BAB 21

134 8 0
                                    

Besoknya, damia yang sedang termenung sorang dikerusi halaman rumah mak mertunya tersenyum bahagia mengigati kemenangannya subuh tadi dimasjid.

Sungguh dia puas dapat kenakan si senah ulat bulu tu!

Flashback

Pak imam yang sedang siap sedia duduk dikerusi ceramah siap sedia untuk memulakan majlis.

" ehemmm.."

Semua siap sedia untuk mendengar ceramah tapi tidak pula dengan damia hanya termenung dengan matanya sekejap bukak kejap tak.

Ngantuk sangat tu!

Nadhir yang sekilas memandang belakang terkejut dengan kelakuan damia yang sedemikian. Damia yang perasan terus dia pandang suaminya dan sengih.

Nadhir hanya geleng melihat gelagat isterinya. Rasa nak cekik sahaja isterinya ini! Ada sahaja hal yang dia buat.

" assalamualaikum para jemaah semua, maaf yer atas kelewatan saya harini. Takpe saya ambil masa beberapa minit sahaja masa kamu semua mendengar sedikit tazkirah saya pada subuh ini."

Semua hanya angguk dan dengar.

" harini topik yang kita nak bincangkan adalah tentang hubungan suami isteri."

Damia yang mendengar tentang topik itu terus dia semangat nak bangun dan sekejap kejap pandang afrin tanda memerli.

" seperti mana yang kita tahu tujuan utama perkahwinan dalam Islam adalah supaya suami dan isteri dapat melaksanakan kewajipan dan peranan secara adil dan saksama bukannya untuk menyakiti dan menganiayai pasangan."

Semua mengangguk

" justeru tanggungjawab untuk berlaku adil dalam melayari bahtera rumah tangga diperingatkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya di dalam al-Quran Surah Al-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki."

Damia tiba tiba sahaja dapat idea untuk kenakan ulut bulu!

" yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."

Semua mengangguk tanda paham.

" setakat ni semua paham maksud saya sebelum saya nak berpindah ke point seterusnya...?"

Tetiba

" pak imam...!"

Terkedu terus dalam masjid tu bila sahaja damia mengangkat tangan dan menjerit sekuatnya memanggil pak imam.

Nadhir dah tutup muka dah, apa lagilah bini dia ni! Aku jentik dahi kang, biar luas boleh buat padang golf!

Damia sengih dan garu kepalanya " maaf pak imam, mia terlalu excited."

Pak imam senyum " paham, tengok suami kamu tu mia sampai malu dia."

Semua pandang nadhir gelak gelak. Pak imam pandang damia kembali dan senyum

" apa soalan mia sampai teruja sangat tu..?"

" hehee, maaf pak imam. Okey macamni soalan dia. Apa pendapat ustaz tentang seorang perempuan yang meminta izin pada isteri pertama yang mana dia rela menjadi isteri kedua kepada suami daripada isteri pertama itu..?"

Nadhir terus geleng kepalanya melihat isterinya. Buat hal betullah bini dia ni!

Seusai sahaja damia memberi soalan terus dia sekilis memandang afrin dengan bangganya dapat kenakan perempuan ulat bulu itu.

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now