SELEPAS SATU masalah selesai, datang satu lagi pula masalah. Tengku Fauziah mengerling riak wajah anak sulungnya yang kelihatan kosong itu.
Kemudian dia pandang menantunya, Nura dan juga cucunya Adam. Anak beranak itu diarah Faris naik ke bilik.
"Abang."
"Naik, Nura. Abang taknak dia jumpa Nura dan Adam." arah Faris. Nura mengeluh perlahan sebelum mengajak Adam naik ke bilik. Masuk ke lif, sempat Faris tersenyum nipis pada si isteri sebelum pintu lif tertutup.
"Dia nak apa mama?" soalnya seraya menghampiri si ibu di tepi jendela.
"Tak tahu Ris. Tapi Pak Daud kata dia nak jumpa Faris."
Mata Faris tajam merenung wanita seusia mamanya, dan juga seorang lelaki sebaya adiknya Faeq itu.
"Suruh diorang masuk." katanya sebelum melangkah ke ruang tamu. Duduk dilabuhkan di sofa single seated. Tengku Fauziah menekan interkom, memberitahu Pak Daud untuk membuka pagar. Bagi tetamu mereka masuk.
"Siapa datang?" soal Fatima yang baru keluar dari bilik itu.
"Ex boyfriend kau dan mak dia." sempat lagi Faris mengusik dengan nada dan wajah serius. Fatima mencebik. Melihat tetamu yang melangkah masuk usai dipelawa mamanya, spontan dia menjeling.
Beg tangan di atas kabinet dia capai.
"Ima keluar kejap." pamitnya pada Faris seraya menyalam abang sulungnya itu.
"Hmm.. Hati-hati.." pesan Faris.
Fatima mengangguk. Dia salam Tengku Fauziah sebelum keluar dari rumah. Saat dia melewati sang tetamu, mata menjeling tajam lelaki yang berada disebelah mamanya itu.
Bukan sekali ini mereka bertemu, sewaktu majlis nikah Faeq dan Safiani lelaki itu juga ada datang. Namun dia tidak berapa nak layan bila si jejaka mahu membawa dia berbual.
"Jemput duduk, Sal. Haneef." pelawa Tengku Fauziah sebelum berlalu ke dapur.
Tengku Salmah teragak-agak. Tidak tahu mahu duduk di mana bila nampak Faris di situ. Haneef bawa mamanya duduk di two seated sofa.
Faris berbalas senyuman dengan Haneef. Dengan lelaki itu dia tiada masalah. Tapi dengan Tengku Salmah, masalah mereka masalah besar.
"Ada apa Tengku datang rumah saya?" soalnya dingin tanpa langsung memandang Tengku Salmah.
Haneef yang berada di sebelah mamanya itu hanya mendiamkan diri. Dia sebenarnya baru balik kerja tapi belum masuk rumah lagi, Tengku Salmah sudah ajak dia ke sini. Kelam kabut dia contact Faeq, bertanya kalau dia dan isterinya ada di rumah.
Mujur Faeq dan Safiani sudah balik ke condo. Jadi tak adalah Tengku Salmah bertemu dengan Safiani.
"A- Aunty nak minta maaf bagi pihak Sofia." ujarnya dengan mata sesekali memandang Faris.
Wajah dingin lelaki itu menakutkan dia. Tengku Fauziah datang menghidangkan kopi panas untuk tetamu. Usai menghidang, dia ke dapur semula. Tidak mahu masuk campur urusan anak sulungnya itu.
"Rasanya saya dah maklumkan pada Tengku yang saya hanya akan maafkan Sofia selepas dia dah keluar dari penjara." Secawan kopi dia capai dan di minum sedikit.
Sekadar membasahkan tekak. Bercakap dengan orang yang susah nak faham ni perlukan tekak yang basah dan bersedia.
Tengku Salmah mula menangis. Jujur dia rindukan anaknya Sofia yang kini sudah di penjara. Setiap hari dia pergi melawat anaknya itu, kerap kali itu jugalah Sofia menangis meminta dia memujuk Faris untuk membebaskan dia.
YOU ARE READING
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura Evelyn
RomanceBook 7 : TENGKU FARIS ZALEEQ & NURA EVELYN