D23

8 0 0
                                    

TIBALAH , dimana untuk Dahlia dan Rael bersua muka untuk membincang tentang lamaran Rael tempoh hari di rumah banglo itu pada jam 8 malam.  Dahlia merenung lama dirinya di dalam cermin hotel itu. Memantulkan dirinya yang sudah siap berpakaian untuk berjumpa dengan Rael. Dia sudah sedia untuk melancarkan perang hari ini. Dahlia tersenyum dengan mengukir senyuman penuh muslihat. Dia memegang erat singki hotel itu dengan perasaan berkorban untuk mendapatkan kembali haknya.

"Kau tunggu Rael..aku akan pastikan aku dapat balik apa yang aku punya" gumamnya sendiri sambil menggigit bibirnya. Dahlia terus menuju ke katilnya dan disambar beg tanganya di atas katil. Kakinya mengorak langkah keluar dengan menyarungkan kasut tumit tinggi di kakinya. Dia membetulkan dirinya dan menarik nafas sebelum membuka pintu. Dahlia keluar dari bilik hotelnya dan menuju ke lobby hotel itu untuk keluar dari pintu masuk. Pekerja disitu membukakan pintu dan lantas Dahlia berjalan sambil melihat kearah telefonnya.

Dia berdiri pegun menunggu grab yang baru di ordernya. Beberapa minit kemudian , muncul kereta yang merupakan grabnya. Dahlia masuk ke dalam dan kereta itu membawanya menuju ke lokasi rumah lamanya. Dahlia mengambil earpod di dalam beg tangannya dan mula memasukkan ke dalam lubang telinga. Lagu hatelove by Alex Porat  di mainkan di Spotify.

You were damn good
At putting bandaids over bullet holes
Mister sweet talk
Mister I'm not doing anything wrong

Dahlia mendengar sambil menongkat dagu di tingkap kereta sambil matanya melilau melihat langit hitam. Dia bermain dengan rambut hitamnya sambil mindanya terbang menjauh.

Don't matter if somebody got a diamond ring
And he's bending on a knee to say the perfect thing
I don't need another man to promise everything
I can't trust anyone

Dalam beberapa minit , kereta berhenti di perkarangan rumah banglo rumahnya. Terus , Dahlia membuka earpodnya dan memasukkan kembali ke dalam bekas. Dia terus keluar selepas berterima kasih kepada pemandu itu. Kereta itu pergi meninggalkan dirinya yang berdiri di hadapan rumah banglo rumahnya. Dahlia menaikan tanganya di dada apabila dia berada gementar. Bibirnya di gigit untuk cuba bertenang. Dia perlu kekal tenang dan kuat di hadapan lelaki itu. Dia bukan perempuan lemah yang boleh dipermainkan.

Dahlia melangkah menuju semakin dekat dengan pintu masuk rumahnya. Kakinya berbunyi setiap kali melangkah apabila kasut tumit tingginya mencecah tanah menghasilkan bunyi. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah banglo rumahnya , ditekan loceng di situ. Seketika pintu rumah utama dibuka dan memancarkan cahaya dari dalam. Dahlia mengetap bibir , mengawal riak wajahnya.

Muncul Mak cik Siti yang sedang tersenyum melihat dirinya pantas tubuhnya ditarik oleh Mak cik Siti ke dalam pelukannya. Terhutang matanya menerima perlukan secara mengejut itu.

"Ya Allah, cik Dahlia. Rindunya Mak cik Siti kat cik Dahlia. Makin pergi , makin cantik kamu"Mak cik Siti memeluknya erat. Dahlia menahan sesak menerima pelukan erat tu. Bahu Mak cik Siti ditepuk perlahan diminta dilepaskan.

"M-Mak Cik Siti. Sesak sangat ni"  Mak cik Siti tersentak dan melepaskan perlukan itu. Mak cik Siti tersengih melihat wajah Dahlia yang merah menahan nafas. Tudung Mak cik Siti dibetulkan sambil tersenyum kepada anak dara di depannya.

"Maaf , cik Dahlia. Mak cik Siti rindu sangat dekat cik Dahlia. Sampai tak boleh kawal. " Mak cik Siti terkekeh-kekeh ketawa membuatkan Dahlia tergelak kecil melihat Mak cik Siti. Mak cik Siti terkejut dan menunjuk ke wajah Dahlia.

DAHLIAWhere stories live. Discover now