BAB 54

115 9 0
                                    

Pagi, damia yang seawal pagi menyediakan makanan kepada semua keluarga diganggu oleh rose secara tiba tiba

" mia... is that you..?"

Damia ketawa kecil mendengar tone suara dan kenyataan kawan baiknya itu " kenapa kau tanya macamtu pulak..? Kau tak payah nak cakap bukan bukan, malam tadi tu pun aku jugak yang buat semua benda kan..? Cuma yelah, nadhir beli luar heheheh."

Rose mengelengkan kepalanya.

" kalau kau mengharap aku masak makanan semalam tu dengan air tangan aku, sah kau bangun jer pagi ni kau dah dekat hospital."

Rose berdiri disebelah damia dan gelak kecil " haih kau ni lah sampai situ pulak.  Takdelah, ni bukan diri kau doh. I means, kau dulu takde pulak rajin bangun pagi buat semua benda ni."

Damia berjalan mengambil mangkuk untuk meletakkan mee nya " kau nilah, tak payah ah cakap macam aku ni malas sangat sebelum ni."

" aku takdelah nak cakap apa, tapi kenyataannya yer!"

Damia menjeling dan kembali fokus dengan masakannya. Rose menatap sahaja tingkah damia yang sedang fokus itu dengan senyuman.

" aku bersyukur dengan apa yang allah rancangkan antara kau dengan nadhir mia.."

Damia ketawa kecil " apa maksud kau..?"

" takdelah, maksud aku kalau aunty tengok kau macamni, mesti dia happy gila kan..?"

Damia mengeluh " aku pun akan seronak kalau mama ada sekarang rose.. tapi takpelah life must go on. Dah memang itu ajal dan takdir mama aku kan..?"

" macamtulah kau dengan nadhir mia.."

" ya i mean, sama lah macam aku dengan nadhir. Aku cuba membenci tapi kenyataannya aku menyeksa diri aku sendiri. Aku tahu perbuatan dia selama ni memang kejam sampai sanggup membunuh anak kandung dia sendiri tapi aku taklah menyalahkan dia sepenuhnya. Aku pun ada salah jugak bukan..?"

Damia berjalan meletakkan makanannya dimeja. Diikuti dengan rose dibelakang. Damia dan rose duduk dikerusi meja.

" jadi tuan nadhir dah tahulah yang pasal anak tu..?"

Damia geleng kepala dan senyum " tak, rasanya tak perlu aku nak ingat benda tu lagi. Cukuplah, biar antara kita kita jer tahu, kau jangan nak bocorkan pulak."

Pesan damia awal awal.

" sudahtu, tak kan macamtu jer kau maafkan tuan nadhir..?"

" ermm, sebenarnya lepas aku dengar nasihat shah semalam, hati aku ni terdetik untuk maafkan dia. Lepas aku pikir balik, kalau papa aku tu pun aku boleh maafkan kenapa tidak suami aku..?"

" betullah tu, semua orang layak diberi peluang. Kau janganlah pikir semua orang tu perangai macam mak tiri dan abang tiri kau."

" yer aku tahu, that why aku beri dia peluang."

" mia..?"

" haa..?"

" kau ada dengar cerita pasal mak tiri kau dengan abang tiri kau tak..?"

Damia angkat bahunya " tak tahu, lepas aku letak diaorang dibawah pengawasan polis aku dah malas ambil tahu pasal diaorang.. kenapa kau tanya tetiba pasal diaorang..?"

" sebenarnya, imran ada cerita dengan aku pasal diaorang."

" aik macammana dia boleh tahu..? Dia pergi stalk ke diaorang dua tu..?"

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now