𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 19 ❣️

3.6K 168 11
                                    

ADAM tersenyum gembira bila mama dan papanya akan hantar dia ke sekolah hari ini. Tengku Fauziah pula bekalkan dia nasi goreng ayam untuk dia makan di sekolah nanti.

Masuk dalam kereta. Dia duduk di tempat duduk belakang.

"Tak sabar nak sekolah." Nura tersenyum mendengar bicara si anak. Dia memakai seatbelt. Faris pula sibuk pasangkan seatbelt si anak. Hari ini mereka naik kereta perodua Ativa milik Nura. Hadiah dari Faris. Itu kereta yang dia sudah lama mahu beli.

"Are you ready, Adam Zaeq?" tanya Faris.

"Ready papa!" balas Adam. Faris memulakan pemanduannya. Seperti biasa, kereta salah seorang orangnya akan mengekor di belakang. Evan, yang di tugaskan untuk jaga Adam.

Perjalanan menuju ke sekolah Adam ambil masa 20 minit saja dari kawasan rumah mereka. Faris membelokkan kereta masuk ke kawasan sekolah. Kereta di berhentikan di dalam petak parking sebelum dia melangkah keluar. Adam lepaskan seatbelt. Dia berdiri untuk menyalam Nura. Sempat Nura mengucup kedua pipi gebu anaknya itu.

"Belajar sungguh-sungguh ya sayang." pesannya.

"In Sha Allah, mama." Adam turun dari kereta. Papanya sudah bukakan pintu. Faris yang menghantar dia ke kelas. Langkah dua beranak itu di ekor Evan. Atas kebenaran pihak sekolah, Evan dibolehkan untuk menjaga Adam sampai di luar kelas saja.

Faham dengan status papa Adam iaitu Faris Zaleeq yang merupakan businessman terkenal, confirm akan ramai musuh juga. Tambahan pula guru besar sekolah rendah ini adalah sahabat lama Tuan Damir.

"Ya Allah.. Engkau lindungilah anak ku dari perkara yang buruk. Berikanlah dia kemudahan dalam belajar ilmu Mu." doa Nura.

.

"SAYANG okay ke balik sendiri?" tanya Faris. Nura sudah duduk di tempat memandu. Dia yang akan hantar Faris ke airport hari ini. Nika dan Zachary sudah menunggu di sana.

"Ya abang. Jangan risau." Nura pasang seatbelt. Begitu juga Faris. Dia memulakan pemanduannya keluar dari kawasan sekolah.

Faris tersenyum. Gembira bila Nura memilih untuk menghantar dia ke airport. Dia akan ke Italy atas urusan kerja selain kerja pejabatnya. Ya. Dia ada kerja lain selain kerja sebagai businessman. Dan kerja yang itu hanya diketahui oleh dia, Zachary, Nika, dan Evan.

Tenang Nura memandu. Namun dia rasa berat mahu lepaskan Faris pergi. Kalau bukan disebabkan kerja, sudah lama dia tak bagi Faris ke Italy. Duk rumah je dengan dia. Ha gitu.

"Abang."

"Hmm?"

"Tangan tu boleh duduk diam tak?" Nura menjeling Faris di sisi.

Lelaki itu tertawa kecil. Apa tidak, tangan si suami selamba landing di atas paha isterinya. Kadang mengurut serta mengusap paha gebu itu. Tahulah dilapisi kain tebal pencil skirtnya, tapi tangan nakal ni serius buat dia tak senang duduk.

"Ala.. I'm going to miss you tau sayang. Nak bermanja sebelum abang fly to Italy." Pinggang Nura pula dia peluk. Mujur Nura sudah selamat masuk ke tempat parking.

"Nak bermanja, tunggu abang balik dari Italy. Masa tu Nura bagi abang buat apa je abang nak."

"Betul ni?" Bersinar-sinar mata Faris. Nura hanya mampu menggeleng sambil tersenyum nipis. Rahang Faris dia sentuh sebelum bibirnya menindih lembut bibir suaminya.

Faris apa lagi, laju membalas kucupan isterinya. Semakin lama semakin dalam.

"Umm.. Abang!" Nura tolak bahu Faris jauh. Nafas yang hilang di cari.

Faris tersenyum bangga melihat pipi Nura yang berona merah.

"Dia yang mula, dia pula yang malu." usik Faris seraya mencuit hidung Nura. Nura tergelak malu. Mereka keluar dari kereta. Berjalan berpimpinan tangan menuju ke pintu utama. Kelihatan Zachary dan Nika sudah berdiri menunggu mereka di situ. Dan ada dua orang yang Nura cukup kenali.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now