𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 27 ❣️

3.2K 166 35
                                    

"EL?" Serentak Elena menoleh ke arah lain. Jantungnya berdebar hebat. Tak tenang. Tangan mengepal penumpuk.

"Kau kenal ke kak?" tanya Nura bila lelaki berpakaian chef itu menyebut nama kakaknya. Berkerut keningnya. Dia pandang lelaki itu kemudian pandang kakak kembarnya semula

'Kenapa dia boleh ada kat sini?'

"El? Kau okay ke?" soal Nura bila Elena kelihatan gelisah kerana kehadiran lelaki itu.

"Aku masuk dulu la. Aku penat." katanya pada Nura. Nura mengangguk faham. Lagipula masa melawat sudah hampir tamat.

Elena bangun dari duduknya. Berpeluk mesra dengan Nura sebelum dia berlalu pergi dari situ. Balik ke bilik penjaranya. Nura hanya menghantar pemergian kembarnya itu dengan pandangan sayu.

Nurin Elena yang dulunya cantik bergaya, kini kelihatan kurus dan pucat dalam baju banduannya. Dalam hati berdoa semoga Elena kuat menghadap ujian yang akan datang.

"Kau kenal Elena?" tanya Faris.

Lelaki itu mengangguk. Dia kemudian tersenyum saat Elena bergerak pergi dari situ. Dia faham. Tentu gadis itu masih marahkan dia. Tapi..

'Kenapa Elena pakai baju banduan?'

Dadanya serang rasa risau. Bimbangkan si gadis yang kelihatan sangat berbeza dengan Elena yang dulu.

"Elena tu kembar isteri aku.." Faris bangun dari duduknya. Nura dia gamit datang dekat. Mahu dikenalkan dengan lelaki itu. Nura tersenyum.

"Sayang, kenalkan ini Hafeez Shariq. Erm.." Faris garu tepi keningnya. Dia pandang Nura dan Hafeez silih berganti. "Dia abang sulung Sofia."

Spontan senyuman Nura lesap.

"What?! Abang sulung Sofia?" tajam dia memandang Hafeez.

"Ni isteri aku, Nura Evelyn." kata Faris. Tangan Nura dia tarik tapi laju si isteri merentap tangannya.

"Look sayang, Hafeez pun tak suka dengan apa yang Sofia buat.."

"Well kalau dia tak tahu, kita kenalah bagitahu. Encik Hafeez Shariq, awak tahu tak apa yang adik awak dah buat dekat saya dan suami saya?" Nura berpeluk tubuh.

Hafeez yang tinggi di hadapannya itu dia pandang dengan berani.

"Err.. Sorry cik Nura. Saya tak ada masa nak ambil tahu apa yang adik saya dah buat kat awak dan suami awak but let me apologise on her behalf.."

Nura mendengus kasar.

"Awak, sebagai abang SULUNG kena ambil kisah dengan apa yang adik adik awak buat. Tak ada masa? Go to hell with that! Sebab ni la Sofia suka cari pasal dengan orang lain. Rupanya adik beradik dia sendiri tak ambil kisah tentang dia." marah Nura.

Ketiga-tiga lelaki itu terdiam.

"Saya pun ada abang. And I as his little sister, nak sangat abang saya beri perhatian kat saya. Awak nak tahu apa yang saya buat supaya saya dapat perhatian dia? I hurt myself."

"Kesian Sofia. Ada abang yang tak guna macam awak. Adik awak cari pasal kat orang supaya abang-abang dia beri perhatian kat dia. But look at what you do. Tak ada masa nak ambil kisah?" Nura tergelak kecil.

"Now awak ambil fon awak, call dia. Ask if she's alright. And if she need psychiatric help. Awak sebenarnya ada masa, cuma malas nak spend untuk adik awak. Am I right?"

Gulp.

Hafeez telan liur. Boleh tahan ganasnya isteri Faris ni..

"Now." arah Nura. Dah macam mak-mak mengarah anak.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now