𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 3❣️

4K 181 14
                                    

"MARRY ME, NURA."

Spontan Nura berdiri dari duduknya. Faris mendongak memandang Nura sebelum dia turut berdiri. Berdepan dengan gadis pujaan hatinya itu.

"Saya tak minta awak bayarkan hutang Elena tu, Faris. Dan sekarang saya pula yang berhutang dengan awak." kata Nura tanpa memandang Faris. Tangan digenggam erat. Turun naik dadanya menahan sakit di hati. Hutang Elena hampir habis di bayar, dia pula yang berhutang.

"Memang awak tak minta.."

"Saya janji saya akan bayar. Tapi bukan dengan cara ni. Saya tak nak kahwin dengan awak." rayunya.

Mana dia nak dapat duit sebanyak 40k itu? Faris bayar hampir 80% hutang Elena dengan Ah Long semata-mata nak 'ikat' dia.

Hati Faris pula seakan disiat-siat bila dengar kenyataan dari Nura yang gadis itu tidak mahu berkahwin dengannya. Bukankah dulu itu janji mereka?

Dia mengeluh perlahan.

"That's the only way you can pay the debt, darl. Dan kalau nak selamat dari Ah Long tu. Nak tak nak, awak kena kahwin dengan saya. Kalau awak refuse, saya hantar awak ke lorong."

Faris tiada cara lain. Dengan cara mengugut saja, Nura akan dengar kata. Dia lihat Nura seperti sedang menahan diri dari menangis. Faham yang kata-katanya itu buat Nura rasa takut. Menurut Zachary, Nura pernah ada kisah hitam di lorong.

Dia mengusap belakang tengkuknya. Mencari cara untuk berbincang elok-elok dengan Nura.

"Kalau saya tak buat macam tu, diorang akan ambil awak Nura. Dan jadikan awak tempat diorang puaskan nafsu. Ada masa diorang akan buat you di langgan orang-orang yang awak tak kenal. And I'm not gonna let that happen."

Because you're mine. Dalam hati saja Faris mampu ucapkan itu.

Nura membalas pandangan Faris. Sesak nafas Faris melihat mata Nura yang berkaca. Menunggu masa untuk jatuh mengalir di pipi saja.

"Maaf. Saya balik dulu. Saya akan cari cara lain untuk bayar duit awak." Baru saja mahu melangkah, lengannya dilelar Faris. Mematikan langkah. Tanpa berpaling pada lelaki itu, dia diam mendengar bicara Faris.

"Saya bagi masa untuk awak fikir, Nura. Jangan sampai jadi apa-apa dengan awak sebab Syukri marah dengan apa yang saya buat. If that happen, saya akan pastikan awak ada dekat dengan saya. Saya takkan pernah lepaskan awak lagi." pesan Faris seraya meleraikan pegangan pada lengan Nura.

"Zach."

Seorang lelaki melangkah menghampiri mereka. Dia memang dari tadi berdiri tidak jauh dari mereka.

"Hantar Nura balik."

"Saya boleh balik sendiri." Nura melangkah ke pintu utama. Faris mengejar langkah gadis itu. Sekali lengan Nura dia paut. Terpusing Nura menghadapnya.

"No. Let Zach send you home. Kat sini teksi jarang masuk." kata Faris masih dengan suara yang lembut dan penuh kerisauan.

Nura mengemam bibir. Dia benci dengan situasi ini. 8 tahun Faris tinggalkan dia tanpa kata, bila jumpa balik.. Langsung tak ada kata maaf lelaki itu ungkapkan? Sebaliknya mengajak dia kahwin?! Lepas tu nak ambil kisah dengannya pula? Selama ni hidup dia tenang saja tanpa gangguan sesiapa pun!

Dia rentap lengannya kasar. Mata merenung tajam Faris didepan. Lelaki itu tenang berdiri di depannya.

"Lyn dah nak balik?" Suara tua Tengku Fauziah menyapa. Terus berubah wajah Nura yang tadinya tegang.

"Aunty.." dia tersenyum nipis.

Tengku Fauziah paut tangan Nura.

"Mama baru nak ajak Lyn makan malam sama-sama. Jom, bantu mama siapkan makanan kat dapur?" langsung tak faham dengan situasi sekarang, Tengku Fauziah tarik Nura ke dapur.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now