D11

10 1 0
                                    

SELEPAS sahaja pemergian datuk Dirham. Dahlia dan Rael diberikan hak penjagaan kepada Mak Wati. Mak Wati tidak sampai hati untuk meninggal tugasnya di rumah ini. Lagipun ini masa di membalas jasa arwah datuk Dirham dan tuan Dani yang memberikan dia peluang untuk merasakan kehidupan selepas dia ditinggalkan suaminya. Mak Wati pun sudah menganggap mereka berdua seperti anak kandung mereka sendiri. Sekarang, jawatan di Dirhamr diberikan sementara oleh pihat bawahannya sebelum diberikan kepada Rael.

Rael dan Dahlia walaupun duduk di satu rumah namun mereka semakin berjauhan. Tidak lagi bertegur siapa kerana Dahlia sudah tidak menganggap Rael seperti wujud dirumah ini. Mereka pergi sekolah juga berasingan. Rael datang awal seperti biasa manakala Dahlia sering datang lambat ke sekolah. Rael perasan Dahlia selalu menguncikan diri di dalam biliknya. Mereka pergi sekolah balik sekolah , benda diulang beberapa minggu sehinggalah satu hari ketika Rael berada di sekolah.

Rael merenung lama meja kantin yang sering diduduk oleh Dahlia dan kawan-kawannya. Dia dapat melihat Dahlia disekolah ketika jumaat sahaja kerana dia sangat busy untuk menyiapkan diri untuk peperiksaan SPM. Jadi dirumah juga dia selalu menghabiskan masa dengan belajar sahaja. Rael tidak tahu kalau Dahlia datang ke sekolah ataupun tidak kerana abang Zaf tidak memberitahunya apa-apapun. Rael mengeluh berat apabila dia cuma melihat kelibatan Aisyah dan juga Fatin sahaja disitu lantas dia mendekati dua pelajar juniornya. Naim yang dibelakang hanya melihat sahaja tindakan kawan baiknya itu.

Aisya dan Farah yang sedang berborak itu terkejut dengan kelibatan Rael yang kelihatan berwajah kusut. Aisyah menegur Rael yang kelihatan melihat sekeliling manakala Farah cuma berdiam diri , teringat dirinya yang dimarahi Rael ketika membawa Dahlia keluar tempoh hari.

"Abang Rael, cari siapa ye?" Soal Aisyah dengan lembut. Pipinya naik merah apabila iris matanya bertemu wajah kacak Rael yang berada dihadapannya. Rael merenung mereka berdua.

"Mana Dahlia ye...bukan dia selalu rehat dengan kamu berdua ke?" Soal Rael lembut sambil senyuman kelat. Soalan Rael membuatkan mereka berdua melihat sesama sendiri sambil berkerut dahi.

"Abang..tak tahu ke..Dahlia tak datang..hari ni" ucap Fatin dengan perlahan membuatkan Rael terbuntang mata. Dahlia tak datang? Dahlia tidak pernah tidak datang ke sekolah. Adiknya sakit ke?

Rael mengetap bibir dan mengangguk faham. Dia tersenyum kecil kepada mereka berdua dan mula meninggalkan meja kantin itu. Naim yang melihat wajah Rael yang mendung itu mula mendekati dirinya.

"Rael, apa hal ni. Kau tanya apa dekat diorang?" Soal Naim ingin tahu. Rael meraup rambutnya dengan kasar.

"Kau ikut aku kejap" terus Rael berjalan terlebih dahulu meninggalkan kantin sekolah. Naim yang melihat dirinya ditanggalkan mendengus geram dengan perangai Rael ini. Mood berubah macam perempuan.

Rael berhenti di tempat kereta para guru sambil mengeluarkan telefonnya. Nombor Dahlia di dail banyak kali namun decline olehnya. Rael mendengus geram dan cuba menelefon Mak Wati namun wanita itu juga menutup telefonnya. Kenapa diorang tak angkat call ni!

Naim yang sudah berada di hadapan Rael menepuk bahu Rael. "Kenapa kau ni? Yang kau nak cakap sampai sini kenapa?" Soal Naim.

"Aku...tanya diorang dua..kenapa Dahlia...tak ada...Dahlia tak datang hari ni... And aku tak tahu pun kenapa..." Jawab Rael dengan runsing. Naim penat melihat Rael yang tidak habis-habis dengan Dahlia itu. Dia sendiri nampak Rael ini seperti obses dengan adiknya.

"Rael..kau chill boleh tak.. mungkin Dahlia tu ada problem ke orang sakit ke so dia tak datang..balik nanti kau tanya lah dia" Rael terdiam mendengar kata-kata Naim. Betul juga kenapa dia terlampau risau.

