𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 7 ❣️

3.5K 170 20
                                    

"AWAK NAK bunuh saya ke, Faris?"

Faris tertawa. "Kenapa pula? Gila ke nak bunuh kesayangan saya?"

"Kenapa beli jam mahal macam ni? Dah la harga bukan seribu dua.." Nura pandang lagi jam tangan wanita di depannya. Warna rosegold. Sangat cantik! Ada diamond sekali.

 Sangat cantik! Ada diamond sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Harga pun tersangatlah cantik!

RM 185, 300.00.

Hahahaha. Nura rasa nak ketawa macam orang gila. Nasib dia bertudung, kalau tak dah lama tangan naik meramas rambutnya sekarang.

"Boleh tak kalau saya hempuk kepala awak sekali Faris ke kabinet kaca ni?"

Nika dan Zachary di belakang mereka hanya tersenyum mendengar apa yang Nura katakan.

"Saya rasa saya nak grab kolar awak sekarang juga.." Nura mengaca mahu mencekik Faris yang sibuk mencuba jam tangan itu. Berketar tangannya. Nak je dia cekik lelaki ni.

"Boleh je sayang. Cekik saya di malam pertama nanti." selamba Faris berkata.

Pfft!

Nika dan Zachary tergelak. Sementara Nura pejam mata seketika. Geram!! Ni kalau dia pergi check darah, confirm naik!

"Okay saya nak yang ni."

Nura check harga jam yang Faris pilih.

"Okay, saya nak cekik awak sekarang jugak." Faris tergelak bila Nura bertindak menarik jaket kulitnya. Tidak menghalang perbuatan gadis itu.

"Sayang, saya yang bayar okay. Janganlah risau."

"Gila tak risau. Harga jam awak ni.. ASNB saya pun tak lepas!"

RM 337,000.00

Gila!!

"No. Since saya yang ajak awak kahwin, semua kos saya yang tanggung. Kira ya." Faris berdiri dari duduknya.

"Then apa? Masuk dalam buku hutang?"

"Tak ada hutang antara kita, Nura." balas Faris seraya keluarkan black cardnya tadi.

Nura menjulingkan matanya. "Yelah tu. Entah entah bila berpisah, awak tagih pula."

.

SAMPAI saja dari beli barang, Nura hempas tubuh ke atas katil. Penat! Berjalan dengan Faris, macam berjalan dengan perempuan! Banyak tempat yang mereka masuk, keluar tidak dengan tangan kosong.

Biasa lelaki yang penat berjalan dengan perempuan kalau pergi shopping. Ni bertukar pula. Dia yang penat!

Selesai mandi dan solat asar, Nura berniat mahu tidur sekejap tapi bila dengar suara riuh di luar, dia terus capai tudung sarung dan keluar dari bilik. Mulanya dia hanya mengintai saja, lama-lama dia berdiri di depan biliknya.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now