𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 28 ❣️ (TW)

3.1K 165 13
                                    

SOFIA memandu laju keluar dari kawasan rumah. Balik dari restoran tadi mereka ke masjid tapi Sofia buat cerita yang dia tidak berapa sihat. Jadi Tengku Salmah bawa dia balik ke rumah. Waktu mamanya itu sedang menunaikan solat di bilik, dia keluar senyap-senyap.

Stereng kereta dia genggam erat. Dalam kepala masih terbayang-bayang moment Faris menarik kerusi untuk isterinya duduk. Gelagat Faris melayan budak lelaki yang duduk disebelahnya. Macam anak sendiri tapi masakan mereka baru saja kahwin sudah ada anak sebesar itu?

"Tu mesti anak betina tu!" jerit Sofia dalam kereta. "Tak sedar diri.. Abang Faris tu aku yang punya!!" Sofia memukul-mukul stereng sambil menjerit marah.

.

SELEPAS makan malam di luar, mereka sekeluarga akhirnya balik ke rumah. Kereta Vellfire milik Tengku Fauziah yang dinaiki oleh Zachary, Faeq, Fatima dan Tengku Fauziah masuk ke kawasan rumah terlebih dahulu. Kemudian barulah kereta Nika dan Faris.

Hari ini security guard, beberapa orang pekerja Faris, Mak Mah dan tukang kebun mereka balik ke kampung untuk beraya bersama keluarga.

Hanya Evan, Ruby dan Mary tinggal di situ. Evan yang bukakan pintu pagar utama. Remote control untuk pagar di tangan dia masukkan dalam poket seluar.

"Adam tak sabar nak pakai baju raya esok!" kata Adam seraya menapak keluar dari kereta Ativa milik mamanya. Nura tergelak dengan keterujaan anaknya itu. Faris turut menapak keluar. Kaki diatur ke bonet kereta untuk mengangkat barang yang mereka shopping tadi.

Shopping baju raya last minit la katakan.

Nika dan Zachary sudah memakirkan kereta yang mereka pandu masuk ke dalam garaj. Sementara kereta Nura masih di luar garaj.

Yang lain sibuk mengangkat masuk barang yang dibeli ke dalam rumah. Evan turut membantu. Mary dan Ruby pula sudah berada di dalam. Sedia membantu Tengku Fauziah dan Fatima menukar langsir, dan menghias rumah.

Tipikal sambutan hari raya kan? Semua benda nak tukar dan hias.

Faris menghulurkan beberapa beg shopping pada Zachary yang berdiri disebelah kereta. Adam berlari mendapatkan papanya di belakang kereta. Nura pula hanya mengikut anaknya itu dari belakang.

"Mana baju raya Adam? Adam nak bawa masuk!" Dengan terujanya dia menadah tangan, meminta beg shopping yang berisi baju melayu dan kurtanya.

Faris tersenyum.

"Amboi.. Tak sabar betul anak papa ni." Faris mencuit pipi anaknya. Adam tergelak kecil.

"Banyak lagi barang ke bang?" Tanya Nura bila Zachary sudah berlalu masuk ke dalam rumah.

"Ada 4 beg saja lagi. Ni baju raya sayang.. Baju abang.." Faris melihat isi beg shopping di depannya. "Hah.. Ni baju anak papa." Faris menghulurkan beg shopping jenama Bulan Bintang pada Adam.

"Yeay! Adam tak sabar...."

Faris dan Nura berpaling pada Adam bila suaranya yang tadinya ceria berubah sayup. Terbeliak mata pasangan itu melihat darah timbul di permukaan baju t-shirt milik Adam. Dibahagian bahu.

"ADAM!!" jerit Nura dan Faris. Serentak mereka meraih tubuh Adam yang melurut jatuh ke jalan.

Tidak lama kemudian dengar deruman kereta berlalu pergi dari depan rumah mereka.

"Ma.. Ma."

"Adam! Ya Allah anak mama!!" Nura memeluk tubuh anaknya yang lemah serta mula berlumuran darah. Air mata mengalir deras di pipi.

Terkejut, panik dan cemas jadi satu.

Faris berlari ke luar pagar. Mencari kereta tadi. Dadanya turun naik menahan amarah dan cemas serta panik. Mereka yang berada di dalam ke luar bila dengar jeritan Nura tadi.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now