𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 15 ❣️

4.1K 170 11
                                    

BALIK SAJA dari shopping, Nura terus masuk ke bilik. Dia rasa pening dan penat. Selepas makan tadi, mereka singgah di kedai perabot. Mencari perabot untuk bilik Adam yang sudah siap di cat.

Bukan main teruja Adam memilih katil dan almari biliknya serta barang hiasan bilik yang lain. Nura turut sama memilih untuk anaknya. Lagi Adam menjerit teruja bila nampak katil untuk budak lelaki yang bertemakan Lightning McQueen. Nura dan Faris hanya mampu tertawa dengan gelagat anak mereka.

Entah bila Nura terlena, dia terjaga saat pipinya disentuh dengan sesuatu yang hangat. Celik mata, wajah anaknya Adam menyapa.

"Adam?"

"Papa suruh Adam temankan mama. Sebab papa ada kerja." Adam masuk dalam comforter. Tubuh Nura dia peluk. Nura tersenyum. Dia balas pelukan anaknya.

"Dah lama ke Adam tunggu mama bangun?"

"Baru je. Papa kiss mama dulu tadi sebelum keluar."

Nura terdiam. Dia ingatkan Adam yang cium pipinya tadi. Rupanya Faris.

"Adam mengantuk."

"Okay sayang.. Tidurlah." Ubun-ubun anaknya dia kucup sebelum dia turut menyambung tidur. Penat berjalan shopping dengan Faris dan anak lelakinya.

"JADI SYUKRI dah selamat dikebumikan la?" Zachary mengangguk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"JADI SYUKRI dah selamat dikebumikan la?" Zachary mengangguk. Baru saja tadi mereka dapat panggilan dari orang Zachary di kampung lama Nura. Bahawa Syukri sudah meninggal dunia sebab HIV. Selepas mereka belasah Syukri tempoh hari, lelaki itu mereka lepaskan.

Tak sangka Syukri balik ke kampung kemudian disahkan kena jangkitan HIV. Dia meninggal di sisi mak saudaranya, Hajah Nailah kerana Syukri sudah tidak ada mak ayah. Dia juga anak tunggal. Jadi sejak kehilangan orang tuanya, Hajah Nailah la yang menjaganya.

"Saya juga dapat info yang.. Ayah Puan Nura, sakit."

"Haji Ekram?"

Zachary mengangguk. "Selepas balik dari menghadiri majlis nikah tuan dan puan, Haji Ekram bergaduh teruk dengan Hajah Nailah. Sampai hampir kena serangan jantung. Tapi tak lama juga dia kat hospital. Dah sihat, dia keluar. Sekarang tinggal sendiri kat rumah tanpa Hajah Nailah."

"Mana perginya Hajah Nailah?"

"Lepas Syukri meninggal, Hajah Nailah minta cerai dengan Haji Ekram. Sekarang dia tinggal di rumah lamanya semula. Kadang-kadang saja dia datang menjenguk Haji Ekram. Mungkin risaukan bekas suami dia." Nika pula bersuara.

Faris mengangguk kecil. Keluhan kecil lepas dari bibirnya.

"Nanti aku bawa Nura balik kampung. Tak elok kalau tak jenguk abah dia tengah tak sihat tu."

"Elok juga macam tu." sokong Nika dan Zachary.

.

SELEPAS berbincang dengan orang kanan kirinya, Faris melangkah longlai naik ke bilik. Penat! Sekarang sudah pukul 11 malam. Confirm anak bininya sudah tidur. Tadi dia ke rumah bodyguardnya di sebelah rumah agam. Tempat tinggal Zachary, Nika, Evan serta pekerja yang lain.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now