𝓕𝓪𝓻𝓲𝓼 & 𝓝𝓾𝓻𝓪 | 35 ❣️

3K 152 7
                                    

USAI BERSARAPAN, Faris meminta diri untuk ke mini librarynya yang terletak di ruang bawah. Nura dan Adam pula masih di ruang makan bersama Safiani, Faeq, Fatima, Tengku Fauziah dan Mak Mah.

Masuk dalam mini library, pintu dikunci rapat. Kaki diatur ke salah satu rak buku yang terletak di penjuru bilik. Tekan satu butang tepi rak, serta merta rak tersebut bergerak ke tepi. Di situ ada pintu tersembunyi.

Masuk saja Faris ke dalam, spontan mereka semua berdiri dari duduk. Di dalam sudah ada Zachary, Nika, Evan dan bodyguardnya yang lain menunggu di situ.

"Report." katanya seraya melabuhkan duduk. Yang lain juga duduk semula.

"Semuanya berjalan dengan lancar macam yang kau plan. Fath dan Cho aku dah hantar pergi perhatikan pergerakan mereka sekeluarga. Memang betul, dia yang upah orang untuk cederakan Tuan Faeq."

Faris mengangguk faham.

"Macam mana dengan back up plan aku untuk keluarga makcik pakcik aku yang tinggal kat luar negara tu?"

Nika tersenyum.

"Settle. Anak-anak buah aku dah jumpa rumah diorang. Diorang dah tukar nama sebab tu agak susah sikit Cipher nak cari." ujar Nika. "Gambar dah ambil. Aku dah bagi kat Evan."

Faris mengangguk lagi.

"Evan?"

"Settle. Tinggal tunggu arahan dari Tuan Faris saja." balasnya. Beberapa keping gambar dia letakkan di hadapan Faris.

"Good." Faris capai pen dan tulis nota dibelakang dua keping gambar. "Nanti arah someone hantar gambar ni ke alamat rumah diorang."

Evan angguk kepala tanda faham dengan arahan Faris.

Faris tarik dan hembus nafas lega. Satu persatu wajah pekerjanya dia pandang. "Get ready. Kita gerak malam esok."

Mereka di situ mengangguk faham. Faris berdiri dari duduknya.

.

Petang itu..

"ADA DELIVERY Datin." beritahu Pak Kadir pada wanita 50-an yang duduk di ruang tamu itu. Ada anak lelakinya duduk bersama.

Kotak sederhana besar itu Pak Kadir letakkan di atas meja sebelum berlalu keluar.

"Apa tu mommy?" tanya Zairi, anak Datin Zamilah.

"Entahlah. Mommy tak ada pula beli barang online." katanya seraya membuka kotak itu. Melihat isi kotak tersebut, Datin Zamilah menekup mulut. Terkejut.

Zairi yang melihat reaksi si ibu, terus dia capai kotak tersebut dan lihat isinya. Terbuntang mata Zairi.

Beberapa keping gambar ahli keluarga mereka yang berada di luar negara di hantar dalam keadaan yang agak merisaukan. Kaki dan tangan diikat, mulut dan bahagian mata pula diikat.

"Ya Allah! Siapa yang berani buat macam ni kat Pak Ngah dan Mak Lang?!" Cemas dan panik.

Dia capai telefon. Mahu cuba mendail nombor telefon Pak Ngah, kemudian Mak Lang bila tidak dapat dihubungi.

Datin Zamilah yang masih terkejut, beranikan diri melihat note yang di tulis di belakang gambar itu.

Macam mana dengan hadiah dari anak buah Mak Su? Suka tak? Ris macam rindu pula dengan Pak Ngah, Mak Lang dan Mak Su. Dah lama kat jumpa kan? Teruja pula. Ris datang jumpa esok malam ya. Ris bawa buah tangan sekali. Oh by the way.. Faeq dah keluar hospital.

Menggigil tangan Datin Zamilah membaca nota itu.

Alhamdulillah Faeq sihat. Orang yang langgar dia tu Ris dah jumpa. Dia kata orang yang upah dia untuk cederakan Faeq tu nama dia Datin Zamilah. Macam kenal la empunya nama ni.. Malam nanti Ris pergi jumpa dia. Nak tahu apa masalah dia sampai nak bunuh adik Ris.

[C] Faris Zaleeq, Knight buat Nura EvelynWhere stories live. Discover now