𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 40 ❣️(END)

6.2K 197 28
                                    

PANG!!

Terteleng kepala Daiyan akibat tamparan si ayah. Nazeef pejam mata, Puan Nadia menekup mulut. Air mata mengalir di pipi. Tak sangka yang Daiyan akan bertindak jauh hanya kerana cemburukan Fatima.

"Babah tak pernah ajar kamu macam tu, Daiyan! Kamu dah malukan babah!" marah Tuan Damir. Daiyan sentuh pipi. Air mata jatuh membasahi pipinya.

"Daiyan janji Daiyan takkan buat lagi babah. Maafkan Daiyan.." Rayu Daiyan seraya melutut di hadapan Tuan Damir. Lutut ayahnya dia peluk. Menangis teresak-esak tanpa pedulikan Puan Nadia dan Nazeef.

"Daiyan akan ikut cakap babah. Daiyan akan pergi jauh dari sini kalau itu yang babah mahukan.."

Tangisan Daiyan makin kuat bila Tuan Damir meleraikan pelukan pada lutut ayahnya itu sebelum Tuan Damir berlalu masuk ke bilik. Puan Nadia menghampiri Daiyan lalu memeluk anak tirinya itu.

"Maafkan Daiyan, umi.." rayu Daiyan.

"Sshh.. Sudahlah sayang. Mungkin babah masih terkejut Yan. In sha Allah esok lusa babah oklah tu.." pujuk Puan Nadia.

Nazeef hanya memerhati. Rasa kasihan dengan si adik tiri namun dalam masa yang sama dia risaukan Fatima. Adakah gadis itu baik-baik saja? Siapa yang selamatkan Fatima?

.

PAGI ITU, rumah Tuan Damir dikejutkan dengan ketiadaan Daiyan di dalam bilik. Tapi pakaian gadis itu masih ada di dalam almari. Barang lain juga.

Puan Nadia mengeluh kecil sambil mengemas bilik Daiyan. Tuan Damir pula hanya diam. Dia dan Nazeef berdiri di depan bilik Daiyan yang terbuka luas.

Nazeef mengerling si ayah tiri. Malam tadi dia dengar Daiyan menangis hampir sejam sebelum suasana senyap. Mungkin gadis itu tertidur kerana penat menangis.

Dia melangkah masuk. Ada nota kecil di atas meja solek menyapa matanya lalu menarik dia menghampiri. Nota itu dia baca.

"Kalau kepergian Daiyan ni mampu memaafkan kesalahan Daiyan, izinkan Daiyan pergi untuk selamanya. Babah, Daiyan sayang babah. Umi, dan abang Nazeef. Maafkan Daiyan." Nazeef berikan nota itu pada Tuan Damir sebelum keluar dari bilik.

Puan Nadia sudah menangis teresak-esak mendengar isi nota yang Daiyan tinggalkan. Kasihan anak tirinya itu. Ke mana la Daiyan pergi?

Dompet, telefon dan barang yang lain juga Daiyan tidak bawa sekali. Hanya kad pengenalannya saja yang tiada di situ.

.

KELUAR DARI teksi, dia terus melangkah menuju ke bangunan berwarna biru putih itu. Walaupun takut, tapi dia tetap teruskan juga. Demi sebuah kemaafan. Kerana terlalu ikutkan perasaan, dia hampir jadi pembunuh.

"Yan harap babah akan maafkan Yan.." katanya sendiri dalam nada yang perlahan. Air mata sudah kering. Dia sudah puas menangis semalam sampai dia buat keputusan untuk menyerah diri ke balai polis. Dengan harapan, Tuan Damir akan memaafkan dia.

 Dengan harapan, Tuan Damir akan memaafkan dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now