D19

13 1 0
                                    

"RAEL tak guna.. Rael tak guna... tak guna.." Dahlia mengetap bibir menahan kegeraman dia kepada Rael yang mengugut dia pagi tadi. Gila! Dia tak nak kahwin dengan Rael. Tapi , harta tu semua patutnya miliknya semua kenapa Rael boleh dapat lagi banyak daripada dia. Ini memang tak adil. Arwah datuknya memang tak fikirkan pasal dia. Semua Rael je. Yang buruk dia , yang baik jantan tu. Dahlia menuang lagi minum keras di dalam gelasnya. Malam ni dia mahu melupakan apa yang jadi dan hilangkan kesedihan dia yang tak guna ini.

Belum sempat Dahlia menuang minuman keras itu di dalam gelasnya sebuah tangan  asing memegang tanganya membuatkan tangan Dahlia berhenti menuang. Pantas sahaja iris hitamnya merenung tajam seorang lelaki yang berada di hadapannya. Tangan lelaki itu terus mengangkat tanganya untuk meletakkan botol minum keras itu di atas meja semula, tidak membenarkan Dahlia mengisi gelasnya yang kosong.

"Easy girl. You minum banyak sangat ni. You sorang je ke. Nak , I teman? " Pelawa lelaki itu membuatkan Dahlia cuma terdiam. Kepalanya pening sekarang ni dia malas untuk menghalang atau berkata apa-apa. Lelaki itu tersenyum apabila Dahlia yang kekal diam,  terus dia mendekati Dahlia dan duduk rapat di sebelah gadis itu. Pipi Dahlia ulus lembut oleh jari lelaki itu dengan senyuman nakal dibibirnya.

"You're so hot. You tahu tak? I masuk tadi perhati je you duduk sorang-sorang. You tak ada kawan ke?" Ramah lelaki itu cuba berborak sambil merenung lama wajah Dahlia yang cantik pada malam ini.

"Really, you think I'm hot? No , saya tak ada kawan sebab saya baru balik Malaysia..." jawab Dahlia yang separuh mabuk itu. Tanganya sudah menongkat dagu sambil tersenyum kepada lelaki itu.

"I nampak you macam ada masalah. Can you share mana tahu I boleh tolong" Lelaki itu bermain dengan rambut Dahlia yang panjang dan lembut itu. Di belai perlahan rambut itu membuatkan Dahlia tergelak kecil.

"Saya stress... Ada lelaki ini dia paksa saya kahwin sebab dia dapat lagi banyak harta daripada saya yang cucu sebenar... Saya tak nak kahwin dengan dia... Tapi saya akan hilang semuanya dan saya nakkan rumah peninggalan arwah ayah saya tu...." Luah Dahlia sayu sambil mengalirkan air matanya. Dia sedih apabila teringat kejadian pagi tadi. Bibirnya muncung sedepa dengan perasaan sedih.

Lelaki itu terus meraup wajah Dahlia menggunakan kedua-dua tanganya dan mengelap air mata Dahlia yang mengalir menggunakan jarinya. " Oh, sweetheart. Don't cry. You tak cantik kalau nangis. I faham mesti you sedih sangatkan. Don't worry , kalau you tanya I... Baik you kahwin je dengan lelaki tu and you mintak cerai lepas tu.... You buat perjanjian dengan dia bila you kahwin dengan dia semua harta akan jadi milik you... Yelah you lagi layak kot.... What do you think? Honey.... "  lelaki itu sambil tersengih menggoda kepada Dahlia yang tersenyum mendengar pendapat dia itu.

"Omg, you're genius! I will make sure yang dia tak dapat satu sen pun dari harta arwah datuk I...." Dahlia tergelak sinis sambil jarinya bermain di dada lelaki dihadapannya.

"You know what. Muka you familiar tahu tak? I macam pernah jumpa you?" Soal lelaki itu membuatkan Dahlia tergelak kecil lalu meletakkan kedua-dua tanganya di atas bahu lelaki itu.

"Idk, maybe it's our fate. You're so handsome too" Tangan Dahlia terus meraup wajah kacak lelaki yang dia tidak dikenali itu menggunakan tangannya. Kewarasannya sudah tidak boleh dikawal akibat jumlah alkohol di dalam badannya. Lelaki itu tergelak nakal melihat Dahlia yang menyentuh wajahnya dengan lembut.

"Right...you nak tak. I bagi rasa kenikmatan syurga malam ni... Biar hilang segala serabut dalam kepala you tu" ajak lelaki itu dengan senyuman yang pernah jahat. Dahlia yang sudah mabuk teruk itu cuma mengangguk laju sambil tersengih lebar, pantas dia menyelak rambut panjang dengan penuh menggoda. Kedua-dua tanganya mula menarik rapat lelaki itu mendekati dirinya.

DAHLIAWhere stories live. Discover now