangat dan menyenangkan.

"Terima kasih..abang" ucap gadis itu ditelinganya membuatkan pipinya berona merah.

"Sama-sama adik.." ucapnya sambil membalas pelukan itu.

    DALAM beberapa tahun kemudian, dimana kedua-dua adik beradik angkat itu sudah meningkat remaja dimana , Rael yang sudah berumur 17 tahun perlu menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini manakala Dahlia baru sahaja masuk ke dalam sekolah menengah.

Dahlia yang menyuap makanan di dalam mulutnya disapa oleh kedua-dua oleh kawan baiknya. Rambutnya yang di ikat ponytail dimain dengan jari runcing nya.

"Dahlia, tu bukan abang kau ke? Weh sumpah handsome. Pakaian dia kemas betul dengan rambut yang terpacak keatas. Sumpah hot gila!" Menjerit tak betul kedua-dua kawan baiknya melihat Rael dan juga kawan baiknya yang baru tiba ke kantin sekolah. Hari ni hari jumaat jadi mereka perlu berehat bersama dengan pelajar form 4 dan form 5 kerana para lelaki perlu menunaikan solat Jumaat jadi ketika hari jumaat semua akan pulang lebih awal tempat jam kul 12.30 sebab itu waktu rehat digabungkan.

"Ye, aku tahu. Korang ni bising lah. Aku nak makan pun tak senang" Dahlia menjeling menyampah kepada kedua-dua kawannya yang langsung tidak tersinggung dengan kata-katanya kerana mengetahui bahawa sikapnya yang tidak suka kepada abangnya jadi  mereka sudah hadam sejak perkenalan mereka.

Aisyah dan Farah menarik baju kurung mereka sesama sendiri apabila melihat dua orang senior yang paling handsome disekolah mereka mula mendekati ke meja mereka.

"Weh.. diorang datang sini. Weh aku kena nampak ayu depan mereka!" Terus Aisyah mengeluarkan cermin kecilnya dan membetulkan tudungnya manakala Farah sudah menggentel rambut tocang dengan senyuman yang gatal apabila dua orang pelajar lelaki tingkatan 5 itu mendekati meja yang diduduki oleh mereka.

Ketika mereka berdua berjalan , ramai pelajar perempuan berbisik-bisik sesama sendiri yang juga sama perangai dengan Aisyah dan Farah. Cair apabila melihat wajah tampan dua orang pelajar senior yang cukup terkenal disekolah mereka.

Rael tersenyum lebar apabila mata hazelnya menangkap figura Dahlia yang sedang menjamu selera di meja yang paling hujung sekali. Tergelak kecil Rael melihat Dahlia yang menjeling ke arahnya. Mungkin menyampah dengan kehadirannya yang muncul dihadapan di sekolah. Sebelum masuk sekolah lagi Dahlia sudah warning dia untuk tidak memberitahu bahawa mereka berdua adalah adik beradik namun dia tidak mempedulikan langsung kata-kata Dahlia itu kerana dia sebagai abang tahu apa yang terbaik untuk adiknya.

"Dahlia.. duit belanja adik ada lagi tak? Kalau duit Dahlia dah habis boleh mintak abang. Nanti balik elok-elok dengan Abang Zaf. Abang tak balik sekali sebab abang terus pergi surau solat jumaat , habis je solat baru abang balik rumah , ye" pesan Rael dengan lembut apabila dia sudah berdiri dihadapan gadis itu membuatkan Dahlia menyampah suara Rael yang terpaling menjadi abang kepadanya.

Dahlia merenung tajam Rael yang tersenyum manis kepadanya. Sudah dua tahun lebih lelaki dihadapannya ini menjadi ahli keluarga barunya. Dia ingat bolehlah dia sayang Rael seperti abang dia sebenar tapi disebabkan kasih sayang datuk pada Rael membuatkan dia cemburu. Rael memiliki semuanya , rupa paras , tutur kata yang sopan , pandai mengaji , rajin solat semualah dia tak jumpa apa yang tak perfect di hadapan lelaki yang berdiri dihadapan itu. Jujur dikatakan dicemburu. Datuk lebih menghabiskan masa bersama Rael dengan mengajar datuknya mengaji dan bercerita tentang kisah-kisah berkaitan Islam. Dia pula seperti patung sahaja dirumah itu tidak dihiraukan.

Damn , dia sangat benci dengan lelaki yang digelar abang dihadapan. Kalau difikirkan lelaki ini tak layak langsung mengambil kedudukan dirinya sebagai cucu kesayangan kepada datuknya. Tapi kenapa datuknya lebih sayang Rael daripadanya. Ini memang tak adil!

"Kau jangan panggil aku adik boleh tak? Aku geli. Kalau aku tak ada duit. Aku boleh mintak dekat datuk. Kau tak payah acah baik dengan aku nak tunjuk kau terpaling caring dekat aku. Annoying kau tahu tak!!" Jerit Dahlia dengan kuat sehinggakan mereka berdua menjadi tumpuan ramai pelajar. Aisya dan Farah juga melihat sesama sendiri apabila menyaksikan pergaduhan adik beradik itu. Dahlia terus bangun dari meja kantin lalu berlalu pergi. Dia berjalan dengan geram kerana tidak sanggup bertentang mata dengan mata cantik lelaki itu yang cukup melemahkan dirinya.

Aisyah dan Farah sudah menjerit-jerit namanya apabila dia terus pergi dari isu. Ini bukan kali pertama mereka mendengar Dahlia berkata kasar dengan Rael. Terus mereka berdua meminta diri kepada kedua-dua senior itu dan mengikuti langkah Dahlia.

Mata redup Rael sayu melihat Dahlia yang berjauh pergi. Dia tidak tahu kenapa Dahlia sangat membenci kan dirinya. Dia mula perasan perangai Dahlia sudah berubah sejak pertengahan perkenalkan mereka.

Naim yang melihat kawan baiknya itu menepuk bahu Rael. Rael melihat kearah Naim yang tersenyum kelat.

"Sabar...mungkin satu hari nanti dia akan terima kau sebagai abang dia..." Ucap Naim membuatkan Rael cuma terdiam,  matanya masih ralit melihat kearah Dahlia yang semakin menjauh.

DAHLIAWhere stories live. Discover now