"TYLER ada adik perempuan. Teresa nama dia. Sekarang adik dia tu dia jadikan pelacur secara paksaan." Rayyan meletakkan gambar-gambar yang dia dapat dari Fael.
"Dia paksa?" tanya Faris. Mahukan kepastian. Kerana misi mereka kali ini adalah untuk membongkar perbuatan Tyler yang menjadi pengedar dadah berbahaya itu.
"Ya. Aku kenal Teresa macam mana. Dia takkan jadi macam tu kalau bukan abang dia yang paksa. Zach, masa kau hantar dia kat Tyler.. Dia ada cakap apa-apa tak?"
Zachary, orang yang Faris tugaskan untuk hantar Teresa balik ke Italy selepas cubaan untuk menyerang Huda sebelum ini.
"Dia kata dia tak nak balik je. Dia takut dengan Tyler." balas Zachary dalam nada kesal. Kasihan pula dia dengan Teresa.
Nika melangkah masuk ke dalam bilik tempat mereka berbincang itu. "Aku dah deal dengan Tyler. Dia minta 10k untuk langgan Teresa."
Faris, Rayyan dan Zachary mengangguk faham. Keempat-empat lelaki itu menoleh memandang Ammar.
"What?" tanya Ammar.
"Kau la pergi, Mar. Kau kan dah biasa langgan-langgan perempuan ni." Faris bersuara.
"No Ris. Aku tipu je hari tu. Aku tak pernah sentuh perempuan lain selepas Melissa." luahnya jujur. "Aku masih ingat halal haram lagi."
Faris tertawa kecil. Tahu. Dia tahu Ammar bukan jenis yang macam tu.
"I will go." Nika volunteer. Kesemua mata terarah padanya. "Aku kena bawa dia keluar sebelum polis sampai, kan?"
Zachary mengangguk.
"Give me reason why kau volunteer nak pergi?" tanya Ammar.
"Sebab aku tak nak kau yang pergi. Entah apa jadi dengan misi kalau kau yang masuk sana. Kau tu tak boleh nak percaya sangat."
Ammar mengangguk faham. Tahulah dia masih baru lagi. Baru setahun join organisasi ini. Tu pun Faris yang ajak. Kata Faris dia memerlukan seseorang yang pakai komputer. Hack sistem ke apa ke.
Jadi Faris scout Ammar untuk join.
.
[Tntg Teresa ni happen before Nura & Faris kahwin kat story Huda & Rayyan. But kat sini jadi after diorang kahwin 🥹]
.
TERESA merenung wajahnya di cermin meja solek. Langsung tak ada senyuman. Wajahnya yang lebam dia sentuh perlahan. Pedih. Dan berdenyut. Air mata mengalir perlahan. Hari ini dia nekad. Dia mahu lari dari nekara dunia yang abangnya Tyler ciptakan ini.
Dia dijadikan pelacur oleh Tyler. Hampir setiap malam, dia terpaksa melayan lelaki yang melanggan dirinya. Walaupun berkali dia menolak dan merayu, mereka langsung tak dengar.
Teresa kecewa dengan abangnya. Sanggup Tyler buat dia macam ini padahal lelaki itu sudah berjanji dengan Zachary untuk jaga dia. Zachary adalah lelaki yang Faris arah untuk hantar dia ke Italy. Semua ini jadi selepas dia dapat tahu yang abangnya terlibat dalam kes jual dan penyeludupan dadah.
"Ya Allah.. Bantulah hamba mu ini. Berikan la aku kekuatan untuk lari dari sini." Terese mengemam bibir. Cuba menahan tangisnya. Risau kalau Tyler dengar, dia akan di pukul lagi. Dia serik!
Tiba malam hari, Teresa diam menunggu orang yang Tyler kata sudah bayar 10k untuk dia malam ini. Tangan menggigil mendengar derap bunyi tapak kasut yang melangkah ke arah biliknya. Dress ketat paras paha, dia betulkan.
Bila pintu di buka, serentak wangian lelaki itu pakai menusuk ke hidungnya. Teresa mendongak. Berkerut dahinya melihat lelaki itu.
Pakai coat panjang hingga ke paras lutut, turtleneck hitam, dan.. Hensem! Rambut lelaki itu pendek dan ikut potongan rambut askar. Undercut! Teresa telan liur.
YOU ARE READING
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura Evelyn
RomanceBook 7 : TENGKU FARIS ZALEEQ & NURA EVELYN