𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 4 ❣️(TW)

4K 160 12
                                    

PAGI ITU, Faris berkeras mahu menghantar Nura ke pejabat. Katanya Nura akan selamat bila dengan dia.

Tengku Fauziah meminjamkan Nura baju kurung milik anak perempuannya untuk gadis itu gunakan ke pejabat kerana dia tidur tanpa bawa baju lebih di sini.

Nura peluk tubuh. Sesekali dia mengerling lelaki di sebelahnya. Dia dan Faris duduk di belakang sementara Zachary pula jadi pemandu.

Tadi dia mahu duduk di depan tapi laju saja Faris menolaknya masuk duduk di belakang. Geram! Kata Faris dia akan selamat bila ada dengan lelaki itu, tapi sekarang dia yang rasa tak selamat ada dengan Faris.

Faris yang sedang sibuk dengan ipadnya itu Nura jeling sekilas. Tersenyum je. Tak penat ke bibir tu? Entah apa yang dia gembirakan sangat sampai tersenyum macam tu.

Sementara Faris pula, dia perasan yang Nura balik-balik menjelingnya kemudian memuncung, terkumat kamit mungkin tengah membebel kan dia. Tak puas hati la tu. Apa taknya, Nura mahu naik teksi tapi dia berkeras mahu hantar gadis itu pergi kerja. Lagipun dia ada urusan dengan Ian.

Bibirnya tarik senyum senget.

"Err Zach, boleh tak turunkan saya kat sini?" tanyanya pada Zachary.

"Kenapa? Pejabat dah dekat kan?" Faris bersuara.

Nura menjelingnya. "Saya tak nak orang nampak saya dengan awak. Entah apa yang akan orang cakap nanti."

Faris senyum. Dia angguk kepala, bagi isyarat pada Zachary supaya berhentikan kereta. Nura keluar dari kereta. Sempat dia ucapkan terima kasih pada Zachary sebelum menutup pintu. Faris tercengang.

"Nura say thank you kat kau, bukan dengan aku." katanya pada Zachary, tak puas hati.

Zachary hanya tertawa kecil.

.

NURA masuk ke kantin syarikat untuk membeli makan tengaharinya. Mahu beli di restoran berdekatan, agak mahal untuk B40 macam dia. Di kantin ni murah sebab pekerja. Kadang ada diskaun haha.

"Semuanya rm5.50 ya." kata makcik yang menjaga kaunter itu. Nura mengangguk faham. Dia mencari si dompet di dalam beg tangan. Beg tangan perempuan memang banyak harta karun di dalam kan? Takkan la tinggal?

Tengah sibuk mencari dompet dalam beg, ada tangan lain membayar.

"Saya bayar untuk dia ya makcik, baki simpan."

Nura mendongak memandang siapa yang baik hati bayarkan makanannya itu. Terpadam senyuman.

Faris tayang sengih kacaknya. Tangan menghulur beg plastik berisi bekas makanan yang Nura beli.

Dengan muka tak puas hati, Nura sambut huluran itu lalu melangkah pergi.

"Kenapa tak makan kat sini?" tanya Faris ketika menyaingi langkah Nura.

"Kenapa sibuk sangat dengan hal orang?" Nura menekan punat lif untuk naik ke atas.

Faris masukkan tangan dalam poket, tubuh direndahkan sedikit. Dia berdiri di sebelah Nura.

"Sibukkan hal bakal isteri, salah ke?" bisik Faris. Spontan Nura menjarakkan diri. Tayang muka tak suka dengan kelakuan lelaki itu.

"Hah. Bakal isteri, my foot." Nura melangkah masuk ke dalam lif. Begitu juga Faris. Zachary entah di mana. Biasa ada saja di sisi Faris.

Faris macam biasa. Tersenyum saja.

"Nak tak nak, awak tetap akan kahwin dengan saya.. Nura Evelyn."

"Dalam mimpi je la, Tengku." balas Nura.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now