D18

15 0 0
                                    

KAWASAN di rumah banglo Dani Safuan dimana diruang tamu , kelihatan Real yang sedang duduk di sofa bersama seorang peguam arwah datuknya. Real mengeluh kecil sambil melihat jam tangannya beberapa kali menunggu kedatangan Dahlia yang tidak muncul-muncul. Encik Armin yang merupakan peguam arwah Dato' Dirham juga mengeluh kecil apabila cucu arwah Dato' tidak sampai-sampai. Kalau Dahlia tidak datang dia tidak boleh memulakan bacaan surat wasiat ini.

"Encik Azrael, kamu ada call Cik Dahlia. Kalau dia tidak datang. Saya tidak boleh memulakan bacaan wasiat ini. Nampaknya kita perlu tunda ke hari lain jika Cik Dahlia tidak muncul"

Rael terdiam tidak tahu mengatakan apa. Dia tiada nombor telefon Dahlia jadi dia tidak boleh menghubungi Dahlia langsung. Rael cuma menerima jika Dahlia tidak muncul hari ini.

"Saya tak ada nombor dia. Encik Armin" ucap Rael.

"Jadi , macam mana kita mahu tunda jika kita tidak boleh hubungi dia?"

Rael terdiam sambil bermain dengan jarinya. Encik Armin tersenyum kelat dan mula bangun dari sofa yang didudukinya.

"Tak apalah kalau ada apa-apa. Encik Azrael boleh telefon saya bila-bila masa" kata Encik Armin yang ingin melangkah pergi. Rael mengangguk kepada Encik Armin.

"Tunggu!" Terhenti mereka berdua apabila mendengar suara lunak seseorang. Pintu masuk dibuka dari luar dan muncul Dahlia yang sudah berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang kepenatan, mungkin tergesa-gesa datang ke sini. Rael bangun terkaku melihat Dahlia yang sudah 10 tahun tidak berjumpa. Iris hazelnya terpaku kepada kecantikan Dahlia yang semakin dewasa membuatkan dirinya terbuai seketika.

"Maaf saya datang lambat" kata Dahlia dengan senyuman dibibir. Matanya melilau ke sekeliling dan terhenti ke arah Rael yang sedang merenungnya lama. Dia juga terpaku kepada Rael yang kelihatan matang dan juga semakin kacak daripada dahulu. Mata mereka bertemu seketika namun pantas Dahlia memutuskan pandangan itu dan masuk ke dalam. Rael juga terbatuk kecil dan terus duduk semula di kerusinya. Dia juga tak sangka dia terbuai di dalam pandangan itu.

Dahlia duduk di kerusi di hadapan Rael sambil mengerut dahinya memikirkan sesuatu. Apa benda dia nampak tadi? Kenapa dunia bertukar pink bila dia bertentang mata dengan Rael. Dia dah tak betul ke? Jantan ni pukau dia ke?! Pantas , Dahlia menggelengkan kepalanya tanda dia sudah mengarut.

Encik Armin terus duduk semula di kerusi selepas kedatangan Dahlia di sini membuatkan Dahlia kembali fokus dengan tujuan dia ke sini namun dia merasakan yang Rael sedang merenungnya lama. Terus Dahlia tidak berasa selesa dan melihat kearah pakaiannya. Teruk sangat ke baju dia ni? Dahlia cuma memakai dress hitam paras lutut yang berlengan panjang. Bukan teruk sangat pun. Rael berdehem kecil dan terus melepaskan coat kerjanya, Rael mendekati Dahlia dan menyelimuti kaki Dahlia yang terdedah. Terkejut Dahlia mendapat pemberian itu namun dia cuma terdiam dan membiarkan sahaja.Nak mengamuk ada  orang pula.

Rael duduk semula di tempatnya dan melihat Dahlia yang merenung tajam kearahnya yang tidak suka perbuatan. Rael cuma terdiam dan melihat kearah lain. Tidak menghiraukan Dahlia yang merenungnya tajam.

Encik Armin tersenyum kepada Dahlia dan juga Rael. Dia terus membuka beg bimbit yang sentiasa disampingnya, mengeluarkan beberapa dokumen yang tertulis wasiat Dirham Safiq di atasnya.

"Baiklah, semuanya ada disini. Jadi saya akan memulakan upacara membaca wasiat Dato' Dirham Safiq bin Uthman Haji. Di hadapan saya , cucu arwah Dato' Dirham Safiq yang bernama Dahlia Serafia binti Dani Safuan?

"Ye saya" ujar Dahlia. Encik Armin mengangguk.

"Dan cucu angkat arwah Dato' Dirham Safiq yang bernama Muhammad Al-Hadi Azrael Darshiell bin Abdullah"

DAHLIAWhere stories live. Discover now