𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 22 ❣️

3.4K 162 24
                                    

FARIS terjaga bila terasa tiada si isteri disebelah. Entah bila dia terlena. Dia tunggu Nura masuk ke bilik semula tapi sampai sekarang isterinya itu tidak masuk. Dah pukul 4 pagi.

Jatuhkan kaki ke atas lantai, langkah Faris bawa ke luar. Mencari isterinya. Pintu bilik kerja dia buka. Tiada. Dia turun pula ke bawa. Mustahil Nura ada di bilik Fatima atau Faeq. Mini bilik solat pun kosong. Dia turun lagi ke bawah.

Di ruang tamu tiada.

Ruang dapur dan dapur pun tak ada. Takkan nak check bilik mamanya pula? Dia terjah pula bilik tetamu. Pun kosong.

Hati sudah rasa tak senang. Dia lupa satu bilik yang belum dia periksa. Bilik tidur anak mereka, Adam.

Laju dia mendaki anak tangga ke tingkat tiga. Bilik Adam dia tujui. Perlahan tombol pintu dia pusing dan pintu di tolak. Faris hembus nafas lega bila susuk tubuh Nura menyapa matanya. Tidur memeluk si anak. Mujur katil Adam besar.

Perlahan-lahan dia menghampiri isteri dan anaknya yang sedang tidur itu. Mahu kejutkan tapi kedua-duanya tidur lena. Hampir 10 minit dia disitu, sudahnya dia keluar balik ke bilik tidur.

"MAMA, Nura mana?" tanya Faris yang sedang melangkah masuk ke ruang makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MAMA, Nura mana?" tanya Faris yang sedang melangkah masuk ke ruang makan. Berkerut kening bila kelibat isteri dan anaknya sudah tiada.

"Hantar Adam ke sekolah. Dengan Evan. Kenapa? Takkanlah Faris tak tahu? Tu rutin Nura sekarang. Dia hantar dan ambil Adam kat sekolah." Tengku Fauziah menyuap mihun goreng ke mulut. Nura yang masak pagi tadi sebab Mak Mah terpaksa balik ke kampung kerana suaminya tidak sihat.

Faris diam. Rasa tak guna pula bila rutin si isteri yang dulunya bekerja dari pagi hingga ke petang, sekarang kerja menghantar dan jemput anak mereka di sekolah.

"Hah sarapan la. Nura yang masak tau." Faris tarik kerusi dan labuhkan duduk.

.

LEPAS hantar Adam dan Evan, Nura tidak terus balik ke rumah. Sebaliknya dia keluar berjalan-jalan. Panggilan dari Faris langsung dia tidak jawab. Nak buat perang dingin dengan suaminya. Dia masih marah bila tidak dibenarkan bekerja oleh Faris.

Rasa sia-sia berhabis duit habiskan pengajian tapi bila dah ada kelulusan untuk bekerja, tidak pula dibenarkan.

Lancar perodua Ativanya meluncur di lebuh raya menuju ke KLCC.

.

FARIS mendengus kasar bila Nura tidak menjawab panggilannya. Zachary yang tengah memandu hanya mampu mendiamkan diri mendengar dengusan kasar bosnya itu.

"Mana Nura ni.. Dia tak jawab call aku Zach." keluh Faris.

"Nanti aku suruh Ben cari." kata Zachary. Ben adalah orang bawahannya yang selalu dia arahkan untuk mengikuti orang.

Faris cuba lagi sekali untuk menelefon Nura. Kali ini telefon sudah Nura matikan.

"Damn it!"

.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now