BAB 64

119 7 0
                                    

Besok paginya, nadhir yang sedang bersiap siap memasukkan bajunya kedalam bonet kereta didatangi damia.

" semua dah cukup..?"

" ermm cukuplah ni, lagipun berapa hari jer. Nanti aku balik jer aku terus pickup kau terus untuk kita sama sama balik kuala lumpur okey.?"

Damia anggukkan kepala dan senyum memandang nadhir.

" okeylah, aku dah kena gerak ni. Kau jangan nakal nakal. Dengar cakap mak senah dekat sini."

" ishhh awak pesan dekat saya macam saya ni masih budak budak kan..?"

" kau tetap budak budak depan mata aku."

" ishh!"

Tetiba

" assalamualaikum..."

Mereka berdua memandang gerangan yang memberi salah. Siapa lagi kalau sahabat sekeychin damia di kampung kalau bukan mak senah..?

" waalaikumsalam.."

" ehh bila kamu sampai nadhir..?"

Nadhir senyum menatap mak senah " semalam mak senah. Dalam lepas isyak macamtu, rindu bini katakan tu sebab datang sini tu."

" hemm rindu bini konon, ni nak pergi mana pulak ni..? Damia tak bawak sekali..?"

" nadhir ni nak pergi outstation dekat johor mak senah, tu sebab mia tak boleh ikut."

" yelah, kamu tu elok elok. Jaga diri."

" baik mak senah, mak senah pun tolong jaga isteri saya ni. Kalau ada lelaki nak ngurat dia, tolong sound lelaki tu cepat cepat. Jangan sampai dia berani nak ngurat bini saya pulak."

" iyelah, mak senah faham. Setakat kampung ni, mana level lah dengan cita rasa mia ni. Kalau emir kampung sebelah tu yer."

Nadhir pelik dan pandang damia. Damia dah tak sedap hati dah, mesti ada tak kena ni. Cepat cepat dia katakan tidak pada nadhir.

" jangan pikir bukan bukan, saya dengan ustaz emir tu takde apa pun. Dia sendiri pun dah tahu saya dah kahwin, dah kenapa dia perlu menaruh perasaan lagi."

" habistu mak senah tu.."

" alaa kamu ni nadhir, kalau nak dibandingkan dengan kamu. Pastilah mak senah rasa kamu paling sesuai dengan damia."

Nadhir palau kenyataan mak senah terus dia pandang isterinya " itu apa yang mak senah rasa, habistu macammana dengan kau..?"

" apa dia..?"

" antara aku dengan ustaz tulah, habistu siapa lagi?"

" apa punya soalan awak ni..?"

" jawablah."

" mestilah awak, awakkan suami saya. Dah kenapa saya perlu berpaling dekat orang lain..? Logik tak..?"

Terdiam terus nadhir mendengar kenyataan damia.

" betul tak mak senah..?"

" betul! Kamu jangan pikir bukan bukan nadhir. Budak emir tu pun dia tahu mana tak boleh dan mana yang boleh. Dia pun bukannya tak tahu mia ni isteri orang."

" haa dengar tu."

Nadhir menjeling ke damia dan menatap mak senah " laki sekarang mak senah, bukan boleh percaya. Nanti mak senah tolong tengokkan bini saya ni, kalau budak emir tu cuba nak dekat dekat dengan bini saya tolong bagitahu saya."

" yelah."

" ehh tak payah tunggu nanti, sekarang ni saya bawak awak jumpa dia. Biar awak sendiri cakap macamtu dekat dia.." dengan berjalan kearah memasuki kereta tetapi dihalang oleh nadhir

JIKA INI BUKAN TAKDIRKUWhere stories live. Discover now