BAB 1

1K 8 0
                                    

Disebuah rumah vila yang besar, kereta yang bermodal kereta sport memasuki perkarangan rumah besar itu. Kereta dihentikan apabila seusai parking.

Pintu kereta dibuka, sebelah kaki dikeluarkan daripada kereta itu. Dia bangun dan kelihatan seorang perempuan yang berpakaian dress panjang keluar daripada kereta itu.

Dia tutup pintu dengan keras dan berjalan bergitu sahaja tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat dua buah kereta ada didalam perkarangan tempat parking itu. Perempuan itu senyum menyampah.

" dah balik rupanya pasangan lovebird ni? Ingat dah tak ingat jalan balik.. menyampah betul aku, kalau aku tahu diaorang balik harini, aku tak baliklah harini kerumah!"

Geram dibuatnya!

Dia pun memasuki kedalam rumah. Dia masuk sahaja dia melihat pasangan sejoli sedang keasyikan menontan drama.

Dia menghirau dan terus naik atas tetapi langkahnya terhenti apabila satu suara garau memanggil.

" qaisara!"

Langkahnya terhenti tanpa memandang wajah mereka berdua.

" jangan pernah panggil damia dengan panggilan nama tu lagi pa! Nama tu dah lama mati dalam rumah ni!"

Zainal mengeluh " kamu tak reti hormat mak dan abang kamu ke..? Kamu ingat kami bertiga ni tunggul ke? Kalau kamu rasa nak balik, kamu balik. Kalau kamu rasa kamu tak nak balik, kamu tak balik. Ingat ni hotel ke?"

Damia sinis. Yeahh, boleh pulak dia tak perasan tentang abang tirinya itu yang suka membodek papa untuk memberi segala hartanya atas nama dia sendiri. Samalah macam mak dia tu, anak dengan mak sama jer perangai!

Damia pusing dan pandang mereka bertiga dengan wajah yang sangat menyampah!

" haahlah papa, papa pun rasa apa yang mia rasa ke? Yes pa, rumah ni macam hotel. Lagi lagi bila hotel ni tengah takde penghuni, adalah dalam sorang dua yang perangai macam syaitan ajak orang luar bermaksiat dalam rumah ni.. ehh silap hotel ni."

Sambil matanya memandang rafki iaitu abang tirinya dan marinah, mak tiri damia. Marinah bangun dan pandang damia dengan renungan yang tajam.

" apa yang damia cakap ni, mak tak faham. Jadi, damia nak tuduh mak buat kerja terkutuk tu?"

Damia senyum sinis. Marinah ambil tangan papanya iaitu zainal untuk menafikan kenyataam damia.

" abang.... Rinah tak buat benda terkutuk tu."

Damia sinis " kenapa pulak aunty ehh mak cik, sebelum kahwin dengan papa mak cik ni orang kampung kan? Memang sesuai gelaran tu buat mak cik!"

" abang..."

" lagipun, kenapa mak cik nak terasa. Saya rasa saya tak mention siapa siapa pun dekat sini. Kenapa gelabah? Nampak sangat buat kerja macamtu kan..?!"

" mia..!!!"

Terdiam damia seketika.

" papa tak ajar mia untuk kurang ajar macamtu!"

Damia senyum " yelah pa, papa teruskan jelah backup diaorang berdua ni."

Malehh dah layan papa dia ni!

" tapi papa kena ingat, yang mana sampai mati pun mia tak akan terima diaorang berdua untuk masuk kedalam keluarga kita! Takde siapa pa boleh gantikan posisi mama dalam rumah ni."

" mia...."

" tapi papa, boleh senang senang ajak orang kampung macam diaorang ni yang tak sedar diri ni masuk kedalam keluarga kita dan ganti posisi mama dalam rumah ni!"

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now