FARIS tersenyum sendiri. Pen di tangan dia pusing-pusingkan. Bibir tak henti tersenyum bila teringatkan apa yang dia buat pada Nura pagi tadi. Tangan naik menyentuh bibir. Kemudian dia tertawa kecil dan kepala dia gelengkan. Haih la isteri.. Nasiblah dah halal.
"Saya rasa Tuan boleh la balik rumah sekarang. Dah angau sangat ni." Zachary bersuara. Lelaki yang duduk disebelahnya tergelak.
"Angau orang ada bini ni, memang terbawa sampai ke tempat kerja." kata lelaki di sebelah Zachary itu.
Memudar senyuman Faris seketika.
"Kau diam la Ammar. Macam kau tak angau dengan bini sendiri." balas Faris seraya bangun dari duduknya.
"Excuse me, EX wife. Okay?" bidas Ammar. Ammar Haziq, atau dulu lebih dikenali sebagai Haziq adalah sahabat Faris dari universiti lagi. Kini dia guna nama Ammar.
Zachary hanya gelakkan mereka berdua. Sorang baru kahwin, sorang lagi baru bercerai. Dia pula, single but not available. Hmm
"Yelah tapi pernah angau juga kan? Melissa tu kan 'first love' kau." Faris duduk di single seat sofa. Fail berkenaan projek yang akan mereka bincang sebentar lagi dia letakkan di atas meja.
"Whatever. She might be my first love, but now she's my past. Sekarang nak cari my future wife pula." Ammar tersenyum nakal.
"Jangan sampai terjumpa kat lorong pula." Zachary bersuara. Tahu rahsia Ammar yang selalu melanggan 'perempuan' untuk bersamanya. Well apa orang kata, playboy or kasanova? Entah la. Tapi itulah punca dia bercerai.
"Lorong? No thanks. Aku cari yang kelas atasan je."
"Dah, dah. Jangan nak cakap pasa lorong. Sekarang kita kena bincang projek kita kat Johor tu. Dah lama tertangguh. Lepas ni aku nak pergi shopping dengan anak bini aku."
"Okay fine.."
.
"MAMA, tadi papa call. Adam tolong jawabkan." ujar Adam yang duduk di birai katil. Dia menemani Nura solat di bilik.
"Papa kata apa?" Nura melipat kain telekungnya.
"Papa suruh siap-siap. Dia on the way balik dah."
Nura mengangguk faham. Dia tersenyum memandang anaknya. Tak sangka, anak yang dulu dia tinggalkan untuk pergi mencari kerja, kini sudah besar. Petah bercakap, bijak dan baik.
Adam tersentak bila si ibu memeluknya. Namun perlahan dia tersenyum, tangan naik menepuk-nepuk belakang mamanya. Nura melutut depan Adam yang duduk di birai katil.
"Mama minta maaf tau sebab mama jarang luangkan masa dengan Adam dulu." Nura leraikan pelukan. Tangan menekup pipi si anak. Sungguh, anaknya sangat kacak. Macam papanya. Sebijik wajah Faris waktu lelaki itu kecil.
"Adam faham. Aunty Vivi selalu ingatkan Adam yang mama keluar pergi bekerja untuk cari duit. Sebab tu Adam jarang minta beli macam-macam dengan mama. Adam risau mama penat cari duit untuk belikan apa Adam nak."
Bergenang tubir mata Nura mendengar anaknya menuturkan semua itu. Memang dulu bila dia tanya apa Adam mahu untuk hadiah hari lahirnya, Adam hanya mahu mamanya saja.
Tangan kecil Adam mengusap pipi mamanya yang basah dengan air mata.
"Mama janganlah nangis.. Adam sayang mama dan papa."
Nura mengangguk. Dia peluk Adam lagi sekali. Tanpa sedar, Faris tersenyum sayu melihat anak dan isterinya. Betapa ruginya dia tidak dapat bersama Nura ketika anaknya itu lahir ke dunia. Membesar depan mata.
"Papa!" panggil Adam bila dia sedar kehadiran Faris di pintu bilik. Nura bangun, mengesat pipinya saat Adam berlari mendapatkan papanya di pintu.
"Adam dah solat?"
YOU ARE READING
[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura Evelyn
RomanceBook 7 : TENGKU FARIS ZALEEQ & NURA EVELYN