𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 13 ❣️

4K 180 17
                                    

NURA terjaga bila terasa pinggangnya dirangkul erat dari belakang. Kehangatan tubuh sang suami yang memeluk dia itu sangat menyenangkan. Wangian maskulin, serta hembusan nafas yang menampar belakang tengkuknya buat Nura terbuai.

"Bangun sayang. Kita subuh sama-sama." suara serak basah Faris menyapa telinganya. Disertakan dengan kucupan hangat di pipi kirinya. Spontan Nura rasa wajahnya membahang dek perbuatan Faris yang selamba itu. Baru seminggu mereka nikah, baru kali ni juga Faris buat seperti ini.

Faris bangun dari baringnya. Comforter diselak sebelum dia turun dari katil. Melihat Nura bergerak sedikit, dia tersenyum. Tahulah yang isterinya sudah terjaga. Dia bangun dan masuk ke walk in closet. Kemudian keluar semula ke bilik air. Mahu mandi kemudian solat.

Nura rasa matanya berat. Mungkin bengkak disebabkan menangis semalam. Entah bila dia terlena. Rasa bersalah pula tidak dengar cerita Faris hingga habis.

Beberapa minit kemudian, Faris keluar dengan hanya bertuala di bahagian pinggang. Nura terus tarik comforter menutupi kepalanya. Enggan menyaksikan tubuh yang seksi itu. Sempat dia nampak six pack Faris, dada bidang lelaki itu serta biceps yang menyesakkan dada.

Seriously Nura? Sejak bila kau gatal ni?!

Faris langsung tidak sedar tingkah Nura yang mencuri pandang ke arahnya.

Parut. Ada beberapa kesan parut luka di tubuh suaminya. Kenapa? Apa yang jadi pada Faris sampai tubuhnya ada parut seperti itu?

Nura selak comforter dan duduk. Terkejut Faris dengan perbuatan Nura yang tiba-tiba. Dia ketika itu baru saja mahu masuk ke walk in closet.

"Kenapa dengan badan awak?"

"Hah?" Faris lihat badannya sendiri. "You means.. This scars?"

Nura mengangguk. Faris tersenyum.

"Ni mesti tak dengar cerita abang sampai habis, kan?" usik Faris.

Nura terus menjeling tajam. Dia bangun dan berjalan melintasi Faris yang berdiri di tepi pintu masuk ke closet mereka. Pakaian dia ambil sekali dengan tuala.

"Cepat mandi tu. Kita solat sama-sama." ujar Faris. Dia menghampiri almari pakaiannya.

"Awak dah wudhuk ke?" tanyanya sedang senyum sinis di bibir.

"Haah. Dah tadiii.. Nura!!" Jerit Faris bila Nura sengaja melanggar bahunya. Sempat isterinya itu menjelirkan lidah padanya sebelum masuk ke dalam bilik air.

Faris mengeluh sebelum dia tertawa kecil terkenangkan perangai Nura.

.

USAI SOLAT SUBUH, Nura terus  turun ke bawah. Sementara Faris pula sibuk sediakan pakaian kerjanya. Bila Nura mahu buat, suaminya tidak suruh. Nura tak banyak cakap terus saja keluar. Biarkan Faris buat halnya sendiri.

"Mama!" sapa Adam yang baru keluar dari bilik Faeq. Terus saja dia peluk pinggang mamanya.

"Hi anak mama. Good morning. Dah mandi ke ni? Hmm?" Nura tundukkan sedikit tubuhnya sebelum pipi kiri dan kanan anaknya di kucup sayang. Adam tertawa suka.

"Dah mama. Adam wangi kan?"

"Hurm.." Nura aca menghidu anaknya. "Wangi!"

Adam tersengih suka.

"Jom kita turun. Tolong nenek Mah buat sarapan." ajak Nura. Dia dan Adam berpegangan tangan turun ke bawah.

"Papa mana?"

"Tengah iron baju kerja dia sayang. Mama nak buat, tapi dia tak bagi. Jadi mama turun buat sarapan."

Adam tersenyum. "Adam tak sangka, papa hensem sangat. Patutlah Adam pun hensem."

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now