NURA peluk tubuh. "Takkanlah nak bawa Adam balik rumah awak? Apa kata mama-."
"Mama tahu. Umi pun tahu. Umi ada kat rumah kita sekarang." potong Faris. "Tak sabar nak jumpa Adam." Faris tayang senyum. Tapi Nura balas dengan pandangan dingin.
Ketika Nura lena, dia beritahu Tengku Fauziah tentang Adam. Laju saja mamanya itu minta Faris bawa Adam balik. Cucu sulung katanya. Begitu juga dengan Puan Nadia yang mereka telefon.
Keluar saja dari bilik air, kelibat Nura sudah tiada di bilik. Dengan pantas Faris bersiap. Sempat dia solat terlebih dahulu sebelum keluar dari rumah. Dapat saja panggilan dari Zachary dan location, dia pecut ke sini dengan Nika.
"Umi pun tahu?"
Faris mengangguk. Kemudian dia tersenyum manis. "Adam macam muka saya waktu kecil. Comel sangat."
Nura duduk semula ditempatnya.
"Naik bakul angkat sendiri nampak?" perli Nura. Faris hanya tersengih. Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Lesung pipitnya itu la yang paling mahal. Hanya seorang Nura Evelyn saja yang boleh tengok.
"Sayang." panggil Faris seraya melabuhkan duduk tepat disebelah isterinya. Namun Nura hanya buat derk. Dia minum kopi yang Icah buat tadi.
"Sayang." panggil Faris sekali pakej menguis lengan Nura.
Nura kerutkan dahi. Tayang muka tak senang hati pada Faris.
"Siapa sayang awak?"
"Nura Evelyn dan Adam Zaeq."
Nura telan liur. Macam mana Faris boleh tahu nama penuh anak mereka?
"Abang minta tolong kawan abang cari tentang Adam masa sayang tidur tadi. Tak sangkakan.. Orang yang tolong sayang carikan rumah sewa, dan kerja tu.. Makcik kepada Ian?"
"What do you mean, Faris?"
Faris tersenyum.
"Sayang kenal Puan Kamaria?"
Perlahan Nura anggukkan kepalanya dengan pandangan penuh tanda tanya pada Faris.
"Dia tolong carikan saya rumah sewa, dan tempat kerja kat.. Syarikat Tuan Ian.."
Faris senyum penuh makna. Dia capai tangan Nura dan genggam erat. "Masa abang tinggalkan sayang dulu. Abang ada minta tolong seseorang untuk bantu sayang."
Nura telan liur.
"Rupanya dia makcik pada Ian Benjamin, bekas bos sayang. Dia juga yang minta tolong Ian bagi sayang kerja kat syarikat dia. At first, Ian tolak. Tapi Puan tu ada minta sijil dan resume sayang kan? Lepas tengok semua tu baru Ian terima sayang kerja kat sana."
"Awak saja nak cerita kebaikan yang awak dah buat dengan awak ke? Nakkan ucapan terima kasih dari saya? Okay fine, Tengku Faris Zaleeq. Terima kasih sebab dah 'tolong' saya." Nura mahu bangun tapi Faris halang.
"Abang tak cakap macam tu, sayang. Please jangan salah faham. Abang.. Abang cuma nak tolong sayang sebab risaukan sayang." Faris mengeluh perlahan.
"Nanti abang sambung cerita bila kita dah sampai rumah, Adam dah siap tu. Jom balik." Faris bangun dan menghampiri Adam yang sudah siap dengan beg pakaiannya. Tersenyum terus anak sulungnya itu.
Macam dia juga.
Nura turut bangun dari duduknya dan melangkah menghampiri anak dan bapa itu. Sempat dia berpelukan dengan Vivi dan Icah. Adam pula melambaikan tangan pada kanak-kanak yang membesar sama-sama dengannya.
Faris gapai tangan Nura, disulamkan jari jemari mereka. Nak saja Nura tepis tapi bila teringat Adam yang ada di situ, dia biarkan. Sebelah tangan Faris pula pegang tangan kecil Adam. Mereka bersama-sama melangkah keluar dari situ. Zachary pula membawa beg pakaian milik Adam.
YOU ARE READING
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura Evelyn
RomanceBook 7 : TENGKU FARIS ZALEEQ & NURA EVELYN