𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 1 ❣️

5.7K 177 8
                                    

"NAMA lelaki itu Ian Benjamin, cik Elena." beritahu seorang lelaki yang berdiri di luar keretanya. "Dia CEO syarikat tempat adik cik kerja."

"What? CEO tempat Nura kerja?"

"Betul cik."

Elena tersenyum. Sinis. Timbul idea di kepalanya. Lepas membayar orang dia upah untuk siasat lelaki yang sudah memiliki hatinya itu, Elena memandu balik ke rumah.

Nura sedang berbuka puasa ketika Elena sampai di rumah. Masuk saja, kakak kembarnya itu terus menghampiri dia.

"Bagi aku nombor phone bos kau."

Nura kerutkan kening. "Bos aku? Kau nak buat apa?" Dia sambung suap nasi ke dalam mulut. Dia tapau nasi goreng ayam saja sebelum balik kerja. Nak cepat sampai di rumah sebelum waktu berbuka.

"Aku minta tu bagi je la. Susah sangat ke?!" marah Elena.

"Bos aku, suka hati aku la nak bagi atau tak. Lagipun bos aku tu dah kahwin. Kau jangan nak jadi penyondol pula!" lawan Nura.

"Eh kau kalau taknak aku jual kau kat ah long, better kau bagi aku." ugut Elena.

"Kau dah gila ke El?!" Nura cuci tangan dalam mangkuk kecil berisi air. Hilang seleranya makan. Dia berdiri dari duduk, menghadap Elena.

"Memang aku dah gila! Gilakan bos kau! Sekarang kau bagi aku phone number dia! Kalau tak aku call ah long tempat aku pinjam duit tu untuk beli kau. Sekaligus hutang aku dengan dia terbayar sebab kau masih dara."

"Habis kau? Dah tak ada dara ke?" balasnya.

Elena mengetap rahang. Kerana geram dengan perangai Nura, dia berlalu ke pintu rumah yang masih terbuka. Tidak lama kemudian, masuk dua orang lelaki berbadan tegap dan berbaju hitam. Nura telan liur berkali-kali.

"Kau nak buat apa ni El?" tanyanya sedikit gagap. Dia takut! Serta merta memori gelapnya bermain di mata.

Ya Allah, bantu hamba Mu ini.

Elena peluk tubuh dan senyum sinis. "Aku dah kata tadi kan? Kalau kau tak nak bagi aku phone number dia.. Aku akan jual kau dengan Kevin. Dua orang lelaki ni orang dia."

"Takkanlah sebab aku tak bagi je kau terus nak jual aku? Aku ni adik kau, El!" bergetar satu tubuh Nura melihat dua orang lelaki itu kerana dia yakin yang dia takkan dapat melawan mereka kalau terjadi apa-apa.

"Kau nak bagi ke tak nak?!" ugut Elena.

Nura mengemam bibir sebelum mengangguk perlahan. Elena memberi isyarat pada dua orang lelaki tadi untuk keluar dan mereka menurut. Nura capai telefonnya dan menghantar contact bosnya pada kembarnya itu melalu whatsapp.

"Malam ni aku tak balik." Elena memasukkan telefonnya ke dalam handbag.

"Kau nak pergi mana? Kau dah buka puasa ke?" walaupun hampir setiap hari dia dan Elena bergaduh, tapi mereka tetap pasangan kembar yang memerlukan dan ambil berat antara satu sama lain. "Esok raya, El. Jangan tak balik." pesannya.

"Bukan urusan kau." Elena keluar dari rumah.

Nura jatuh terduduk di atas kerusi. Lemah lututnya kerana ketakutan. Namun bila melihat pintu rumah belum di tutup, laju dia berlari dan menutup serta kunci rumah sewanya. Tangan yang masih menggigil dia genggam erat. Cuba untuk meredakan rasa takutnya.

 Cuba untuk meredakan rasa takutnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now