USAPAN lembut di kepala buat dia terjaga. Sakit di belakang kepalanya masih terasa. Berkerut wajah menahan sakit. Bibir pun rasa sakit, mungkin luka. Badannya pula lenguh.
"Umi.." serta merta wajah Puan Nadia bermain di fikiran. Dia rindu..
"Lyn? Dah sedar anak mama. Kejap ya, mama panggil doktor." kedengaran suara Tengku Fauziah di sebelahnya.
Mata Nura berkelip lemah, dia nampak Tengku Fauziah keluar dari bilik. Kemudian datang semula dengan seorang wanita.
Selepas diperiksa, doktor tersebut meminta diri untuk keluar. Nura pula sambung lelapnya. Mungkin kesan ubat yang diberi buat dia mengantuk. Tengku Fauziah setia duduk di sisi gadis itu.
Betapa terkejutnya dia bila Faris muncul dengan mencempung tubuh Nura ketika dia buka pintu rumah tadi. Hampir putus nafas melihat keadaan Nura.
Dengan kaki yang kotor tak berkasut, baju koyak dan juga tudungnya entah ke mana. Namun bahagian kepala Nura, Faris tutup dengan jacket kulitnya. Anaknya meminta dia menelefon doktor peribadi keluarga mereka.
Kelam kabut Tengku Fauziah call Dr Jane. Tak sampai 10 minit doktor itu sampai, Faris pula keluar entah ke mana. Langsung tak menjelaskan apa pun pada dia.
Wajah Nura yang lebam dan ada luka sedikit di bahagian bibir itu dia pandang penuh sayu. Kasihnya pada Nura tak pernah pudar. Sejak Faris bawa gadis ini bertemu mereka sekeluarga, semua auto jatuh hati. Senang dengan perwatakan seorang Nura Evelyn.
.
"Macam mana dengan Nura, Dr Jane?" tanya Faris yang baru sampai di rumah. Belakangnya ada Zachary dan seorang lagi lelaki.
Jaket kulit di tubuh dia tanggalkan lalu diletakkan di kepala sofa. Tangan naik mencekak pinggang.
"Luka saya dah cuci dan sapukan ubat. Mujur pukulan kat kepala dia tu tak kuat sangat hingga tinggalkan kesan yang buruk. She's fine. Dah bagi minum ubat tadi. Sekarang tengah tidur." balas Dr Jane.
"Mama?"
"Ada kat bilik. Temankan cik Nura."
"Terima kasih, Dr. Nanti Zach hantar Dr balik."
"Eh tak payah. Saya drive sendiri datang sini." tolak Dr Jane perlahan. Dia kemudian meminta diri untuk balik. Tanpa tunggu lama, Faris naik ke tingkat atas. Zachary pula menghantar Dr Jane ke luar rumah.
"Aku hairan la kenapa Faris tak bagi aku bunuh budak tu tadi?" lelaki lain yang bersama dengan Faris dan Zachary tadi bersuara. Dia peluk tubuh, sandarkan tubuh tegapnya ke frame pintu utama.
"I guess dia mahu matikan budak tu perlahan-lahan." balas Zachary.
"Mujur kita sampai tepat pada masanya kan? Tapi keadaan perempuan tadi tu agak teruk juga."
"Sebab tu la teruk juga balasan budak tu Faris bagi, Nika. He dare to touch Faris's." Zachary tersenyum sinis.
Teringat cara Faris membelasah Syukri tadi selepas mereka dapat selamatkan Nura. Langsung tak ada belas kasihan.
Mereka dapat selamatkan Nura ketika Nura hampir di culik oleh Syukri. Sikit lagi gadis itu di bawa masuk ke dalam van yang Syukri tunggu sampai ke rumah sewa Nura.
Faris sampai dulu dengan motorbikenya, dengan Zachary dan Nika di belakang menaiki kereta. Dengan pantas Faris tanggalkan helmet di kepala dan gunakan helmet tersebut untuk membelasah beberapa orang Syukri di situ yang menyedari kehadirannya. Tendang, tumbuk, memukul serta membelasah seseorang itu sudah sebati dengan hidup Faris.
Zachary dan Nika turut membantu. Mungkin kerana bising, penduduk di situ mula keluar dari rumah. Melihat apa yang jadi. Sedang dua orangnya itu sibuk dengan orang-orang Syukri, dia ambil kesempatan untuk cempung Nura keluar dari van.
YOU ARE READING
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura Evelyn
RomanceBook 7 : TENGKU FARIS ZALEEQ & NURA EVELYN