𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 25 ❣️ (TW)

3.4K 162 31
                                    

TENGKU FAUZIAH mengeluh perlahan bila sekuriti di bahagian pintu pagar memberitahu yang Sofia datang ke rumah mereka lagi. Tak senang duduk dibuatnya. Amaran Faris semalam masih terngiang-ngiang.

"Ris tak marah. Ris cuma taknak jadi apa-apa dengan keluarga kita, Ma. Sofia tu psycho. Mama tahu kan apa yang dia hampir buat kat Ima dulu? Mama nak tu jadi lagi ke? Kat Nura dan cucu mama?"

"Tapi Aunty Salmah kamu kata Sofi dah berubat, Ris."

"Mama percaya sangat la kat aunty Salmah tu. Ris takkan benarkan dia masuk lagi ke rumah ni. Kalau dia datang, mama bagi masuk. Ris yang akan keluar dengan Nura dan Adam dari rumah ni."

"Siapa kat depan pagar tu mama?" suara Faeq kedengaran menyoal. Terbang ingatan yang tentang semalam. Anaknya itu sedang menuruni anak tangga sambil membutangkan cufflink baju kemejanya.

"Sofia." balasnya sepatah.

Berubah riak wajah Faeq, dia baru nak pergi pejabat. Dari mood okay, terus tak okay bila dengar nama tu.

"Sofia? Anak aunty Salmah?"

Tengku Fauziah mengangguk. "Mama tak sampai hati nak biar dia kat luar tu, Eq."

"No way, mama. Ingat apa yang Abang long cakap semalam. Lagipun Kak Long tengah mengandung ma. So please, jangan kesiankan budak psycho tu. Mama tak ingat ke apa yang dia dah buat kat Ima?" Faeq geleng kepala. Dia keluarkan telefon dari poket seluar slacknya. Menelefon seseorang sambil menghampiri jendela. Langsir dia selak sedikit. Nampak kereta milik Sofia masih di luar pagar rumah mereka.

Dia mendengus kasar.

"Kim, adik kau. Aku nak pergi kerja ni. Tapi dia tak nak lari dari depan pagar rumah abang aku." adu Faeq pada Hakeem. Lelaki itu adalah sahabatnya.

"Damn it Eq. Kejap. Aku memang on the way nak ke situ." Hakeem menamatkan panggilan. Faeq mengeluh perlahan. Dia kerling ibunya yang hanya diam itu.

"Kalau mama nak jumpa budak tu, boleh. Tapi jangan kat dalam sini. Kat luar. Minta teman dengan bodyguard." pesannya.

Tengku Fauziah mengangguk faham.

"I really hope that mama tak rasa kasihan kat budak tu. Sebesar semut pun jangan. Safiani.. Hampir mati disebabkan dia. And Faeq takkan benarkan semua tu terjadi lagi kat tunang Faeq. Faeq lega yang Safiani dah pergi jauh dari keluarga dia yang jelas lagi lebihkan budak psycho tu." Faeq mencekak pinggang. Turun naik dadanya.

Selepas Safiani yang lumpuh itu sembuh, dia mahu lanjutkan pelajaran. Waktu itu Sofia sudah di hantar ke US.

Safiani sudah menjadi tunang Faeq setahun lalu. Cuma gadis itu meminta perkahwinan mereka ditangguh dahulu kerana dia mahu habiskan pengajiannya di Seoul. Demi keselamatan Safiani, tempatnya dia Seoul dirahsiakan. Hanya Faeq, serta abang-abang gadis itu tahu di mana keberadaannya.

Dan Faeq dengan rela hati membantu gadis itu. Nak diharapkan Tengku Salmah? Wanita tua itu selalu lebihkan Sofia. Dia yang bantu Safiani keluar dari situ. Tempat tinggal dan segala keperluan tunangnya di Seoul dia yang tanggung. Walaupun Safiani menolak, dia tetap dengan pendiriannya.

Faeq selak langsir, dia tarik senyum sinis bila Hakeem dia lihat sudah memarahi Sofia. Entah apa yang mereka bualkan sehingga Hakeem bertindak menolak Sofia masuk ke dalam kereta. Tidak lama kemudian kereta itu berlalu pergi.

"Eq pergi kerja dulu." Pamitnya pada Tengku Fauziah. Beg sandangnya di atas sofa dia capai dan disilangkan di tubuhnya.

"Eq naik kereta?"

"Motor mama. Ada meeting jadi kena pergi cepat. Naik kereta risau tengah jammed." Helmet dalam rak dia ambil.

Tangan mamanya dia salam sebelum kedua pipi Tengku Fauziah dia kucup. Dia duduk melutut di depan mamanya yang duduk di sofa itu.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now