𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 30 ❣️

3.2K 156 6
                                    

FARIS melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan anaknya. Nura menoleh. Dia duduk disebelah katil Adam. Melihat keadaan suaminya yang agak serabut, Nura rasa sayu.

"Abang.." Nura bangun dan menghampiri suaminya. Faris depakan tangan. Menyambut pelukan si isteri.

"Adam okay?" tanyanya usai Nura berada dalam pelukannya.

"Dia dah lepas tahap kritikal tadi.. Nura dah derma darah Nura.. untuk Adam.."

"Syukur Alhamdulillah.. Jenis darah sayang sama dengan Adam." Faris eratkan pelukan. Mengucup ubun-ubun si isteri yang dilitupi tudung.

Baju Nura sudah tidak berdarah lagi. Tasneem bawakan dia pakaian untuk ganti pakaian yang berlumuran darah Adam tadi.

Pelukan dileraikan dan mereka sama-sama melangkah mendekati katil Adam. Si kecil itu masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan tadi. Faris rendahkan tubuhnya, tunduk mengucup dahi Adam.

"Anak papa anak yang kuat.." bisiknya perlahan. Tangan mengusap kepala Adam.

Nura disebelah Faris hanya tersenyum nipis. Dalam hati berkira mahu bertanya tentang keadaan Sofia tapi dia rasa takut. Apa reaksi Faris kalau dapat tahu dia menyuruh Kayla berbuat sesuatu pada Sofia?

Akankah Faris membenci dia?

Atau Faris akan marahkan dia?

Kerana terlalu geram dan marah, dia meminta bantuan Nika untuk berbuat sesuatu pada Sofia tanpa pengetahuan Faris. Nika memberi nombor Kayla pada dia untuk dia hubungi. Kata Nika beritahu saja pada Kayla namanya sendiri, gadis itu akan mengenali dia kerana semua pekerja Faris mengenali isteri bos mereka.

Dia hanya meminta Sofia dapat hukuman yang setimpal. Tidak sangka Kayla buat sesuatu hingga Sofia tidak sembuh dari lumpuh.

Nura mengetap bibir. Telan liur. Tangan yang lengan suaminya dia jatuhkan ke sisi sebelum berjalan keluar dari wad.

Faris menoleh. Si isteri sudah tiada di sisi. Berkerut kening lelaki itu.

"Papa keluar kejap ya anak papa."

Dia kucup dahi Adam sebelum melangkah ke pintu wad.

"Sayang?"

Nura yang duduk di kerusi depan wad Adam, mendongak. Pandangan bertaut dengan suaminya. Faris keluar dari wad Adam dan menghampiri isterinya.

"Sayang kenapa keluar?" Duduk dilabuhkan di sebelah Nura. Spontan tangan meraih tangan si isteri dan dia genggam erat.

Nura tersenyum nipis seraya menggeleng perlahan. Kepala ditundukkan memandang telefon diribanya.

"Nura rasa lega. Adam dah lepas tahap kritikal. Dan.."

Dia pandang suaminya.

"Macam mana.. dengan Sofia? Nura dengar dari Faeq tadi yang dia pun masuk hospital sebab accident?"

Faris diam seketika sebelum keluhan dilepas dari bibirnya.

"Abang dengar Sofia lumpuh kekal." Faris meramas lembut tangan Nura dalam genggaman tangannya. "Dia cedera bukan sebab accident sebenarnya.."

Nura diam. Menanti Faris teruskan bicara. Suaminya itu kelihatan gelisah.

"Evan tembak paha dan betis dia sebab cuba nak larikan diri. It's true that she's the one who shot Adam. Abang dah minta peguam abang urus hal tu. I'm not going to let her go away this time." janji Faris.

Dia tidak akan lepaskan Sofia lagi. Kalau dibiarkan, entah apa yang akan perempuan itu lakukan.

Nura sandarkan kepala pada bahu suaminya. Faris tersenyum senang. Dia turut sandarkan kepala pada kepala si isteri. Masing-masing diam melayan perasaan. Jari jemari bersulam erat.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now