𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 38 ❣️

3.5K 155 9
                                    

FARIS mengeluh perlahan mendengar bicara Danisha disebelah sana. Usai selesai meeting tadi, dia dapat panggilan dari wanita itu. Ingatkan hal kecemasan, rupanya mahu menyampaikan berita Kayla mahu resign dari team mereka.

Reason Kayla sangat simple, dia mahu jadi orang biasa. Dia mahu berubah. Faris ucap syukur dengan keputusan Kayla dan menerima peletakan jawatan itu. Walaupun tidak sampai setahun lagi Kayla menyertai team mereka, tapi wanita itu sudah buat banyak kerja. Hadap pelbagai misi dan kecederaan.

Mungkin sudah sampai masanya untuk Kayla berhenti.

"I'm really sorry, Ris. Sepatutnya Kayla sampaikan benda ni dengan kau sendiri. Tapi dia minta tolong dengan aku sebab dia taknak sesiapa tahu tentang peletakan jawatan dia ni kecuali kau dan aku."

"It's okay. Aku dah lama doa dia berubah. Bila dia buat keputusan macam ni, aku jadi lega. So Kayla-." Terhenti bicara Faris bila pintu pejabatnya dibuka Zachary selepas diketuk tadi.

"Nanti aku call kau balik." Faris menamatkan panggilan. Selang seminit, dia dapat mesej dari Danisha.

Aku rasa Kayla berhenti sebab Zach. You know her feelings for him, right? You better don't tell Zach about this if he's asking about her. Let Kayla find her happiness.

"Aku dengar nama Kayla tadi, kenapa?" soal Zachary seraya meletakkan fail yang Faris minta tadi di atas meja.

"Danisha cakap pasal Kayla. Kau tahulah betapa carenya Danisha kat Kayla tu." kata Faris tanpa memandang Zachary. Padahal dia sudah terima peletakkan jawatan gadis itu.

Salah satu fail dia capai dan belek dokumen di dalam.

"Oh.. Lunch nanti kau balik penthouse?"

Faris mengangguk.

"Nura suruh balik lunch dengan dia, Adam dan Isha." Barulah Faris tersenyum gembira bila mengingati isteri dan anak-anaknya itu. Isha kini sudah 5 bulan. Maksudnya dah 5 bulan berlalu selepas isterinya melahirkan anak kedua mereka, Nur Farisha.

"Emm ni yang call kau tadi Danisha kan?"

Faris mengangguk.

"Dia cakap apa pasal Kayla?"

"Kenapa kau nak tahu?"

Zachary diam sejenak sebelum menggeleng perlahan.

"Aku tanya je. Dah 5 bulan aku tak dapat nak contact dia lepas hantar dia ke airport. Entah sampai ke tidak dia ke Milan tu." Zachary labuhkan duduk di sofa.

"Kesah pula kau ek dengan Kayla. Risaukan dia ke?" Faris menyelak kertas dokumen depan mata usai membaca isi dalamnya. Sesekali tangan membetulkan cermin mata sebelum tangan sibuk menurunkan tanda tangan.

"Jangan risau. Kayla boleh jaga diri dia sendiri. Sebelum join kita, Kayla dah dilatih oleh atuk dia untuk jadi orang yang kuat." Faris mengeluh kecil. "Kayla tu kan Zach, dah banyak menderita. Tak cukup dirogol oleh atuk sendiri, anak yang dia kandung pula kena bunuh. Mak dia pula meninggal tanpa sempat dia jumpa untuk kali terakhir."

Zachary hanya diam mendengar cerita Faris tentang Kayla itu. Cerita tentang Kayla yang baru dia tahu.

"I really hope Kayla find her own happiness after all the hardships." Faris tersenyum nipis.

Sungguh dia doakan kebahagiaan Kayla selepas Kayla memilih untuk berhenti.

Sungguh dia doakan kebahagiaan Kayla selepas Kayla memilih untuk berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now