𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 6 ❣️

3.5K 172 15
                                    

FARIS berdiri di depan rumah sewa Nura sementara Zachary dan Nika di luar pagar rumah. Nura pula di dalam, mengemas barangnya. Mujur ketika mereka sampai di sini, Elena tiada.

"Dah ke?" tanya Faris yang berdiri di muka pintu. Nura ketika itu sedang menarik keluar bagasi dari dalam biliknya.

"Dah." balasnya pendek.

Faris melangkah masuk dan tarik dua bagasi milik Nura keluar dari rumah. Kelam kabut Zachary dan Nika mendekati bos mereka dan ambil bagasi tersebut.

Faris hanya tertawa kecil dengan gelagat orang kanan kirinya itu. Dia kemudian berpaling memandang Nura yang berdiri di pintu rumah. Lama Nura berdiri di situ, membelakangkan dia. Entah apa yang gadis itu fikirkan.

"Nura." kedua tangan masuk dalam kocek seluar slacknya.

Nura menoleh.

"We need to go now."

Pintu Nura tarik ada tutup. Kemudian grill pula dia kunci. Kunci dia tinggalkan di dalam pasu bunga buat Elena nanti. Itupun kalau Elena balik. Kerana kata Faris, Elena sudah melarikan diri dari sini.

.

DALAM perjalanan ke rumah Faris, Nura tak berhenti berfikir. Betulkah apa yang dia buat ni? Kahwin dengan Faris? Lelaki yang pernah kecewakan, dan tinggalkan dia tanpa kata itu? Terus lenyap, biarkan dia terkontang kanting cuba untuk hidup sendiri selepas di halau dari rumah.

Nura raup wajahnya. Tak sedar yang Faris sedang perhatikan dia.

"Berat sangat masalah awak tu Nura. Nak share tak? I'm a good listener." ujar Faris, seraya memusing stereng ke kanan.

Dan, gaya itu nampak sangat menarik di mata Nura. Cepat-cepat dia alihkan pandangan. Akal melarang tapi dia..

Perlahan-lahan, mata mula melirik ke tubuh kekar itu. Faris segak dalam persalinan slack hitam dan kemeja putih yang lengannya dilipat hingga ke siku. Menampakkan lengannya yang kekar itu.

Menyedari kelakuan sendiri, Nura berdehem.

"Diamlah. Jangan nak sibuk dengan hal saya." balas Nura. Peluk tubuh, dia sandarkan tubuh dan lemparkan pandangan ke luar kereta.

Faris macam biasa, hanya tersenyum nipis. Walaupun dalam hati, dia terasa. Niatnya hanya mahu ringankan beban yang ada dalam kepala Nura sekarang kerana gadis itu kelihatan kusut dan serabut.

"Saya nak awak biasakan diri dengan saya, Nura. Kita ni akan kahwin hujung bulan nanti, bukankah husband and wife tu kena share masalah dan tak ada rahsia?"

"Tu pasangan yang tengah hangat bercinta. Kita? Tak kan? Kita kahwin sebab tu saja cara untuk saya bayar 'hutang' saya dengan awak. So.. No way. Saya tak rela nak share hal saya dengan awak. Kalau dah kahwin pun, buat hal sendiri." balas Nura.

"Tapi kita dulu pun tengah hangat bercinta juga." gumamnya perlahan, tapi Nura tetap dengar.

"Tu dulu, Faris. After you left me without words, saya dah matikan rasa tu. Jangan harap saya nak buka hati saya tu balik untuk awak." Nura keluar dari kereta usai Faris berhentikan Chevrolet Camaronya di tempat letak kereta.

Kereta milik Zachary baru saja memasuki perkarangan rumah ketika Nura masuk ke dalam rumah.

Lama Faris duduk di dalam kereta. Kata-kata Nura tadi buat hatinya sakit. Bagai disiat-siat. Dia sedar apa yang sudah dia lakukan pada Nura dulu. Terpaksa tinggalkan perempuan yang dia cintai tanpa kata putus. Semuanya berlaku terlalu cepat.

Seperti Nura, dia juga sudah lama menutup pintu hatinya daripada menerima mana-mana perempuan kerana bagi dia, hanya Nura yang akan mengisi kekosongan dalam hatinya. Sejak dia terkenal, ramai yang mahu masuk jarum. Tapi dia tak pernah sedikit pun melayan mereka.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now