BAB 14

149 7 0
                                    

Selepas sahaja usai solat isyak dan tahlil dilakukan mereka semua sedang menyusun dan mengemas dulang dulang yang mereka gunakan tadi. Biasalah selalunya kalau selepas tahlil pasti akan ada jamuan kecilan yang dilakukan.

Damia yang sedang berdiri termenung seorang diri yang agak jauh dari mereka semua membebel seorang diri sambil menunggu mak mertuanya siap mengemas.

( suara hati )
" bosannya dekat sini... kalau pergi tolong mak, nanti ada geng mak cik bawang mengumpat. Huh itulah sebabnya mak suruh aku pergi jauh dari diaorang, tak nak sampai mulut lazer aku ni keluar lah kot rasanya."

Damia sinis dan berbicara suara perlahan " haihh, tulah lain kali jangan cari pasal dengan damia qaisara.. dia ingat aku ni perempuan yang lemah ke..? Orang hentak sikit mendiamkan diri..? Ehh hello, jangan confident please..?"

Tetiba

" heem, assalamualaikum..."

Damia mengeluh dan pusing pandang gerangan yang memanggilnya. Damia menunjukkan wajah yang pelik, dipandang atas bawah. Lah afrin rupanya!

" ustazah mana pulak ni nak bercakap dengan aku ni...?"

Afrin senyum kecil. Senyum pun nak cover ayu! Damia hanya menunjukkan wajah yang over kepadanya. Yelah senyum pun macam senyuman nak orang notice dia jer!

" saya.... Saya afrin.."

Deg!

Damia terkedu. Diam seribu bahasa.

" awak isteri abang nadhir kan..? Betul tak..?"

Damia sinis tiba tiba. Kelakar pulak bila dia gelar nadhir tu abang..? Aku ni isteri dia pun tak pernah rela nak gelar dia abang.

" so kau ni adalah perempuan yang mana mulanya mak mertua aku nak jodohkan dengan si nadhir tulah yer...?"

Afrin senyum " yer, betullah tu saya."

Damia mengambil nafas dan hembus " okey whatever..! So kau nak apa ni jumpa aku ni..?"

Mereka saling menatap.

" awak betul ke cintakan abang nadhir..?"

Damia pelik dengan pertanyaan perempuan itu dan senyum kecil " ehh hello, kenapa kau nak tahu pulak sama ada aku suka suami aku atau tidak..? Rasanya kau tak payah nak busy body kot...?"

Afrin ambil nafas dan pandang damia dengan serius " sebab saya pun suka dia.."

Woww! Mengaku terus!

Damia gelak kecil " jadi, kalau kau suka dia. Aku nak kena buat apa ni..? Ouhh ya ya, kau nak aku pergi cakap dengan nadhir, lepastu bagitahu nadhir yang aku nak jadikan kau madu aku..?"

Afrin hanya diam.

" ehh tak tak, ke kau nak aku pergi cakap dengan nadhir yang mana aku nak minta cerai dari dia..? Ishh kau ni, belajar agama dulu dekat mana ni..?"

Yeahh damia!

Afrin hanya diam.

" pakaian kau ni aku tengok..." tengok atas bawah dengan pakain afrin " ermm dah melambangkan dah keislaman, yelah wanita melayu terakhir. Berpakain longgar, tudung pun labuh. Idaman para lelaki lah. Tapi silap, hati kau ni busuk."

Terkedu afrin.

" lebih busuk dari orang yang membunuh. Yelah ada hati nak musnahkan rumah tangga orang. Betul tak..?"

" saya tak suruh awak cerai dengan abang nadhir pun, cuma saya nak akak bagi ruang supaya saya boleh jadi pilihan kedua atau lebih tepat isteri kedua abang nadhir."

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now