Phone Rael berdering dan terus dia memakan butang hijau menjawab panggilan daripada Mak Wati. Telefonnya dibawa ke telinga.

"Mak Wati kenapa Rael call tak angkat"

"Rael..Dahlia dia-

"Dia apa Mak Wati!" Jerit Rael membuatkan Naim disebelah terkejut mendengar jeritannya. Apa yang sampuk kawan dia ni.

"Dia tinggal surat..dia kata hari ni dia nak berlepas ke New Zealand ikut ,Adik mamanya yang menetap di sana. Mak Wati tak tahu pun dia plan semua ni.. Mak Wati terkejut bila tengok bilik dia kosong.." Rael dapat mendengar tangisan Mak Wati ditalian. Wajahnya diraup kasar. Sampai macam tu sekali Dahlia buat dekat kami.

"Mak Wati tak tahu..nak buat apa sekarang.. ni"ujar Mak Wati cemas.

"Mak Wati tunggu..nanti Rael balik.."

"Tapi...sekolah-

"Dahlia lagi penting sekarang!" Jerit Rael membuatkan Mak Wati terdiam. Rael melepaskan nafas berat dan menutup matanya. Sedar kesalahannya.

"Mak Wati...maaf..Rael tak bermaksud nak tinggikan suara.."ucap Rael dengan bersalah. Mak Wati menggelengkan kepala walaupun Rael tidak nampak dirinya.

"Tak apa...Mak Wati faham.. Mak Wati tunggu kamu"

Terus panggilan tersebut dimatikan. Rael membasahkan bibirnya dan menuju ke arah Naim yang berdiri tercongok melihatnya.

"Apa hal ni? Kenapa dengan Dahlia?"

"Dia...nak lari duduk dengan adik mak dia kat New Zealand... Aku nak kau tolong aku.." Rael melihat kearah Naim. Mintak bantuan daripada kawan yang sangat dia percaya.

"Apa dia?"

"Kau cover aku..kata kat cikgu..aku sakit hari ni.." ucap Rael perlahan sebelum berlalu pergi.

Naim yang melihat terkejut dengan tindakan Rael. Dia memanggil nama Rael beberapa kali.

"Rael! Kenapa kau sanggup buat macam ni ha! Dahlia tu tak pandang kau langsung sebagai abang pun. Sudah-sudahlah sakitkan hati kau untuk dia..!" Jerit Naim membuatkan langkah Rael terhenti. Dia menoleh kearah Naim.

"Sebenci manapun dia dekat aku. Aku tetap kena jaga dia, Naim..Arwah dah suruh aku jaga Dahlia sepenuh hati aku.." Selepas itu terus Rael meninggalkan Naim bersorang diri situ.

          RAEL menaiki motosikal selepas dia menyelusup keluar dari pagar sekolah terus dipakaikan helmet dan terus kunci motornya dimasukkan. Menghidupkan enjin dan terus menekan minyak.

Rael membawa laju motosikal kesayangan yang dihadiahkan daripada arwah datuknya ketika mendapat peperiksaan PT3 dengan markah cemerlang. Dia tak sangka dia hilang senyuman disebalik insan yang sangat menyayangi dirinya seperti umi dan abi. Dia juga sudah jarang melawat Teratak Melur sejak arwah datuknya sudah lagi tidak menemani dirinya. Rael tersenyum kelat apabila teringat setiap kali mereka berdua melawat Teratak Melur. Datuk Dirham selalu membawa makanan dan mainan kepada adik-adiknya. Bertapa gembiranya mereka mendapat hadiah-hadiah itu.

Sampai sahaja , di hadapan perkarangan rumah banglonya. Dia terus mencapai helmetnya dan terus berlari ke pintu masuk. Dia terjah masuk ke dalam dan terkedu melihat mak Wati yang menangis di sofa bersama abang Zaf disampingnya.

"Kita pergi airport sekarang!" Kata Rael membuatkan Mak Wati membutang mata mendengar kata-kata Rael. Abang Zaf juga terkedu.

"Rael..macam mana kalau Dahlia..dah pergi.."

"Kita cuba cari dia...Mak Wati...Rael akan cari dia sampai dapat.." Rael melihat kearah anak mata Mak Wati yang menunjukkan bahawa dia tidak bermain. Dia akan cari Dahlia!

"Abang sediakan kereta!" Terus Abang Zaf bangun dari sofa dan menuju ke pintu keluar ingin start kan enjin kereta.

DAHLIAWhere stories live. Discover now